Berilmu Dan Beramal Tidak Akan Sesat Dari Ajaran Islam

Oh! Krai Utara

Share
Soalan yang diajukan :

Saya di perdengarkan berita gaib itu juga kerana kehendak dengan banyak bukti-bukti yang diperlihatkan yaitu kekuasaan dan kemurkaan Allah s.w.t. ,tapi setelah berita gaib itu hilang saya banyak mendengar bisikan syaitan yang ingin meruntuhkan iman, bagaimana solusinya untuk menghilangkan bisikan tersebut sampai saat ini saya tetap sholat malam, terima kasih banyak?

Jawapannya

Setiap amalan ibadah mestilah didahulukan dengan menuntut ilmu dengan guru yang mempunyai ijazah dan mahir dalam bidang tersebut. Ilmu agama tidak boleh dengan membaca sahaja tanpa guru, kerana ditakuti tersesat dari ajaran yang sebenar. Islam mengajar umatnya menuntut ilmu, kerana ilmu itu wajib dan merupakan fardhu ain kepada semua umat Islam. Hadis Nabi yang bermaksud :

“Menuntutlah ilmu adalah fardhu ke atas setiap muslim samada lelaki ataupun perempuan”

Hadis Lain yang bermaksud :

“Sesiapa yang pergi mencari ilmu maka Allah akan membuka pintu syurga untuknya, dan malaikat akan menghamparkan sayapnya untuknya, dan para malaikat serta ikan-ikan di lautan mendoakan untuknya." (HR Abu Daud)

Sering kita didengari dalam dunia sekarang ini, bahawa banyak terwujudnya ajaran-ajaran sesat sepertimana Ayah Pin, Nabi Melayu, Tarikat Tok Ayah, Aminah Wadud dan banyak lagi. Ini semua berpunca dari tidak menuntut ilmu dan hanya membaca semata-mata dan beramal tanpa ilmu, kalau mereka menuntut ilmu kemungkinan besar ilmu yang di tuntut oleh mereka tidak habis, sebab itulah ilmu mereka dapat menyesatkan mereka. Dalam menuntut ilmu ini mempunyai protokolnya tersendiri yang perlu dipatuhi. Diantara protokolnya ialah pertama mesti kita berguru dengan guru yang alim, mahir dalam bidang agama dan diakui oleh orang bahawa tok guru ini adalah orang yang alim dan warak. Kedua mestilah menuntut ilmu sehingga habis pengajiannya dan jangan sekerat jalan. Ketiganya menuntut ilmu biar dengan hati yang ikhlas dan bukan untuk mencari keuntungan dengan sedikit ilmu yang dipelajari. Keempat mestilah belajar ilmu tauhid terlebih dahulu untuk kita mengenali Allah, di ikuti dengan ilmu fiqh supaya ibadah kita tidak tersesat dan yang terakhir menuntut ilmu ihsan atau tasawuf untuk membawa hati kita benar-benar rasa berada dihadapan Allah.

Budaya masyarakat sekarang ini, mereka tidak mahu menuntut ilmu tauhid dan ibadah (fiqh) terlebih dahulu kerana mereka rasa ini adalah biasa dan boleh diamalkan tanpa berguru, mereka terus mencari ilmu tasawuf dan belajar melalui guru yang bukan pakar dalam bidang tasawuf, maka sebab itulah berlakunya kesesatan sehinggakan ada yang mendakwa dirinya pernah berjumpa dengan Allah, pernah berbual dengan roh dan sebagainya. Nasihat saya, pelajari dahulu ilmu tauhid dan fiqh, belajar membaca Al-Quran dan sempurnakan dahulu ibadah-ibadah yang wajib. Setelah mempunyai asas yang kukuh dan kuat barulah mempelajari ilmu-ilmu kebatinan dengan guru yang benar-benar mempunyai ijazah (kepakaran) dalam bidang tersebut.

Boleh menuntut ilmu tasawuf untuk memantabkan lagi segala amalan ibadah, membersihkan hati dari penyakit-penyakit hati supaya diri kita mudah untuk menjadi orang soleh dan orang yang taqarrub (dekat) dengan Allah. Tetapi janganlah menuntut ilmu tasawuf untuk jadi bomoh, nak pergi alam laduni, nak berbual dengan jin, berbual dengan roh dan sebagainya, takut kita ditipu oleh syaitan.

Jangan amalkan segala amalan yang luar dari tuntutan agama seperti zikir-zikir yang tidak terdapat dalam Al-Quran atau zikir-zikir yang bukan dari para ulamak yang muktabar. Kadang-kadang zikir-zikir mereka seperti mentera sami siam. Takut amalan yang dilakukan tidak tahu asal sumbernya diamalkan dan ditakuti ditipu oleh syaitan, seperti sering di dengari dengan suara-suara gaib, atau bermimpi berjumpa dengan orang alim yang meminta melaksanakan amalan-amalan yang kurafat. Biarlah kita perkemaskan dahulu asas-asas syariat dengan sempurna, setiap ibadah kita benar-benar berhadapan dengan Allah dan takut akan seksaan Allah, kerana asas-asas inilah yang menjadi dinding kepada diri kita supaya tidak sesat dan tidak tertipu dengan syaitan. Ikhlaskan diri kepada Allah akan segala amalan yang diamalkan dan tidak sedikitpun berharap akan ganjaran-ganjaran yang baik dari Allah. Sentiasa dalam keadaan redho dan berendah diri kepada Allah, maka ini juga dinamakan tasawuf. Ada pendapat ulamak yang mengatakan ilmu tasawuf ini datang dengan sendirinya apabila kita benar-benar ikhlas beribadah kerana Allah, hidup dan mati juga kerana Allah, ilmu ini datang tanpa disedari oleh orang tersebut dan orang lain yang mengetahuinya.

Cara untuk mengatasi masalah ini, perlulah menuntut ilmu dengan bergurukan orang yang alim, kerana apabila berguru dengan orang alim kita akan memperolehi keberkatan dari Allah. Ilmu yang dipelajari akan menjadi pelindung dari segala tipu daya syaitan untuk menyesatkan anak-anak adam. Biarlah setiap amalan yang diamalkan berdasarkan ilmu yang dimiliki dan mempunyai hujah yang berpandukan kepada dalil-dalil naqli dan aqli. Ada pendapat umalak yang mengatakan orang yang beramal dengan adanya dalil maka amalannya diterima oleh Allah, manakala orang beramal tanpa dalil amalannya di tolak oleh Allah. Ini sahaja saya rasa untuk menjauhkan diri anda dari mendengar suara-suara gaib yang tidak sepatutnya. Hadis Nabi yang bermaksud :

“Ilmu dan amal ibarat sepohon pokok yang berbuah”

Orang yang berilmu dan beramal dengan apa yang ia pelajari diibaratkan sepohon pokok yang berbuah dan dapat dimanfaatkan oleh orang lain yang memerlukannya. Jadi jelas bahawa ilmu itu merukan faktor utama untuk membimbing manusia kejalan yang benar dan perlu berilmu dahulu baru diikuti dengan amal. Imam Ahmad mengatakan, “Menuntut ilmu dan mengajarkannya lebih utama daripada berjihad dan amal sunnah lainnya.” 
Read More - Berilmu Dan Beramal Tidak Akan Sesat Dari Ajaran Islam

Guna gambar Pemimpin PR untuk ceramah UMNO

Oh! Krai Utara

Share
KEPALA BATAS, 3 April: Sekali pandang nampak macam Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng yang akan memberikan ceramah tetapi sebenarnya Datuk Seri Zahrain Ibrahim dan Ezam Mohd Nor sebenar. Ia sangat mengelirukan.

Ekoran itu, Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (Dun) Pinang Tunggal dan Pakatan Rakyat Kepala Batas mendesak Polis membuat siasatan segera terhadap beberapa helai sepanduk yang mengelirukan rakyat itu.

Ia digantung untuk satu majlis ceramah di Kampung Paya Keladi pada 6 April ini.

Sebenarnya ia adalah program anjuran Angkatan Belia Muda Kepala Batas yang didalangi oleh Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kepala Batas.

Pemidato jemputan ialah Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim dan bekas Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Ezzam Mohd Noor.

Pengarah Dun Pinang Tunggal, Mohd Akhir Che Mat berkata, lapuran polis telah dibuat di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seberang Perai Utara pada pukul 9.00 pagi dan selesai pada pukul 11.00 pagi tadi.

Menurut beliau, pihak polis dikehendaki mencari dalang sebenar yang dikira sengaja menimbulkan perasaan benci membenci di kalangan masyarakat.

Bukan itu sahaja mereka juga harus menyiasat siapa Angkatan Belia Muda Kepala Batas yang menjadi penganjur program terbabit yang pastinya tanpa permit.

"Pihak polis dikehendaki membuat siasatan segera terhadap sepanduk yang terpampang di serata tempat yang memaparkan gambar Anwar dan Lim Guan Eng. Dari gambar itu seolah mereka yang akan berpidato, " tegasnya kesal.

"Keadaan itu membuktikan Umno ketandusan ideal untuk berhadapan dangan rakyat dengan mempergunakan dua tokoh besar tanah air sedangkan yang akan berceramah ialah Dato' Zahrain dan Ezzam, " jelas beliau yang juga Naib Pengerusi Pakatan Rakyat Kepala Batas.


Harakah Daily
Read More - Guna gambar Pemimpin PR untuk ceramah UMNO

Samy Velu berdegil mahu letak calun kalah

Oh! Krai Utara

Share
Masaalah sekarang dalam hal pemilihan calun adalah Palanievel tidak lagi dimahukan pengundi Hulu Selangor. Baik Melayu, baik Cina, baik India juga. Satu kelompok manusia India pun tak mahu dia.

Dia ingat dia akan dipilih menjadi calun dan dia mahu dipilih. Bukan diguna kepala otak bahawa sebagai MP tiga penggal, dia tidak sepatut kalah tapi kalah pada 2008. Dia kalah bukan sebab isu nasional atau apa. Dia kalah sebab orang dah tak mahu.

Baca 1,000 lebih undi sebagai petunjuk. Ini adalah mereka yang tidak sanggup kasi PKR tapi tak mahu kasi Palanivel. Dirosakkan undi.

Samy Velu pula mati-mati mahukan kerusi itu diberikan Palanivel. Niatnya bukan baik pun. 
ni aku salin tampal dari blogger pro umno

Dia tidak berkenan pada Palanivel sebagai Timbalan dan mungkin mahu kekal berterusan Presiden sampai mati. Dalam ingatan dia adalah kalau kalah kali kedua berturut2 Palanivel di Hulu Selangor, pasti dia akan beri alasan bahawa tak ada pengganti yang kuat untuk gantinya.

Palanivel pun sudah berjanji mahu berikan pada Muligesan Pemuda MIC situ. Dia pula mula sibuk mahu kembali balik ke kawasan hanya akhir2 ini. Ini tidak semesti memperbaiki keadaannnya dengan India situ.

Orang India kawasan Hulu Selangor pun sudah fed-up dengan Palanivel dan ini menyebabkan perpecahan dikalangan orang India.

Melihat keadaan yang berpecah, UMNO lebih yakin kerusi ini boleh diselamatkan kalau UMNO bertanding. Pastinya walkover kalau Mat Taib atau Zainal Sakom bertanding. Mereka ini begitu baik menjaga kawasan.

Pasal lebih 50 tahun UMNO mengalah, ada kata power sharing bermakna kali ini turn UMNO pula. Yang tua2 dah siap kata sebelum mati aku nak tengok orang UMNO wakil ke Parlimen.

Isu ini tidak berat dan tidak sampai tidak boleh merumitkan untuk diselesaikan. Samda UMNO atau MIC, penting sekali kita balik ke asas calun itu faktor penting untuk menang. PKR yang konon mengamalkan politik berbilang kaum pun tahu perlu letak calun Melayu kalau mahu menang.

Bagi Palanivel, lebih baik dia cool down dan tunggu peluang lain dan ditempat lain dari kalah. Bagi Samy, fikirlah balik. Nak masuk PKR pun bukan akan diterima. Hindraf pun tak akan terima. Banyak bersabarlah Uncle Samy. Dah tua2 ni, rajin2 pergi kuil.
Read More - Samy Velu berdegil mahu letak calun kalah

Agihan pertama wang ihsan dilaksana hari ini

Oh! Krai Utara

Share
MACHANG - Agihan pertama wang ihsan melibatkan kumpulan pertama yang terdiri daripada 70 murid sekolah rendah dari seluruh negeri akan dilaksanakan hari ini sempena Majlis Pelancaran Program Juara Rakyat Peringkat Negeri Kelantan. 



Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed berkata, agihan tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat yang mana senarainya akan diperoleh melalui Jabatan Pelajaran Negeri. 


Katanya, agihan wang ihsan tersebut melibatkan murid sekolah rendah dengan pendapatan ibu bapa kurang daripada RM720 sebulan. 

“Ini adalah kumpulan pertama dan kumpulan seterusnya akan menerima agihan ini asalkan mereka layak dan menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan yang mana pemilihannya akan dilaksanakan oleh JPN. 

“Ia tidak melibatkan fahaman politik dan sebagainya. Asalkan berpendapatan kurang daripada RM720 mereka layak menerimanya. Parti tidak terlibat dalam menyenaraikan murid miskin bagi menerima wang ihsan ini,” katanya kepada pemberita ketika melawat pejabat UMNO Bahagian Machang, di sini, semalam. 

Tidak ketinggalan, beliau juga turun padang ke Pangkal Chuit bagi meninjau kerja-kerja membaiki rumah keluarga miskin dan melawat orang sakit. 

Mustapa berkata, agihan tersebut akan disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena Majlis Pelancaran Program Juara Rakyat di Sekolah Mene-ngah Kebangsaan Hamzah. 

Katanya, dijangka lebih 20,000 orang ramai akan hadir bagi menjayakan program tersebut yang mana turut dimeriahkan dengan pelbagai program sesuai dengan semua peringkat umur.-sinarharian.com.my
Read More - Agihan pertama wang ihsan dilaksana hari ini

Jual Saham Melayu...mana sibacul UMNO , PERKASA

Oh! Krai Utara

Share
Gila, dimanakah nilai dan maruah pemimpin umno dan kuncunya PERKASA sehingga meletakkan nilai kepentingan bangsa melayu dibawah tapak kaki.

mana berahim ali si tolol yang sampai serak tekak duk laung kebangsataan jika tidak menuntut najib rozak kembalikan hak dan kepentingan melayu yang mereka jual kepada bangsa asing...berahim ali yang hari itu sampai terkenal ke seluruh bumi menyumpah bangsa asing ditanah malay dengan kata-kata kesat dalam interviu dengan aljazeera.di manakah dia yang beria-ia menghulur keris kepada mahathir suruh diunjuk kelangit...mendabik dada, kamilah pejuang melayu...sehingga terpanpang motto tak melayu hilang di dunia.

mana mu berahim, aku nak tengok mu sergah najib dan suruh dio kembalikan hok ore melayu, aku dan seluruh rakyat nak tengok mu pegang keris dan tunjal kepala najib suruh dio jangan jual kepentingan melayu kepada ananda...kalu mu senghoti pejuang kebangsaan.

aku tidak juang kebangsaan, baculll lah umno dan perkasa kerana membiarkan kepentingan individu melebihi melayu..

Umno-BN Jual Saham Melayu Kepada Ananda Krishnan

Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail mempertikaikan kewarasan keputusan kerajaan membenarkan pelupusan ekuiti Bumiputera dalam Astro Holdings Sdn Bhd milik jutawan Tan Sri T. Ananda Krishnan.

Astro Holdings mempunyai pegangan saham sebanyak 72.9 peratus di dalam Astro All Asia Networks Plc (AAAN), syarikat yang mengendalikan stesen televisyen satelit, Astro.

Antara pemegang saham terbesar Astro Holdings ialah Khazanah Nasional sebanyak 30 peratus dan Yayasan Bumiputera 12 peratus sementara Usaha Tegas Sdn Bhd milik Annda memegang 57.6 peratus.

Pada 17 Mac lalu Ananda mengumumkan cadangannya untuk menjadikan AAAN sebuah syarikat milik persendirian dengan menawarkan untuk membeli kesemua saham AAAN pada harga RM4.30 sesaham atau keseluruhannya RM8.5 bilion secara tunai.

"Adakah benar perundingan telah mencapai tahap terakhir dan telah menjadi sah tawaran ini diterima dan diberi kebenaran kepada syarikat tersebut untuk memiliki seratus peratus saham AAAN dan menjadikannya syarikat Sdn Bhd?

"Mengapa GLC (syarikat berkaitan kerajaan) memebenarkan ekuiti yang dipegang bagi pihak Yayasan Bumiputera dan Khazanah Nasional di beli 100 peratus oleh Astro Holdings Sdn Bhd?

"Apakah kepentingan atau justifikasi untuk meluluskan atau untuk tidak menimbang langsung kepentingan sebuah syarikat yang bertanggungjawab mengawal penyiaran program dan berita kepada masyarakat untuk dijadikan entiti persendirian?" tanya Azan ketika membahas titah Yang DiPertuan Agong Rabu baru-baru ini.

Azan berkata persoalan dalam minda rakyat ialah mengapa kerajaan sanggup menggadai kepentingan Bumiputera dalam sebuah organisasi perniagaan yang berdaya maju dan menguntungkan.Pengumuman tersebut menyebabkan saham Astro Holdings melonjak naik kira-kira  20 peratus dari RM3.56 kepada RM4.24.
Read More - Jual Saham Melayu...mana sibacul UMNO , PERKASA

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...