Edisi 999: lelaki di tangkap berzina dengan sofa

Oh! Krai Utara

Share

Lelaki AS dicekup "Bercinta" dengan Sofa Tepi Jalan

WASHINGTON - Seorang lelaki di Wisconsin, Amerika Syarikat (AS) didakwa mempraktikkan hubungan seksual dengan sebuah sofa. Lelaki itu,  Gerard P Streator   akan segera menjalani proses peradilan awal Oktober mendatang.Menurut Waukesha Patch yang dikutip Digital Spy, Rabu (26/9/2012) perbuatan Streator tersebut dipergoki oleh seorang anggota polis yang sedang lari pagi.(joging) Peristiwa itu terjadi di kawasan Pebble Valley, Wisconsin.Polis itu mengaku, dia melihat Streator tengah menggoyang-goyangkan pinggulnya layaknya seseorang yang tengah melakukan hubungan seksual di sebuah sofa kuning. Kendati demikian tidak ada orang lain di sofa yang terletak di tepi jalan ini. Menyaksikan peristiwa tersebut petugas polis itu pun berteriak, "Apa yang kamu lakukan?". Namun Streator berhasil melarikan diri sebelum akhirnya dia berhasil ditemukan atas bantuan rakan-rakan polis tersebut.Ketika ditemui bersama isterinya di apartmen miliknya Streator menolak tuduhan polis tersebut, mengatakan bahawa dia tidak melakukan sesuatu yang salah. Sementara itu ketika ditemui ditempat kerjanya Streator memberikan keterangan berbeda, mengatakan bahawa dia tidak berada di luar rumah pada ketika peristiwa itu terjadi.Minggu  lalu Streator pun dihadapkan pada dakwaan melakukan perilaku cabul dan mesum. Bila terbukti bersalah lelaki 46 tahun ini akan dihukum sembilan bulan penjara dan denda USD10 ribu  (rhs)okezone.com

Read More - Edisi 999: lelaki di tangkap berzina dengan sofa

Edisi Cilok! : Bintang Pop jerman, Ramma Damma kahwini buah nenas.

Oh! Krai Utara

Share

Memang Pelik, Seorang Lelaki Menikah dengan Buah Nanas

Bak perkahwinan para selebriti, kisah berikut boleh jadi menjadi salah satu hal yang terheboh, dan boleh jadi yang termanis, yang pernah anda ketahui. Bintang pop asal Jerman, Ramma Damma alias Ulli Hopper, memutuskan menikah dengan sebiji nanas! Dengan lamaran senilai 8 poundsterling  itu, Ramma memandu menyeberangi perbatasan Scotland menuju Gretna Green dengan sebuah Jaguar berselimutkan akesoris serba hijau.Di sanalah, dia dan sang nanas yang kemudian ia namakan Tippi, menikah sebelum akhirnya kembali ke Munich, Jerman."Kami berkendara sepanjang malam, perkahwinan yang indah, tapi bukan kawin lari, lo," kata dia, seperti yang disitir situs Metro.co.uk.Kata Ramma, "Saya mencintainya. Saya ingin menikahinya. Kami menginap di Hotel Gretna Green Hall dan kami dinikahkan oleh seorang  yang mengenakan kilt (skirt khas dari Scotland). "Kami menikmati berbagai hidangan. Kami melanglang ke perlbagai restoran dan Tippi menikmati segelas air selama makan malam itu," tutur pria eksentrik itu lagi."Tippi senang menonton film -- khususnya film-film tentang gempa bumi -- dan dia akan duduk di pangkuan saya ketika dia merasa ketakutan," ucap dia. sumber

Read More - Edisi Cilok! : Bintang Pop jerman, Ramma Damma kahwini buah nenas.

[edisi ceramoh] lu mesti buat baik pada kawan bapak lu

Oh! Krai Utara

Share

Gua titipkan sedikit apa yang gua dapat dari kuliah maghrib ustaz hanafi yang gua selalu ikut di masjid sebelah rumah, moga moga kita mendapat sesuatu yang berguna darinya.

Islam itu indah bro, lu tengok macam mana islam ajar kita dalam urusan kehidupan bermasyarakat. Mana nak ada nas nas dari ajaran yang berpaksikan sekular dalam mentaati ibu bapa bro!

Berbuat baik kepada ibu bapa, bukan hanya setakat memberi nafkah kepada mereka, menjaga kebajikan semasa mereka hidup, bahkan islam mengajar kita supaya berbuat baik kepada kawan kawan ibu bapa kita dengan bertanya khabar rakan rakan ibu bapa kita, ini di tegaskan melalui hadis nabi yang lebih kurang bermaksud "ziarahilah kawan kawan bapa kamu yang di sukainya semasa hidup".

Begitu sekali islam menjaga hal ehwal seorang hambanya supaya tautan kasih sayang yang terbentuk antara seorang muslim semasa dia masih hidup tidak terhenti hanya saja di sebabkan dia telah mati. Kebiasaannya, apabila matinya seorang insan maka terputuslah hubungan antara keluarga si mati dengan kawan karibnya semasa hayat beliau.

Islam amat menitik beratkan hubungan yang baik antara dua insan yang berkawan, apatah lagi hubungan antara keluarga maka ia lebih di beratkan oleh islam kerana antara dua insan yang bershabat pun begitu di tekankan, sementelah lagi antara mereka yang sedarah! Tetapi kita banyak yang lalai akan suruhan yang baik ini yang natijahnya mewujudkan suasana yang renggang antara masyarakat islam itu sendiri,  ini dapat di perhatikan di kejiranan kita sendiri.

Sebenarnya, pada pendapat gua suasana yang tidak bermaya dalam masyarakat islam masa kini adalah kurang nya kita ziarah menziarahi antara kita, kita amat kurang bertanya khabar jiran kita, yang seagama pun kita tidak berapa endah, apatah lagi yang berlainan agama, seolah olah kita telah memberi dakwah yang buruk kepada mereka yang lain melalui perbuatan kita, semoga kita sama sama ingat akan pesanan nabi ini.

Sebenarnya, berdakwah itu tak semestinya kita nak kena pandai baca kitab, tak semestinya kena berserban besar bakul. Cukuplah yang kecik kecik dulu dengan cara tu orang macam dah tertarik dengan lu punya style! Dan mereka mendapat persepsi oooo lu islam pasai tu lu suka berkawan, bertanya khabar jiran! Mesti lu dah jadi orang yang disukai allah kerana telah berdakwah melalui benda yang mudah tetapi impak dia maksima!

Read More - [edisi ceramoh] lu mesti buat baik pada kawan bapak lu

Oh! Setan itu macam ahli umno...dr cakap!

Oh! Krai Utara

Share

Wa sejak kecik lagi memang tak pernah lekang dengan nasihat ni, wa ingat lu pun sama aa, nak pulak kalau main sampai santak senja. Pasti aje ibu bapak lu akan lekas2 jerit suruh lu orang pulang dengan mengingatkan bahaya hantu setan ramai baru keluar. "oii, tak reti nak balik umah ke, nak kena "kidnap" ngan hantu setan ke!" lebih kurang camtu le, dan kita yang budak pon lekas pulang, bimbang jugak nanti di tangkap hantu setan, nantinya di kerkah batang tengkuk macam dalam citer drakula. Walhalnya xdak sekor pon budak yang kita dengor mati di cekik hantu setan.

Kita memang la takut hantu setan ni, walaupun dahhhh besor panjang ni. Tapi dalam takut tu pon kita tak pernah pon kenai macam mana ropa hantu setan ni. Wa pon masa kecik selalu tanya ropa hantu setan ngan orang tua2, dan jawapannya hantu tu mesti lah rupanya mengerikan, ooo maca tu! Setan plak? Setan tu dia sikit atas, dia ni tak main dahhh sakat2 orang ni! Dio tukang hasut je....beza cam pencurik telor ayam ngan pak man telo cakap orang tua tu.ooo macam tu.

Tapi, semalam barulah gua tau rupanya sangkaan itu meleset sajaa....dan gua lebih percaya orang ini dalam mengambarkan setan setan itu, maklum laaa dia bukan orang tua kampong gua! Dia dr tua beb! Sefaham gua setan tu macam orang UMNO jer rupa dia.....dia cakap, bukan gua.

Lebih baik ‘syaitan yang dikenali’, pesan Dr M kepada pengundi

KUALA LUMPUR, 22 Ogos — Tun Dr Mahathir Mohamad berkata lebih baik mengundi “syaitan yang dikenali” dalam Barisan Nasional (BN) dari Pakatan Rakyat (PR) yang hanya tahu memberikan janji.“BN telah mendengar suara rakyat dan mengubah banyak polisi dan undang-undang,” kata bekas perdana menteri itu dalam blognya hari ini.“Rakyat hanya perlu mendesak BN bagi membawa perubahan yang mereka mahukan.“Lebih baik syaitan yang anda kenali dari malaikat yang anda tidak kenal.”Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka akan mengadakan pilihan raya, tetapi serangan dari PR serta pendedahan skandal melibatkan pentadbirannya telah melambatkan cadangan beliau.Pentadbiran Najib juga telah memperkenalkan beberapa polisi baru dan perubahan polisi dalam mematahkan serangan PR dana janji reformasi mereka jika mengambil alih kuasa.Perdana Menteri juga telah menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin di Sabah selepas berlaku pembelotan beberapa ahli parlimen menyokong PR.Beliau juga berjanji untuk menghapuskan Akta Hasutan selain menghapuskan beberapa akta keselamatan awal tahun ini.Tetapi PR telah berjaya membuat serangan dengan mendedahkan skandal melibatkan projek penternakan nasional serta kontrak melibatkan projek tambahan LRT.Pembangkang juga berjanji menurunkan harga kereta  lebih rendah untuk rakyat Malaysia.Dalam blognya hari ini, Dr Mahathir membandingkan janji PR dengan presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, dengan janji perubahannya.“Dalam kempennya untuk menjadi presiden, Barack Obama telah menjanjikan perubahan,” katanya.“Beliau berjanji untuk menutup Kem Guantanamo, berjanji untuk tidak membawa tahanan ke mahkamah tentera, berjanji untuk membawa tentera keluar dari Iraq dan Afghanistan dan sekarang sudah empat tahun dan dia gagal untuk mengotakan janjinya.”Menurutnya lagi, pembangkang di Malaysia telah meniru Obama dan menjanjikan perubahan.Beliau mengakui bahawa BN telah memerintah Malaysia dalam tempoh yang lama, tetapi berkata BN mempunyai rekod yang baik.“Lima tahun sebagai tempoh percubaan adalah sangat bahaya. Banyak perkara boleh hancur dalam masa lima tahun. Selain itu, tidak ada jaminan pembangkang bila menjadi kerajaan akan membenarkan BN kembali. Pegawai mereka akan mengugut sesiapa yang mahu menukar kerajaan.“Walaupun kita lihat beliau yang mengaku berjuang untuk hak bersuara, tetapi dia sering menyaman orang yang mengkritiknya.“Kuasa dalam bahagian lain kerajaan juga akan dirosakkan. Nepotisme dan kronisme akan berterusan seperti parti yang dipimpinnya,” kata beliau dengan merujuk kepada ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim - The Malaysian Insider

Read More - Oh! Setan itu macam ahli umno...dr cakap!

Oh! Artis: Azwan ali kecam TV3, perguna ibu untuk kepentingan politik!

Oh! Krai Utara

Share

Pengacara terkenal, Azwan Ali mengecam keras perbuatan media kawalan kerajaan, TV3 yang memperalat ibunya untuk kepentingan politik kotor Umno.Beliau kesal kerana ibunya diheret dalam kancah politik ketika umat Islam merai sambutan Aidilfitri, semata-mata untuk mengkritik abangnya, Mohamed Azmin Ali.“Hati baik bulan? TV3 terus memporak peranda kisah famili Azwan Ali. Masya-Allah. Musahabah diri.“Kesian sungguh nasib seorang ibu yang sanggup jadi bahan TV3 untuk rating,” tulisnya dalam twitter, malam semalam.Beliau merujuk laporan Buletin Utama TV3 (lihat di SINI ) yang memaparkan ibunya, kononnya kecewa terhadap Azmin selepas menonton slot itu secara tidak sengaja.Azwan percaya, ibunya diperalat Ummi Hafida yang bersekongkol dengan Umno bagi memfitnah Azmin yang juga Timbalan Presiden KEADILAN.“Kesian juga aku tengok.. tapi rasa kesian tu hilang tiba-tiba bila si Ummi Hafilda turut kelihatan berada di sebelahnya,” tulis Azwan merujuk adik perempuannya itu.Namun, beliau bersyukur kerana ramai peminatnya memberi sokongan kepadanya dan Azmin, malah mengutuk laporan berkenaan yang disifatkan mereka sebagai ‘jijik’.“Slm. Syukur ramai akui betapa jijik nya usaha @buletintv3! Maha kaya Tuhan kecuali those Lembu Lembu kaki Suapan ya! Amin,” tulisnya.Ini bukan pertama kali pengacara yang terkenal dengan ungkapan ‘ Ada aku kisah?’ dan ‘Amboi amboi amboi…’, menyelar Ummi Hafilda kerana mengheret ibu mereka ke kancah politik.

Sumber: http://www.keadilandaily.com/?p=34834

Read More - Oh! Artis: Azwan ali kecam TV3, perguna ibu untuk kepentingan politik!

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...