Zambry nak kelentong... Aduhai Zambry.....
Oh! Krai Utara
Semalam Zambry kata Anwar tawar jawatan MB selepas PR menang mudah pada PRU12 yang lalu.
Betul ke??? Aku rasa terbalik laa... Zambry ni lupa yang UMNO beriya-riya nak buat kerajaan campuran dengan PAS di Perak. Masa tu PAS ditawarkan jawatan MB jika setuju..
Satu lagi, buat apa Anwar susah-susah nak tawar jawatan kepada UMNO. PR dah cukup majoriti untuk buat kerajaan laa... Bukan macam UMNO yang desprate kejar Ustaz Ahmad Awang sana sini untuk buat 'kerajaan perpaduan Melayu'. Siap guna mufti lagi.......
baca berita hairan di bawah.
==============================================

Zambry dedah Anwar tawar jawatan MB
IPOH: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir semalam mendedahkan beliau ditawarkan jawatan Menteri Besar Perak oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya melompat ke Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas pakatan pembangkang menang dengan majoriti mudah pada Pilihan Raya Umum Mac 2008.
Beliau berkata, Penasihat PKR itu menghubunginya bagi mengemukakan tawaran itu, selain menghantar beberapa ‘utusan’ ke rumahnya.
“Bagaimanapun, saya tidak melayannya kerana komitmen saya dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) masih teguh.
“Jangan anggap kemasukan saya dalam politik semata-mata mahu menjadi Menteri Besar,” katanya ketika menggulung perbahasan usul ucapan terima kasih dan menjunjung titah perasmian Pemangku Raja Perak pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini.
Terdahulu, pada sesi perbahasan, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali (BN-Pengkalan Hulu), berkata tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno diumpan PKR dengan dijanjikan jawatan Menteri Besar selepas pilihan raya umum itu.Beliau yang ketika itu Pengerusi BN Perak berkata, ketiga-tiga Adun itu memberitahunya tawaran berkenaan serta menyatakan komitmen untuk terus bersama BN.
Tajol Rosli berkata, usaha mewujudkan kerajaan perpaduan Umno dan Pas di Perak beberapa hari selepas pilihan raya sebenarnya mendapat persetujuan Presiden Umno ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi serta Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tetapi dibantah beberapa pemimpin tertinggi Pas.
“Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, menawarkan diri secara sukarela menjadi orang perantara selepas saya beritahu jawatan Menteri Besar akan diberikan kepada Pas jika Umno dan Pas bergabung.
“Ini bagi menjawab tuduhan Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat, yang menyatakan Harussani ejen Umno. Harussani sebenarnya ejen perpaduan ummah,” katanya.Beliau berkata, Pas kemudian menggunakan isu berkenaan untuk menuntut jawatan Menteri Besar daripada DAP dan PKR sebagai syarat bergabung dengan pakatan pembangkang.
Sementara itu, Jamaluddin Mohd Radzi (Bebas-Behrang) pula berkata, beliau yang pernah menjadi ahli DAP pada 1986 dengan nombor keanggotaan 0027947, didatangi kepemimpinan DAP memintanya mengaktifkan keahlian dalam parti itu supaya dapat dicalonkan sebagai Menteri Besar Perak dua hari selepas Pilihan Raya Umum 2008.
Beliau yang ketika itu Bendahari PKR Perak, menolak permintaan itu dan turut berbuat demikian ketika bersama dua Adun Melayu PKR dari Perak mengadakan pertemuan dengan Anwar bagi membincangkan isu berkenaan.greensaff.
KedahLanie..!!: Sidang Dun Perak: Perangkap Umno-BN buat PR
Oh! Krai Utara
oleh Ajijoi
Perangkap yang dipasang oleh Umno dan BN sewaktu berlangsungnya Sidang Dun Negeri Perak ternyata mengena.
Segala prosedur, segala peraturan dan sehinggakan titah ucapan Raja Muda Perak juga tidak mereka endahkan, kerana agenda persidangan yang lebih utama adalah menunjukkan kepada rakyat betapa adun-adun Pakatan Rakyat sentiasa akan membuat kecoh dan kacau semasa sidang berjalan.
Segalanya menjadi bertambah mudah apabila pihak media yang bukan daripada kalangan pemain skrip mereka diletakkan di dalam bilik gelap yang menghalang daripada merakamkan gambar-gambar yang tidak mereka inginkan didedah kepada rakyat. Hanya imej-imej idaman daripada lensa-lensa upahan mereka sahaja yang akan diperbesarkan.
Maka, muka hadapan akhbar Utusan menjadi wadah utama untuk mereka mengutuk dan memperkecilkan tindakan-tindakan Adun PR yang mahukan keadilan dan peraturan sidang diikuti.
Ganesan, Speaker yang dilantik secara haram telah menjalankan kerja haramnya dengan cukup baik sepertimana yang telah dirancang dan di skripkan untuk mencabul Perintah Tetap Dewan semahu beliau asalkan kemarahan dan ketidakpuasan hati adun-adun PR dapat dirakam buat peluru politik Umno dan BN.
Jika inilah tahap pemikiran dan cara berpolitik Umno dan BN, amat rugilah rakyat Perak apabila pentadbiran negeri diletakkan dibawah jagaan mereka.
Jika Dewan persidangan Dun Negeri dan Titah Ucapan Raja Muda Perak pun boleh mereka 'cincai'kan, apalah ada dengan kita segala rakyat yang senantiasa diperbodoh-bodohkan dengan permainan politik sekeji begini.
Read More - KedahLanie..!!: Sidang Dun Perak: Perangkap Umno-BN buat PR
Zulfaqar::Lebih baik bertanya Allah, dari bertanya Nasharuddin!
Oh! Krai Utara
"Allah tidak sombong dengan Nabi Ibrahim, tetapi Nasharuddin Mat Isa begitu sombong dengan seorang wartawan biasa seperti saya..." - Zainulfaqar
Salam Pencerahan!
“Dan (ingatlah) ketika Ibrahim berkata: Ya Tuhanku, perlihatkanlah padaku bagaimana Engkau menghidupkan orang mati. Allah berfirman: Belum yakinkah kamu (Wahai Nabi Ibrahim a.s)?. Ibrahim menjawab: Aku telah meyakininya, akan tetapi agar hatiku tetap mantap (dengan imanku). Allah berfirman: (Kalau demikian) ambillah empat ekor burung lalu cingcanglah semuanya olehmu. (Allah berfirman): Lalu letakkan di atas tiap-tiap satu bukit satu bahagian dari bahagian-bahagian itu, kemudian panggillah mereka, niscaya mereka datang kepadamu dengan segera. Dan ketahuilah bahwa Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” [2:260]
KENAPA Timbalan Presiden Pas Nasharuddin Mat Isa perlu melenting dengan pertanyaan saya kelmarin (30 Mac’10)?
Apabila semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bersama-sama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sibuk bertikam lidah dengan Ahli Parlimen Umno BN di Dewan Rakyat, menentang usaha Umno melantik Badan Perundingan Antarabangsa Apco Worldwide (IAC), iaitu proksi Zionis-Israel; saya bertanya beliau, “Kenapa Ustaz asyik bersembang dengan Datuk (Ahmad) Husni Mohamed Hanadzlah (Menteri Kewangan) di Cafeteria (Ahli Parlimen) ini?“
Saya berasa, saya wajar mengetahui tentang kepemimpinan saya, apakah perkara yang begitu penting di sisi Nasharuddin sehingga beliau mengutamakan Ahmad Husni dari komitmennya menentang Umno di Dewan Rakyat?
Bukan sahaja lima wartawan Harakah melahirkan rasa hairan melihat kelaku Nasharuddin, seorang wartawan dari suatu akhbar berbahasa Cina yang kebetulan bersama saya pun turut menyuarakan rasa hairan dengan iltizam politik Nasharuddin pada saat itu.
Dalam fikiran saya, sekiranya yang duduk melepak di situ adalah Datuk Ibrahim Ali (Ahli Parlimen Pasir Emas), Zulkifli Nordin (Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru) atau Datuk Zahrain Md Hashim (Ahli Parlimen Bayan Baru) atau Mohsin Fadzli Samsuri (Ahli Parlimen Bagan Serai); saya tidak kisah.
Mereka Ahli Parlimen Bebas. Mereka dipanggil pengkhianat. Mereka dipanggil ‘Katak-katak Jadian’.
Nasharuddin adalah Ahli Parlimen Bachok. Nasharuddin adalah Timbalan Presiden PAS. Nasharuddin adalah Ahli Parlimen Pakatan Rakyat. Nasharuddin bukan Ahli Parlimen Bebas. Nasharuddin bukan Ibrahim, Zulkifli, Zahrain atau Mohsin yang dipanggil ‘katak’ di Parlimen.
Apa sahaja yang dilakukan oleh kepemimpinan parti saya, saya kira saya wajar tahu dan saya wajar berfikir.
“Yang anta (kamu) nak tahu kenapa? anta siapa?” Nasharuddin membengis.
Saya pun memperkenalkan diri. Saya membuat pengakuan di depan Nasharuddin sambil diperhati Ahmad Husni bahawa saya merupakan ahli Pas, wartawan Harakahdaily dan blogger anti Kerajaan Perpaduan.
Saya juga membuat pengakuan di depan Nasharuddin, sambil diperhati oleh Husni, yang saya ini benci dengan pemimpin yang mengkhianati Pakatan Rakyat; saya benci pemimpin pro Umno; saya benci pemimpin yang penipu; dan saya akan lawan mereka habis-habisan.
“Sebab itu saya nak tahu, kenapa Ustaz duduk lepak di sini sedangkan MP-MP Pakatan (Rakyat) yang lain sedang sibuk menghentam fraksi Zionis (Umno) di Dewan Rakyat? Sebab itu saya nak tahu, kenapa Ustaz duduk asyik bersembang dengan dia (saya menunjuk jari kepada muka Husni) ini?” saya mula bertegas.
Nasharuddin menekan suaranya, “Ana (saya) kenal anta (kamu). Ana tahu apa yang anta buat. Semuanya ana tahu (iaitu saya anti pemimpin pro Umno dan Kerajaang Perpaduang), apa yang anta buat. Kenapa anta nak tahu? Kenapa anta sibuk nak tahu ana buat apa (sekarang)?“
“Aaaaih…salahkah saya nak tahu apa yang hang (kamu) buat di sini? Salahkah aku nak tahu kenapa hang tak sama-sama Pakatan Rakyat sekarang (dalam) menentang usaha membawa Zionis-Israel ke Malaysia (di Dewan Rakyat),” saya bertanya Nasharuddin lagi.
“Ana pun kenal hang. Aku pun ada rakaman-rakaman dan bukti pemimpin Pas khianat Pakatan (Rakyat) dengan pergi mengadakan pertemuan dalam gelap dengan Umno (yang) zalim sebelum ini.”
Husni kemudiannya bersalaman dengan Nasharuddin dan bersalaman dengan saya apabila saya saya serius memperkatakan kepentingan Ahli Parlimen PAS menentang Apco/IAC menggunakan pentas Dewan Rakyat.
“Ana tengah dengarkan,” kata beliau sambil menunjukkan peti televisyen di Kafeteria Ahli Parlimen.
“Sebab itulah saya nak tahu, kenapa Ustaz berada di sini dan asyik berbual dengan Husni? Saya cuma nak tahu sahaja, kenapa Ustaz tidak berada di Dewan Rakyat pada waktu genting sebegini?” saya mengerut dahi dan mata saya tidak lepas memandang mata hitam Nasharuddin.
“Kenapa nta (kamu) nak tahu? Kenapa nta sibuk nak tahu ana buat apa (sekarang)?” Nasharuddin seperti mengelak untuk memberi jawapan yang wajar apabila saya terus bertanya soal yang sama, ’saya nak tahu…’
“Aaaiihhh…takkan salah saya nak tahu. Bila Nabi Ibrahim tanya Allah, nak tahu tentang Allah, Allah pun tak marah Nabi Ibrahim. Allah perjelas apa yang dipersoal oleh Nabi Ibrahim sebab Ibrahim nak tahu tentang (kebesaran) Tuhannya,” saya berhujah.
“Aaaaihhh…kalau Allah pun layak ditanya, takkan saya salah (sekiranya) bertanya Ustaz: kenapa Ustaz di sini? Kenapa Ustaz bersama Husni ketika semua orang (Ahli Parlimen Pakatan Rakyat) sedang sibuk menentang Zionis Malaysia (Umno).“
Lama juga beliau berdiam dan saya nampak kebengisannya. Saya tidak nampak wajah seorang Timbalan Presiden PAS. Saya tidak nampak wajah seorang ahli PAS dalam dirinya.
Sambil mengusap belakang beliau, saya kemudiannya merapatkan muka kepadanya lalu berbisik, “Ustaz ini Islam, pemimpin Islam dan pemimpin Pas. Ustaz tak perlu takut kepada saya.“
“Saya Muslim. Saya wartawan paling junior. Saya ahli Pas. Ustaz tak perlu takut kepada saya kerana saya hanya bertanya: kenapa Ustaz di sini (di Kafeteria Ahli Parlimen)?“
Kata saya lagi, sekiranya saya seorang Blogger yang tidak bermaruah, saya tidak bersemuka dan bertanya Ustaz semua (persoalan) ini.
Saya kemudiannya meninggalkan Nasharuddin seorang diri di Kafeteria tersebut.
Kemudiannya, saya mendapat tahu bahawa beliau meninggalkan Parlimen, tidak menyertai sesi penghujahan pada sebelah petang di Dewan Rakyat.
Selepas peristiwa itu, banyak wartawan menemui saya. Beberapa Ahli Parlimen PAS juga menemui saya meminta penjelasan lanjut daripada saya.
Saya kata, saya seorang yang tidak pandai politik. Sebab itu, saya pergi bersemuka sendiri dengan Nasharuddin dan bertanya semua persoalan tersebut.
Kalau beginilah sikap kepemimpin PAS, saya anggap beliau tidak layak memimpin jamaah PAS dan tidak layak memimpin kerajaan Malaysia kerana apabila Pakatan Rakyat menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 kelak.
Maafkan saya, tulisan ini bukan sekadar tulisan blog. Doa seorang Muslim. Ini doa seorang ahli marhaen Pas.
Kepada semua pelayar blog ‘kecil’ ini, khususnya geng Kerajaang Perpaduan, segelintir pemimpin Pemuda yang bacul dan ahli-ahli PAS yang menyokong usaha membawa PAS bergabung dengan Umno sendiri, sila buat aduan segera tentang entri ini kepada Lembaga Disiplin PAS supaya saya boleh didakwa dan dipecat.
Wallahu ‘alam. Lawan!
———-
SAYA MUSLIM, SAYA BENCI PENGKHIANATAN
SAYA MUSLIM, SAYA BENCI PERKAUMAN
———-
Dataran Merdeka | 4.01 pagi
ADUN Bakar Bata meracau
Oh! Krai Utara

Menghidap penyakit kanser pada usia emas amat menyiksakan.Apatah lagi apabila doktor telah meramalkan tarikh kematian dalam tempoh 3-6 bulan.
Kesan kesakitan pada fizikal akibat kanser hanya Allah saja yang maha mengetahui.Sebab itu di saat terminal stage ini doktor akan membekalkan ubat penahan sakit kepada pesakit tersebut.
Tetapi trauma yang lebih hebat sudah tentu tekanan mental akibat kanser.
Kedua-dua tekanan fizikal dan mental yang hebat ini, menyebabkan beberapa Negara Barat membenarkan eutanasi,iaitu membenarkan pesakit tersebut mengambil ubat-ubat tertentu untuk memendekan jangka hayat kehidupan mereka.
Saya bawakan analogi diatas untuk membuat perbandingan dengan politik Umno BeEnd pada hari ini.Umno BeEnd yang sudah berada diusia emas dan sarat dengan penyakit seperti perjuangan perkauman,kronisma,nepotisma,membudayakan rasuah dalam kehidupan,mencabuli undang-undang federalisma negara berada diakhir hayat dalam keadaan kesakitan sebagaimana pesakit kanser tadi.
Kedua-dua analogi diatas juga boleh diterima pakai untuk menggambarkan keadaan semasa politik ADUN Bakar Bata,Md Bashah. -pkwr-alormengkudu

Tekanan yang beliau hadapai amat banyak.Latar belakang beliau yang tidak mempunyai pendidikan yang baik,ditambah dengan tiadanya ciri-ciri kepimpinan dalam diri beliau menyebabkan beliau tidak dilantik untuk mengetuai Umno Kedah.
Penyokong tegar beliau di DUN Bakar Bata termasuk pengundi fixed deposit di Taman Wira Mergong telah beralih angin.Kemenangan tipis beliau dalam PRU 12,disusuli pula dengan kemasukan pemuda-pemuda dan bekas JKKK Taman Wira Mergong kedalam Pas menceritakan kebenaran fakta diatas.
Dalam keadaan politik beliau yang sakit,Md Bashah mula meracau untuk mencari keuntungan politik.Beliau meninggalkan DUNnya merentasi DUN Kota Darul Aman ke Alor Mengkudu untuk menunjukan 'keperihatinan' beliau membela orang susah.
Beliau mengangkut segala jentera media supaya rakyat dapat saksikan 'keperihatinan' beliau membela Puan Rasilawati di Kampung Alor Mengkudu.Mungkin beliau terlupa memberitahu Puan Rasilawati bagaimana untuk berbicara dengan media.
"Apa yang saya nak ialah rumah Keda",tegas Puan Rasilawati dalam TV 1.Mungkin beliau sendiri tidak tahu bahawa pengerusi Keda ialah Md Bashah.
Marah dengan perbuatan Bashah ini,tuan rumah yang disewa oleh Puan Rasilawati telah memberi notis keluar rumah dalam masa 24 jam.
Sekali lagi Md bashah mengankut jentera media untuk memaparkan peristiwa ini yang beliau sendiri anggap peristiwa ini sebagai bersejarah.
Alangkah baiknya kalau Md Bashah menjaga pengundi beliau sendiri dari mengacau ketenteraman orang lain.Kita akan berterima kasih kalau beliau ikhlas sebagai pengerusi Keda untuk menolong rakyat tetapi apa yang beliau pamirkan ialah semata-mata untuk mencari keuntungan politik.
Dan selepas ini apa lagi yang Md Bashah nak meracau?.Kita sama-sama tunggu dan lihat.
Tamparan Buat BN Kedah::100 orang Siam Baling masuk Pas
Oh! Krai Utara
Baling,30 Mac: Seramai 100 orang dari masyarakat Siam di DUN Bayu menyerahkan borang untuk menyertai Dewan Perhimpunan Penyokong Pas Baling,bertempat di Dewan Masyarakat Siam Baling.
Salah seorang dari Ketua Kampung dikalangan masyarakat Siam telah meyerahkan borang keahlian DPPP kepada Yb Dr Ismail Salleh,Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Kedah.
Salah seorang dari Ketua Kampung dikalangan masyarakat Siam telah meyerahkan borang keahlian DPPP kepada Yb Dr Ismail Salleh,Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Kedah.
Majlis itu dimulai dengan penerangan isu-isu semasa yang disampaikan oleh Yb Dr Ismail,Yb Johari Abdullah dan Thomas Wong,Timbalan Pengerusi Dewan Pemuda PPP Perak.
Majlis tersebut juga telah membuka ruang kepada masyarakat siam setempat untuk berdailog dengan Yb Dr Ismail dan pimpinan Pas Kawasan Baling.
Ahli Parlimen Baling Yb Ustaz Taib Azamuddin melalui Yb Dr Ismail telah menyampaikan sedikit sumbangan kepada sebahagian dari mereka.Turut hadir ialah Yb Kuala Ketil,Md Zuki Yusof dan pimpinan Pas Kawasan Baling.






