oH aRTis : Seluar dalam termahal milik Ratu Victoria dilelong

Oh! Krai Utara

Share

seluor dalam ratu...


LONDON - Seluar dalam berwarna putih yang pernah dipakai oleh Ratu Victoria (gambar kecil) dari Britadijual pada harga £9,375 (RM47,019) dalam satu lelongan di Edinburgh.

Harga jualan itu lebih tiga kali ganda daripada jangkaan asal. Seorang pembeli rahsia membeli seluar tersebut dalam lelongan barang yang terdapat di dalam Rumah Lama Battersea, London.

Rumah Lama Battersea itu merupakan kediaman keluarga Forbes yang terlibat dalam bidang perniagaan penerbitan.

Ratu Victoria memerintah dari 20 Jun 1837 hingga 22 Januari 1901.
Pemerintah Britain itu berkahwin dengan sepupunya, Putera Albert pada 1840. - Agensi
Read More - oH aRTis : Seluar dalam termahal milik Ratu Victoria dilelong

oH aRTis : Zarina Anjoulie bikin panas lagi .......wow!

Oh! Krai Utara

Share



Dia bikin panas lagi. Alahai la... Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul. Lepas satu, satu kontroversi berkaitan dicetus pelakon-model kacukan Melayu-Iran dan Scottish ni.

Belum pun habis mengenai isu dia berperang dengan bintang Akademi Fantasia (AF6) Lufya, baru-baru ini.

Berita terkini, sekeping foto yang menunjukkan dia di cium oleh seorang lelaki, telah terpampang di laman twitter miliknya sekaligus dengan sepantas kilat menjadi tatapan di ruang internet. Siapakah gerangan lelaki itu?

Dan... lepas ni apa lagi kontroversi mengenainya yang bakal timbul?? Heh.

- mD source

Read More - oH aRTis : Zarina Anjoulie bikin panas lagi .......wow!

oH aRTis : Filem tempur berasaskan silat tembusi dunia filem amerika

Oh! Krai Utara

Share

SALAH satu adegan yang terdapat dalam filem The Raid: Redemption.



JAKARTA – Sebuah filem tentang silat dari Indonesia, The Raid: Redemption menjadi filem pertama negara itu menembusi pasaran Amerika Syarikat (AS), malah turut menerima pujian pada beberapa festival filem antarabangsa.
Kini, pengarahnya, Gareth Evans berharap kejayaan filem tersebut akan memberi nafas ke atas seni mempertahankan diri itu.
Filem The Raid: Redemption mula ditayangkan di seluruh dunia pada 28 Mac lalu dan berada di tempat ke-11 dalam carta pecah panggung AS bermula April ini.
Sejumlah dua juta penonton menyaksikan filem itu di AS.
Karya tersebut mencipta rekod filem tempatan apabila memperoleh kutipan pecah panggung tempatan dan ditonton lebih sejuta penonton Indonesia.
“Ia sebuah filem yang boleh membantu mempromosikan silat di seluruh dunia.
“Justeru, jika penonton filem ini dari AS, United Kingdom atau Perancis atau dari mana sahaja tiba-tiba ingin mempelajari tentang silat, kami berjaya melakukannya,” kata Evans, seorang pengarah dari Wales.
Dia mengarahkan filem tersebut selepas jatuh cinta dengan seni silat beberapa tahun lalu.
Filem The Raid: Redemption mengisahkan tentang sekumpulan anggota unit khas Indonesia yang dihantar untuk menumpaskan penjenayah yang tinggal dan bekerja dalam satu blok bangunan.
Antara pelakonnya ialah, guru dan bekas juara silat, Iko Uwais dan seorang pengadil silat antarabangsa, Yayah Ruhiyan.
Filem yang dihasilkan dalam tempoh tiga bulan menelan belanja AS$1 juta (RM3 juta).
Hampir 90 peratus penggambaran dilakukan dalam bangunan.
Ia mendapat ulasan hebat daripada pengkritik-pengkritik antarabangsa termasuk pada Festival Filem Toronto. – Reuters
Read More - oH aRTis : Filem tempur berasaskan silat tembusi dunia filem amerika

BERSIH: oH! Naib Pengerusi Tidak Sokong Bantah dan Duduk!

Oh! Krai Utara

Share
Naib Pengerusi DAP, Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim hari ini mengeluarkan kenyataan tidak menyokong himpunan BERSIH 3.0 yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada Sabtu ini.

"Kebanyakan himpunan akan bermula dengan aman dan berakhir dengan keganasan. Siapa yang akan bertanggungjawab tentang keselamatan mereka?

NONE"Saya menolak mana-mana pihak yang melakukan perkara menjurus kepada pelanggaran undang-undang," katanya.

Ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, Tunku Abdul Aziz menegaskan, BERSIH 3.0 tidak wajar diadakan di Dataran Merdeka kerana ia mengajak rakyat melanggar undang-undang.

Menurut Tengku Aziz lagi, keselamatan peserta yang hadir pada himpunan itu juga tidak terjamin.

Tambahnya, penganjur perhimpunan seharusnya menerima pelawaan oleh pihak berkuasa untuk mengadakan himpunan tersebut di tempat yang lebih selamat.

"Sebenarnya mereka nak protes. Kenapa perlu lakukan di sana? (Dataran Merdeka) sedangkan DBKL sudah tidak membenarkan.

"Nanti akhirnya yang akan dipersalahkan ialah pihak berkuasa. Ini tidak adil.

"Mesti ada jalan lain tanpa melakukannya di jalanan... Ada saluran lain yang boleh digunakan seperti di Parlimen. Tetapi jangan melanggar undang-undang," tegasnya.

Sehubungan itu, Tunku Aziz berkata, walaupun beliau merupakan sebahagian daripada pimpinan Pakatan Rakyat, tetapi ia tidak menghalangnya untuk memberi pendapat peribadi.

Jelasnya, pendirian itu juga tiada kaitan dengan keputusan partinya.

"Walaupun kita daripada parti tetapi tidak bermakna kita perlu rasa bersalah dengan pendirian kita. Kadang kala kita sokong dan ada kalanya tidak," ujarnya.
Read More - BERSIH: oH! Naib Pengerusi Tidak Sokong Bantah dan Duduk!

oh! Gadis remaja di temui rentung di ladang sawit...adakah ini kes rogol dan bakar?

Oh! Krai Utara

Share
gadis hilang di temui rentung semarin di ladang kelapa sawit kampung baru, rancangan kemajuan tanah jeram tekoh, gua musang. gadis tersebut nur aini shafnie mohd azizi, 15 telah di laporkan hilang 20 hari lepas.

mayat pelajar tersebut di temui berada di tepi motosikal yang dinaikinya oleh seorang pemandu lori pengankut buah sawit kira kira jam enam petang yang kebetulannya melalui kawasan tersebut.

ketua polis kelantan datuk jalaludin mendedahkan beliau (mangsa) tidak pulang sejak 3 april lepas dan kali terakhir mangsa yang merupakan anak bongsu dari sepuluh adik beradik di lihat menunggang motosikal jenis kriss.

selepas menyedari mangsa tidak pulang ke rumah, kakaknya norhayati membuat lsporan polis
Read More - oh! Gadis remaja di temui rentung di ladang sawit...adakah ini kes rogol dan bakar?

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...