Oh! :.Baru kami sedar, BN tidak minat bela rakyat
Oh! Krai Utara
“Sekarang kami baru sedar, BN memang tidak berminat untuk membela rakyat. Kami tertipu dan ditipu oleh para pemimpin BN,” kata seorang anak muda di Kampung Bakau, Likas yang mahu dikenali sebagai Jaidin.
Sehubungan itu, beliau mahu pengundi di kawasan Parlimen Hulu Selangor menolak BN dan menyokong Pakatan Rakyat agar peristiwa yang menyayat hati di kampung itu baru-baru ini tidak berulang di Hulu Selangor.
Ini ekoran tindakan kejam Kerajaan Barisan Nasional (BN) negeri meroboh rumah-rumah penduduk setinggan di kampung itu yang amat menyayat hati dan tidak akan dilupakan sampai bila-bila oleh penduduk.
Tanpa belas kasihan, para pekerja Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bersama anggota Rela meroboh satu demi satu rumah penduduk yang rata-ratanya miskin dan daif bermula 12 April lalu yang dijangka berakhir 24 April ini.
Paling menyedihkan kakitangan DBKK dan Rela tergamak meroboh sebuah rumah ketika penghuninya sedang menikmati juadah makanan mereka.
Tidak cukup dengan itu, orang-orang suruhan kerajaan BN ini telah merosakkan harta benda penduduk seperti barangan elektrik, perabot dan sebagainya.
“Selama ini saya dan keluarga setia menyokong Barisan Nasional tetapi kenapa ini balasan yang kami terima? Saya ada sembilan orang anak dan enam orang masih bersekolah. Rumah saya diroboh dan sekarang kami tidak tahu mahu tinggal di mana,” kata Nasron yang tinggal bersama keluarga di sebuah pondok sempit dan usang. (Gambar bawah)
Dengan nada sebak Nasron memberitahu: “Kami ini seperti tiada harga, dibuat macam binatang. Lebih teruk lagi daripada Yahudi. Kami dihalau tanpa bayaran pampasan satu sen pun. Saya disuruh ke Telipok Ria (perumahan rakyat) tetapi saya perlu membayar wang deposit sebanyak RM700.
“Itu belum campur kos pendawaian elektrik yang lebih kurang kosnya RM2,000. Manakala anak saya bersekolah di Kampung Likas, tambang seorang menjadi RM80 sebulan. Maka dengan enam orang anak kos tambang sekolah sudah mencecah RM480 yang mana saya sendiri tidak mampu sediakan semua itu”.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kampung Bakau, Nasir Ahid penduduk telah mendiami di situ selama 30 tahun iaitu awal tahun 1980-an lagi.
Pada waktu itu, katanya penduduk yang berasal dari Semporna, Kudat dan Kota Marudu telah datang meneroka dan membina perkampungan di tanah paya seluas 23 ekar. Kesemua mereka Bumiputera malahan pengundi Kampung Bakau saja berjumlah 3,000 orang.
“Pada masa itu, salah seorang ahli JKKK telah mempelawa saya membina rumah di sini dengan keluasan 30 x 40 kaki. Kebenaran yang diberikan membolehkan saya membina rumah untuk kami sekeluarga menumpang teduh dan meneruskan kehidupan,” kata seorang pesara polis yang tidak mahu dikenali.
Kini beliau telah bersara manakala isterinya bekerja sebagai tukang sapu dengan gaji sebanyak RM17 sehari.
“Apabila kerajaan mahu meroboh rumah kami, saya tidak tahu mahu ke mana kerana saya tidak mempunyai tanah dan wang,” katanya.
Salah seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Radin memberitahu: “Saya membuat panggilan kepada Ketua Umno Bahagian Sepanggar, Jumat Idris untuk memohon bantuan kerana penduduk Kampung Bakau hidup kegelapan setelah pihak SESB memotong bekalan elektrik sejak Isnin lagi. Lantas Jumat menjawab ada baiknya juga hidup dalam kegelapan,” katanya yang tidak berpuas hati dengan lagak sombong pemimpin Umno itu.
Robohnya rumah-rumah Kampung Bakau itu diiringi dengan tangisan dan hancur berkecainya harapan penduduk untuk terus menikmati kehidupan yang aman dan damai.
Suatu ketika dahulu, apabila menjelang pilihan raya, wakil rakyat Dun Karambunai sekarang, Jainab Ahmad telah memberi jaminan bahawa nasib penduduk kampung itu akan dibela dan dipertahankan.
Namun apabila rumah-rumah mereka telah ranap diroboh, wakil rakyat tidak muncul-muncul. Kini semuanya itu ternyata hanya janji-janji kosong belaka.
Oh! Setan:.Masjid Menjadi Sasaran Latihan Menembak
Oh! Krai Utara

Penggunaan replika masjid sebagai sasaran penembak dalam latihan ketenteraan Angkatan Tentera Darat Britain di North Yorkshire telah mendapat kecaman daripada kaum Muslimin. Perbuatan ini mencerminkan tujuan strategik Britain dan kekuatan ketenteraan atas dasar penjajahannya di dunia Muslim.
Taji Mustafa,wakil salah satu NGO Islam Britain berkata, "Terus terang, tentera Britain menggunakan replika masjid sebagai sasaran penembak dalam latihan mereka adalah sangat menjijikkan. Lebih menjijikan lagi kerosakkan yang jelas berlaku terhadap kehidupan manusia, masjid dan bangunan-bangunan yang lain sepertimana yang telah berlaku di Afghanistan dan Iraq sejak 2001. Kaum Muslimin berhak menunjukkan kemarahan mereka, tidak ada yang perlu dihairankan dalam perkara ini."
"Bukti ini bukan sahaja mencerminkan 10 tahun pencerobohan berdarah, penjajahan dan tindakan kejam, tetapi juga mencerminkan matlamat masa depan Britain," ujar Taji Mustafa.
Menurutnya, Britain membuktikan bahawa penjajahan mereka di dunia kaum Muslimin tidak diterima di dunia Islam sehingga mereka sendiri perlu melakukan banyak tindakan keganasan. Perkara ini berlaku tanpa membezakan parti mana yang menang pada pilihan raya yang akan datang, kata Taji Mustafa.
"Kerana kedua-dua parti utama berkomitmen dalam pencerobohan di Afghanistan dan kedua-duanya menyokong perang di Iraq," tegasnya.
"Ahli politik menghabiskan banyak waktu dalam bercakap tentang rancangan 'mencegah' kemarahan umat Islam, sementara mereka aktif dalam mendorong rancangan 'membuat' perang di dunia Islam."
Ini membuktikan bahawa Islam, umatnya dan tempat-tempat ibadah menjadi sasaran tentera Britain dalam terus melaungkan penjajahan di negeri-negeri kaum Muslimin.
Kiriman http://jebbat.blogspot.com
Taji Mustafa,wakil salah satu NGO Islam Britain berkata, "Terus terang, tentera Britain menggunakan replika masjid sebagai sasaran penembak dalam latihan mereka adalah sangat menjijikkan. Lebih menjijikan lagi kerosakkan yang jelas berlaku terhadap kehidupan manusia, masjid dan bangunan-bangunan yang lain sepertimana yang telah berlaku di Afghanistan dan Iraq sejak 2001. Kaum Muslimin berhak menunjukkan kemarahan mereka, tidak ada yang perlu dihairankan dalam perkara ini."
"Bukti ini bukan sahaja mencerminkan 10 tahun pencerobohan berdarah, penjajahan dan tindakan kejam, tetapi juga mencerminkan matlamat masa depan Britain," ujar Taji Mustafa.
Menurutnya, Britain membuktikan bahawa penjajahan mereka di dunia kaum Muslimin tidak diterima di dunia Islam sehingga mereka sendiri perlu melakukan banyak tindakan keganasan. Perkara ini berlaku tanpa membezakan parti mana yang menang pada pilihan raya yang akan datang, kata Taji Mustafa.
"Kerana kedua-dua parti utama berkomitmen dalam pencerobohan di Afghanistan dan kedua-duanya menyokong perang di Iraq," tegasnya.
"Ahli politik menghabiskan banyak waktu dalam bercakap tentang rancangan 'mencegah' kemarahan umat Islam, sementara mereka aktif dalam mendorong rancangan 'membuat' perang di dunia Islam."
Ini membuktikan bahawa Islam, umatnya dan tempat-tempat ibadah menjadi sasaran tentera Britain dalam terus melaungkan penjajahan di negeri-negeri kaum Muslimin.
Kiriman http://jebbat.blogspot.com
Oh! Artis:.Achik Spin Meninggal Dunia Dalam Kemalangan Ngeri
Oh! Krai Utara
kereta MPV Toyota Estima yang dipandu Achik hangus dijilat apiSEREMBAN: Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini, petang tadi. read more
Sekitar Hari Penamaan Calon PRK Hulu Selangor
Oh! Krai Utara
Suasana Penamaan Calon PRK Hulu Selangor yang sempat dirakam pada 17 April 2010 di Sekitar Dewan Serbaguna Kompleks belia Dan Sukan Kuala Kubu Bharu.


Sumber: http://jiwokelate.wordpress.com/
Tiga Lelaki Disyaki Lontar Bom Api Ke Rumah Pegawai Polis Ditahan
Oh! Krai Utara
IPOH: Polis menahan tiga lelaki yang disyaki terlibat dengan kejadian melontar bom api ke rumah seorang pegawai polis wanita berpangkat Inspektor di Taman Jana Mulia, Kamunting, kira-kira 90 kilometer dari sini awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Yusof Mohd Diah berkata, ketiga-tiga mereka yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes dadah, ditangkap dalam satu operasi khas di sekitar Taiping malam tadi.
"Besar kemungkinan, kejadian itu adalah angkara ansir-anasir kes dadah, dan mereka ini cuba bertindak balas, namun setakat ini kami tidak menolak kemungkinan-kemungkinan lain," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, pihak polis tidak menolak kemungkinan kejadian itu berpunca daripada perasaan dendam terhadap pegawai wanita berkenaan yang bertugas di Bahagian Risikan Jenayah Dadah di Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping.
Katanya, pegawai berusia 29 tahun itu masih meneruskan tugas seperti biasa.
"Beliau tidak mengalami sebarang kecederaan dan juga tidak memohon untuk bercuti kerana ingin membantu menyelesaikan kes. Mengikut siasatan, jumlah kerugian yang dialami beliau dianggarkan RM3,000," katanya.
Yusof berkata, suspek berumur antara 20 dan 40 tahun yang direman sehingga Khamis ini merupakan antara 12 lelaki yang ditahan dalam operasi khas malam tadi.
Menurutnya, mereka disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api atau benda letupan dengan niat hendak membinasakan rumah dan sebagainya, yang jika sabit kesalahan boleh menbawa hukuman penjara 20 tahun atau denda. - BERNAMA





