Oh Artis::Belaian lelaki jambu
Oh! Krai Utara
KUALA LUMPUR: Ketika usaha pembanterasan banyak ditumpukan terhadap gadis urut yang menawarkan khidmat seks, ramai mungkin terlepas pandang terhadap ‘jejaka urut’ yang turut menyediakan khidmat serupa terhadap golongan sejenis yang bernafsu songsang.
JIJIK…pakej unik dan pelik.
Seorang pelanggan tetap sebuah pusat urut untuk golongan gay yang hanya mahu dikenali sebagai Daniel, 30, mendedahkan kepada Metro Ahad, khidmat disediakan di premis yang sering dikunjunginya adalah pelbagai dan lebih ‘advanced’ daripada rumah urut biasa. READ MORE
Oh Artis :: ‘Isteri Benjy dihalau dari rumah sewa’
Oh! Krai Utara

Safiya Stephanie
Alami trauma teruk susulan penahanan suami
KUALA LUMPUR: Isteri Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy, 32, dilaporkan mengalami kesan trauma yang teruk susulan penahanan suaminya mengikut Seksyen 3 Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 atas dakwaan memiliki dadah.
Difahamkan, Safiya Stephanie, 27, juga tidak sanggup keluar rumah kerana bimbang dicemuh masyarakat, termasuk difitnah bersubahat.
Berikutan itu, beliau dan anak tunggalnya, Firdauz Juan, 4, tidak pernah kelihatan setiap kali pelakon berkenaan dibawa ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dan Ibu pejabat Polis Kontingen (IPK) berhubung kes berkenaan. READ MORE
Penghuni Rumah Panjang Dihantui 'Serangan Lintah'
Oh! Krai Utara
SELANGGAU: Bagi penanam padi di Bumi Kenyalang, ketika ini ialah musim menuai. Tetapi bagi Santa anak Lu, 42, setiap kali pergi ke sawah, wanita ini akan memastikan beliau memakai dua helai seluar dalam ketat di dalam kain sarung atau seluar panjangnya.
Ini bukan disebabkan penghuni rumah panjang di KM 58, Jalan Sibu-Bintulu itu ingin mencuba sesuatu yang 'luar biasa', tetapi sebagai langkah berjaga-jaga selepas satu insiden yang agak menakutkan berlaku.
"Satu pagi Disember lepas, saya sedang bekerja di petak sawah bila saya terasa sesuatu sedang merayap menaiki paha kanan saya. Tanpa segan silu saya terus menyingkap kain dan alangkah terkejutnya bila mendapati seekor lintah sepanjang 10 cm sedang merayap di paha. Saya terpaksa menggunakan sebatang kayu untuk menguisnya jatuh dari paha," Santa memberitahu pemberita di rumah panjang tempat tinggal beliau.
'Tuai rumah' atau ketua rumah panjang, Unggat anak Masing, 64, mengakui kejadian yang dialami Santa dan kini beliau juga takut untuk menangkap ikan di Sungai Buluh atau Sungai Serinah begitu juga kolam ikan kepunyaan beliau.
LINTAH DALAM SELUAR DALAM
Satu kejadian yang dialami sendiri oleh Unggat ialah ketika beliau menjala ikan di sungai pada suatu pagi bila beliau perasan seekor lintah sedang merayap di pahanya dan cuba masuk ke dalam seluar dalamnya.
Seminggu sebelum kejadian itu, ketika beliau sedang menebar jala ikan di Sungai Unggat nampak beberapa ekor lintah sedang berenang ke arahnya tetapi beliau berjaya menguis lintah-lintah itu dengan sebatang kayu.
"Penghuni rumah panjang sekarang takut nak mandi sungai terutama ketika musim kemarau kerana ketika inilah lintah-lintah itu jadi aktif dan agresif.
"Kami tak tahu apa nak buat. Bagi bekalan air, kami terpaksa bergantung pada air hujan atau air yang diambil dari paip kepunyaan Majlis Daerah Sibu di pasar di Selanggau tapi kami sudah menerima arahan supaya berhenti daripada melakukannya," kata beliau.
Menurut Unggat, penghuni rumah panjang terpaksa bergantung kepada bekalan air sistem 'graviti' sejak mereka mendiami rumah panjang berkenaan 10 tahun lepas tetapi acapkali juga paip air mereka menjadi kering.
"Kami berkongsi sumber air terletak jauh di dalam hutan bersama dua lagi rumah panjang tetapi bila dah masuk beberapa hari pada musim kemarau, paip kami dah mula kering kontang," kata beliau.
MASALAH SERANGAN LINTAH
Masalah 'serangan' lintah yang dihadapi Unggat dan 53 lagi penghuni rumah panjang itu bermula Disember lepas bila lintah 'Hirudo medicinalis'(medicinal leeches) yang dipelihara secara komersil terlepas dari tangki peliharaan di dua rumah panjang yang berjiran dengan rumah panjang mereka.
Unggat tidak tahu siapa yang memulakan projek penternakan lintah itu tetapi mereka diberitahu bahawa satu kilogram lintah boleh mendatangkan hasil RM120.
"Apa yang saya tahu, enam penghuni dari rumah panjang yang terdekat menjalankan projek itu selepas berkursus di Sibu. Saya ingat mereka cuai dan tidak ikut panduan memelihara lintah berkenaan dengan betul.
"Kini lintah-lintah itu memang ada di dalam sungai dan juga sawah padi kami dan beberapa pelajar juga turut mendakwa melihat lintah ini di padang sukan SK Sungai Buluh, tiga kilometer dari rumah panjang kami.
Unggat juga pasti lintah-lintah berkenaan yang cepat membiak sudah lepas ke kawasan yang lebih jauh termasuk Sungai Sepiring.
SELESAI MASALAH
Unggat berharap pihak berkuasa dapat menyelesaikan masalah itu dengan segera.
"Saya bimbang tentang anak-anak yang suka mandi sungai selain mencari siput dan menangkap ikan di sungai," kata beliau.
Menurut Unggat, apa yang yang diperlukan segera oleh setiap 10 keluarga penghuni rumah panjang itu ialah tangki air yang boleh menyimpan air hujan untuk kegunaan harian mereka.
"Lagi bagus kalau kerajaan dapat menyambung air bersih Loji Air Selanggau kepada kami kerana lokasi kami hanyalah di sebelah jalan utama negeri dan 15 minit perjalanan dari pekan Selanggau," kata beliau. - BERNAMA
Tuan Muda Pahang perdaya orang kenamaan ?
Oh! Krai Utara
Tuan Muda Pahang palsu perdaya orang kenamaan ditahan
KUANTAN - Seorang remaja ditahan polis kerana dipercayai terbabit dalam kes penyamaran sebagai "Tuan Muda Pahang", kata Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Zulkifli Taha.
Beliau berkata, remaja berusia 17 tahun itu yang disifatkan polis sebagai "budak pintar" ditahan semalam setelah polis menerima aduan daripada Istana Pahang.
Katanya, suspek memperdaya seorang Exco Kerajaan Negeri Pahang dan Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kecil dengan menggunakan gelaran "Yang Mulia Tuan Muda" dan mendakwa bahawa dia adalah anak angkat kepada Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
"Sepucuk surat rasmi palsu Tengku Puan Pahang yang direka telah dihantar ke Kem PLKN Cahaya Gemilang, Cherating untuk memaklumkan bahawa suspek akan mengadakan lawatan ke kem berkenaan," kata Zulkifli kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata, berikutan surat berkenaan, Ketua Pengarah JLKN datang ke Pahang untuk mengiringi suspek melawat kem itu.
Pada Isnin lepas, suspek telah menunggu ketibaan Ketua Pengarah berkenaan di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah sebelum bergerak ke Kem Cahaya Gemilang di Cherating.
Zulkifli berkata, pada lawatan ke Kem PLKN Cahaya Gemilang, suspek turut memakai baju PLKN dengan tertera nama "Tuan Muda" dan dia juga menjalankan satu acara pengurniaan pingat kepada peserta-peserta PLKN.
Menurutnya, pada pertengahan bulan lepas beliau berkata, suspek telah melakukan lawatan ke rumah Orang Kelainan Upaya berhampiran Kem PLKN Kampung Hijrah yang turut dihadiri seorang Ahli Exco Kerajaan Negeri Pahang.
Katanya, suspek yang berasal dari Bera itu telah ditahan di rumah saudaranya di Pekan semalam.
Polis menahan reman suspek sehingga Selasa depan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan. - Sinar Harian
Remaja pintar berlagak Tuan Muda
Oh! Krai Utara
KUANTAN - Kehadiran seorang remaja yang mendakwa anak angkat kepada Tengku Mahkota Pahang dengan gelaran Tuan Muda di Kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Hijrah, Penor dan Kem PLKN Cahaya Gemilang, Cherating, dekat sini, diraikan dengan penuh penghormatan.
Berikutan statusnya, remaja pintar yang memperoleh keputusan 9A 1B dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 diberi penghormatan memakai pangkat kepada pelatih di Kem Cahaya Gemilang dan menghadiri Majlis Perasmian Penutup Kumpulan 1 di Kem PLKN Kampung Hijrah.
Dia juga dilihat mengiringi ketibaan Ketua Pengarah JLKN di lapangan terbang bersama-sama Komandan Kem dan seorang Exco Kerajaan Negeri sebelum mengadakan lawatan ke rumah orang kurang upaya (OKU) di Kampung Hijrah.
Identitinya bagaimanapun terbongkar ketika melawat Kem PLKN Cahaya Gemilang, Cherating apabila seorang bekas rakan sekolahnya mendedahkan dia hanya remaja biasa dan tiada kaitan dengan kerabat diraja itu seperti yang didakwa.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Zulkifli Taha berkata, kerana penyamarannya itu, remaja berasal dari Bera dan menetap di Pekan itu ditahan polis kelmarin untuk disoal siasat ekoran satu laporan yang dibuat wakil istana, 8 April lalu.
Menurutnya, remaja berusia 18 tahun itu ditahan di rumah salah seorang saudaranya dekat Pekan petang kelmarin sebelum direman sehingga 13 April depan untuk siasatan lanjut.
“Hasil siasatan yang dijalankan, penyamaran remaja terbabit disahkan berlaku berdasarkan beberapa maklumat termasuk gambar-gambar yang diperoleh daripada pihak kem PLKN terlibat.
“Polis juga mendapati, remaja itu menggunakan dokumen istana termasuk kepala surat Tengku Puan Pahang yang dipercayai palsu untuk memaklumkan lawatannya ke semua kem PLKN di negeri ini kepada Pejabat kem Kampung Hijrah dan Ketua Pengarah JLKN sendiri,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Zulkifli berkata, remaja itu juga turut memakai dua pakaian rasmi PLKN lengkap tertera nama dan gelarannya menggunakan tulisan kuning dalam penyamarannya itu.
“Siasatan lanjut masih dijalankan berhubung motif penyamaran remaja terbabit selain mengenal pasti sekiranya ada individu lain yang terlibat.
“Polis juga sedang mengenal pasti berhubung dua pakaian yang dirampas sama ada seragam itu diberikan pihak PLKN atau diperoleh sendiri dari sumber lain,” katanya.
Beliau berkata, polis memandang serius kes terbabit kerana ia melibatkan kerabat diraja selain melibatkan kenamaan lain manakala kes disiasat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan - Sinar Harian




