Agihan pertama wang ihsan dilaksana hari ini

Oh! Krai Utara

Share
MACHANG - Agihan pertama wang ihsan melibatkan kumpulan pertama yang terdiri daripada 70 murid sekolah rendah dari seluruh negeri akan dilaksanakan hari ini sempena Majlis Pelancaran Program Juara Rakyat Peringkat Negeri Kelantan. 



Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed berkata, agihan tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat yang mana senarainya akan diperoleh melalui Jabatan Pelajaran Negeri. 


Katanya, agihan wang ihsan tersebut melibatkan murid sekolah rendah dengan pendapatan ibu bapa kurang daripada RM720 sebulan. 

“Ini adalah kumpulan pertama dan kumpulan seterusnya akan menerima agihan ini asalkan mereka layak dan menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan yang mana pemilihannya akan dilaksanakan oleh JPN. 

“Ia tidak melibatkan fahaman politik dan sebagainya. Asalkan berpendapatan kurang daripada RM720 mereka layak menerimanya. Parti tidak terlibat dalam menyenaraikan murid miskin bagi menerima wang ihsan ini,” katanya kepada pemberita ketika melawat pejabat UMNO Bahagian Machang, di sini, semalam. 

Tidak ketinggalan, beliau juga turun padang ke Pangkal Chuit bagi meninjau kerja-kerja membaiki rumah keluarga miskin dan melawat orang sakit. 

Mustapa berkata, agihan tersebut akan disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena Majlis Pelancaran Program Juara Rakyat di Sekolah Mene-ngah Kebangsaan Hamzah. 

Katanya, dijangka lebih 20,000 orang ramai akan hadir bagi menjayakan program tersebut yang mana turut dimeriahkan dengan pelbagai program sesuai dengan semua peringkat umur.-sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...