[edisi ceramoh] lu mesti buat baik pada kawan bapak lu

Oh! Krai Utara

Share

Gua titipkan sedikit apa yang gua dapat dari kuliah maghrib ustaz hanafi yang gua selalu ikut di masjid sebelah rumah, moga moga kita mendapat sesuatu yang berguna darinya.

Islam itu indah bro, lu tengok macam mana islam ajar kita dalam urusan kehidupan bermasyarakat. Mana nak ada nas nas dari ajaran yang berpaksikan sekular dalam mentaati ibu bapa bro!

Berbuat baik kepada ibu bapa, bukan hanya setakat memberi nafkah kepada mereka, menjaga kebajikan semasa mereka hidup, bahkan islam mengajar kita supaya berbuat baik kepada kawan kawan ibu bapa kita dengan bertanya khabar rakan rakan ibu bapa kita, ini di tegaskan melalui hadis nabi yang lebih kurang bermaksud "ziarahilah kawan kawan bapa kamu yang di sukainya semasa hidup".

Begitu sekali islam menjaga hal ehwal seorang hambanya supaya tautan kasih sayang yang terbentuk antara seorang muslim semasa dia masih hidup tidak terhenti hanya saja di sebabkan dia telah mati. Kebiasaannya, apabila matinya seorang insan maka terputuslah hubungan antara keluarga si mati dengan kawan karibnya semasa hayat beliau.

Islam amat menitik beratkan hubungan yang baik antara dua insan yang berkawan, apatah lagi hubungan antara keluarga maka ia lebih di beratkan oleh islam kerana antara dua insan yang bershabat pun begitu di tekankan, sementelah lagi antara mereka yang sedarah! Tetapi kita banyak yang lalai akan suruhan yang baik ini yang natijahnya mewujudkan suasana yang renggang antara masyarakat islam itu sendiri,  ini dapat di perhatikan di kejiranan kita sendiri.

Sebenarnya, pada pendapat gua suasana yang tidak bermaya dalam masyarakat islam masa kini adalah kurang nya kita ziarah menziarahi antara kita, kita amat kurang bertanya khabar jiran kita, yang seagama pun kita tidak berapa endah, apatah lagi yang berlainan agama, seolah olah kita telah memberi dakwah yang buruk kepada mereka yang lain melalui perbuatan kita, semoga kita sama sama ingat akan pesanan nabi ini.

Sebenarnya, berdakwah itu tak semestinya kita nak kena pandai baca kitab, tak semestinya kena berserban besar bakul. Cukuplah yang kecik kecik dulu dengan cara tu orang macam dah tertarik dengan lu punya style! Dan mereka mendapat persepsi oooo lu islam pasai tu lu suka berkawan, bertanya khabar jiran! Mesti lu dah jadi orang yang disukai allah kerana telah berdakwah melalui benda yang mudah tetapi impak dia maksima!

Read More - [edisi ceramoh] lu mesti buat baik pada kawan bapak lu

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...