BN mansuh akujanji makan free,

Oh! Krai Utara

Share

BN batal janji makan percuma

Tawaran makanan percuma dua kali sehari dan perlindungan insurans peribadi bernilai sehingga RM27,500 bagi tempoh lima tahun terbatal berikutan kekalahan BN bagi kerusi DUN Kota Laksamana pada pilihan raya umum ke-13. Calon BN kawasan itu Datuk Chiw Tiang Chai, yang menawarkan janji berkenaan dalam aku janjinya, berkata penduduk di DUN itu boleh berjumpa dengan wakil rakyat baharu mereka bagi mendapatkan bantuan."Apa yang saya janji ialah makan percuma, insurans percuma. Semua itu batal sebab saya tak menang, dia (pengundi) dah pilih calon yang dia nak, jumpalah wakil rakyat baharu," katanya kepada pemberita di Melaka.Chiw yang juga Pengerusi PPP Melaka tewas kepada calon DAP Lai Keun Ban dengan majoriti 3,462 undi manakala Lai mendapat 11,969 undi.Beliau berkata kekalahan itu memperlihatkan bahawa kebanyakan pengundi Cina di DUN berkenaan tidak berlaku adil kepada kerajaan BN yang banyak membantu mereka selama ini.Chiw juga sedih dengan kekalahan Pengerusi BN negeri Datuk Seri Mohd Ali Rustam kepada Pengerusi PKR Melaka Shamsul Iskandar Mohd Akin di Parlimen Bukit Katil dengan majoriti 5,447 undi.- Bernama

Read More - BN mansuh akujanji makan free,

Pokok pon menjerit....fuh!

Oh! Krai Utara

Share

Pokok adalah sebahagian ekosistem utama dan hidup dengan menyerap air, karbon dioksida serta cahaya matahari.SEKUMPULAN saintis Eropah percaya, mereka berjaya merakamkan bunyi jeritan pokok yang sedang dahaga.Seorang pakar mendedahkan, hasil kajian mereka mendapati, pokok-pokok yang hidup menghasilkan bunyi ultrasonik sewaktu menyerap lembapan di musim kering."Lagi banyak lembapan diserap, lagi kuat bunyi ultrasonik dikeluarkan.  Namun, bunyi berkenaan 100 kali lebih pantas daripada pendengaran manusia," kata ketua pengkaji, Philipe Marmottant.Penyelidik dari Universiti Grenoble, Perancis itu turut percaya, tumbuhan yang bernyawa dengan karbon dioksida mampu memperlahankan proses penyerapan dan mengurangkan julat ultrasonik di udara. Menurut laporan MailOnline.

Read More - Pokok pon menjerit....fuh!

SPR kamu telah berjaya!!!

Oh! Krai Utara

Share

Sarat keraguan & penipuan, Pakatan Rakyat tolak keputusan PRUAedi AsriKUALA LUMPUR 5 MEI: Pakatan Rakyat menolak keputusan PRU 13 selagi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak memberi penjelasan terhadap pelbagai keraguan yang berlaku sepanjang tempoh pengundian.Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelbagai penipuan dikesan sepanjang hari pengundian, antaranya kewujudan warga asing sebagai pengundi dan dakwat kekal yang tidak kekal.“Jumlah undi awal dan undi pos (kepada Pakatan) juga tidak konsisten dengan trend pengundian semasa,” katanya pada sidang media tengah malam tadi..Beliau berkata, Pakatan sejak dari awal berterusan menyuarakan perkara ini, namun SPR tidak mengendahkannya.“Kita secara konsisten menegur tentang perkara ini…(tetapi) SPR bersikap tidak mengambil endah.“(Justeru) SPR perlu memberi jawapan mengapa penipuan sebegini berlaku dan dibiarkan,” katanya.“SPR sudah menggagalkan negara ini (EC has failed the country),” katanya lagi.Turut hadir, antaranya Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Timbalan Pengerusi DAP, Tan Kok Wai.

Read More - SPR kamu telah berjaya!!!

Fuhhhhh...akhirnya macai umno ini bertaubat! Terjah!

Oh! Krai Utara

Share Read More - Fuhhhhh...akhirnya macai umno ini bertaubat! Terjah!

Oh! 93 orang anak? Masih belum cukup!

Oh! Krai Utara

Share

Seorang lelaki Emiriah yang mendakwa mempunyai 93 anak hasil perkahwinannya dengan wanita dari hampir separuh dunia akan memperoleh seorang lagi anak tidak lama lagi.Mohammed Daad Murad yang lebih dikenali sebagai Abu Faisal atau Bid Daad berkata, dia juga akan berkahwin lagi dalam masa terdekat ini.Abu Faisal berkata, dia melangsungkan perkahwinan pertamanya pada 1969 dan mula menambah isteri selepas itu dengan hasrat untuk memiliki lebih ramai anak.Penduduk Sharjah yang berusia 67 tahun itu memberitahu sebuah stesen televisyen, semua wanita yang dikahwininya tidak melebihi usia 20 tahun. “Saya sudah berkahwin dengan wanita hampir dari separuh dunia dan kini mempunyai 93 anak. Kami menjangka seorang lagi anak akan dilahirkan dalam masa dua bulan lagi.“Saya berhenti berkahwin sejak tujuh tahun lalu dan merancang untuk berkahwin lagi bulan depan. Isteri yang enggan melahirkan anak saya lagi dipaksa ‘bersara.’ Ini bermakna saya menceraikan mereka dan memberikan sebuah rumah untuk mereka,” katanya.Menurut Abu Faisal, anak bongsunya ketika ini berusia lapan bulan.“Saya masih inginkan lebih ramai lagi anak,” katanya.Dia tidak menjelaskan kewarganegaraan isterinya atau menyatakan sama ada dia ingat nama mereka. HM

Read More - Oh! 93 orang anak? Masih belum cukup!

Calon Isteri jehan miskin orang korea? Bior betul

Oh! Krai Utara

Share

Bakal Isteri Jehan Miskin Warga Korea | Desas-desus yang menyatakan bakal isteri Jehan Miskin adalah seorang gadis Korea ternyata benar. Jehan Miskin dilaporkan akan mengakhiri zaman bujangnya dengan gadis tersebut pada hari Sabtu ini dalam sebuah majlis di Carcosa Seri Negara.Berkata kepada Harian Metro hari ini, Jehan memberitahu akan menceritakan segalanya di hari pernikahan kelak. Kata Jehan:-“Buat masa sekarang saya tidak mahu bercerita lanjut mengenai percintaan saya, siapa gadis itu, di mana saya berkenalan dan sebagainya.“Saya akan ceritakan segalanya nantio selepas selesai majlis pernikahan,” ujarnya.Dalam pada itu, Jehan berkata, majlis berkenaan akan dibuat secara ringkas di Carcosa Seri Negara dan hanya menjemput 100 tetamu termasuk keluarga dan teman rapat.Malah kata Jehan, majlis akan dibuat sekali sahaja untuk kedua-dua belah keluarga.“Keluarga bakal mentua saya bakal datang dari Korea, ibu dan kakak saya yang menetap di Amerika Syarikat juga akan turut meraikan perkahwinan saya ini,” katanya.Jelas Jehan, majlis yang bermula pada pukul 2 petang itu akan dimulakan dengan acara akad nikah, bersanding diikuti majlis minum petang.mStar & beautifulnara

Read More - Calon Isteri jehan miskin orang korea? Bior betul

Yahudi di iran yg mengejutkan!

Oh! Krai Utara

Share

Fuh Tergempar!! Fakta Yang Mengejutkan Mengenai Yahudi Di Iran! | Lihatlah di Iran. Bagaimana Yahudi di negara yang presidennya selalu gembar-gembor akan menghancurkan, mencaci maki bangsa Yahudi.Di Iran, Yahudi tersebar di tiga bandar besar; Tehran, Hamdan, Isfahan. Dan menurut data rasmi Iran, ada sekitar 30.000 orang Yahudi di Iran. Sebuah jumlah yang sangat besar di sebuah negara yang katanya anti-Zionis!p/s : Percaya tak percaya, itulah realitinya!Isfahan, yang terletak di tengah-tengah Iran, dikelilingi oleh bandar-bandar berasaskan Syiah-seakan dengan jelas orang-orang Syiah melindungi mereka.Padahal, orang-orang Sunni di Iran diburu seperti tikus, dan ulama-ulamanya digantung. Bahkan orang-orang Sunni tidak punya masjid untuk solat Jumaat. Bandingkan dengan sinagog yang bertebaran di bumi Iran.Orang-orang Yahudi mempunyai hubungan baik dengan kerajaan Iran. Mereka menganggap bahawa orang-orang Sunni sebagai musuh utama mereka. Bahkan, di parlimen Iran, orang-orang Yahudi mempunyai timbalan alias wakilnya. Kita harus tahu bahawa orang-orang Yahudi di Iran menolak pindah ke tanah jajahan Palestin. Mengapa?Kerana, bagi sebahagian Yahudi, Iran adalah tempat suci kerana banyak nabi mereka dikebumikan di sini.Misalnya saja Nabi Daneil. Nabi ini adalah salah satu nabi yang sudah meramalkan kejadian-kejadian sebelum kiamat. Dan ia dikenal luas di antara Yahudi dan umat Kristian. Selain Nabi Daniel, ada juga Nabi Habqouq, Nabi Sumoil, Qeedar, dan Nabi Hajayy.Di Iran juga ada makam Bunyamin, saudara Nabi Yusuf. Jadi tidak hairan jika Yahudi mengagungkan Iran sebagai tanah suci. Dan mereka menganggap Isfahan sebagai kota yang lebih khusus lagi. Bandar ini merupakan tempat pertama di mana mereka berkumpul pertama kalinya setelah pemusnahan Yerusalem oleh Novukhodonsur.Sejarah sudah menyimpan hal ini, dan kemudian setelah 70 tahun penangkapan oleh raja Babylon Nebukadnezzar, mereka berkumpul di Isfahan.Yang lebih mengejutkan ada sebuah hadis Nabi yang tertera di dalam Sahih Muslim, hadis ke 7034: “Anas Bin Malik berkata bahawa Rasulullah saw berkata: ‘Dajjal akan diikuti 70 ribu Yahudi dari Isfahan mengenakan selendang Parsi.” Ala kuli haal, Yahudi-Yahudi di Isfahan , Iran selalu mengenakan selendang. Wallahu alam bi shawwab.

Read More - Yahudi di iran yg mengejutkan!

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...