Tiga Lelaki Disyaki Lontar Bom Api Ke Rumah Pegawai Polis Ditahan

Oh! Krai Utara

Share
IPOH: Polis menahan tiga lelaki yang disyaki terlibat dengan kejadian melontar bom api ke rumah seorang pegawai polis wanita berpangkat Inspektor di Taman Jana Mulia, Kamunting, kira-kira 90 kilometer dari sini awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Yusof Mohd Diah berkata, ketiga-tiga mereka yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes dadah, ditangkap dalam satu operasi khas di sekitar Taiping malam tadi.
"Besar kemungkinan, kejadian itu adalah angkara ansir-anasir kes dadah, dan mereka ini cuba bertindak balas, namun setakat ini kami tidak menolak kemungkinan-kemungkinan lain," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, pihak polis tidak menolak kemungkinan kejadian itu berpunca daripada perasaan dendam terhadap pegawai wanita berkenaan yang bertugas di Bahagian Risikan Jenayah Dadah di Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping.
Katanya, pegawai berusia 29 tahun itu masih meneruskan tugas seperti biasa.
"Beliau tidak mengalami sebarang kecederaan dan juga tidak memohon untuk bercuti kerana ingin membantu menyelesaikan kes. Mengikut siasatan, jumlah kerugian yang dialami beliau dianggarkan RM3,000," katanya.
Yusof berkata, suspek berumur antara 20 dan 40 tahun yang direman sehingga Khamis ini merupakan antara 12 lelaki yang ditahan dalam operasi khas malam tadi.
Menurutnya, mereka disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api atau benda letupan dengan niat hendak membinasakan rumah dan sebagainya, yang jika sabit kesalahan boleh menbawa hukuman penjara 20 tahun atau denda. - BERNAMA

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...