Home
> KedahLanie..!!: Sidang Dun Perak: Perangkap Umno-BN buat PR
Share
oleh Ajijoi
Perangkap yang dipasang oleh Umno dan BN sewaktu berlangsungnya Sidang Dun Negeri Perak ternyata mengena.
Segala prosedur, segala peraturan dan sehinggakan titah ucapan Raja Muda Perak juga tidak mereka endahkan, kerana agenda persidangan yang lebih utama adalah menunjukkan kepada rakyat betapa adun-adun Pakatan Rakyat sentiasa akan membuat kecoh dan kacau semasa sidang berjalan.
Segalanya menjadi bertambah mudah apabila pihak media yang bukan daripada kalangan pemain skrip mereka diletakkan di dalam bilik gelap yang menghalang daripada merakamkan gambar-gambar yang tidak mereka inginkan didedah kepada rakyat. Hanya imej-imej idaman daripada lensa-lensa upahan mereka sahaja yang akan diperbesarkan.
Maka, muka hadapan akhbar Utusan menjadi wadah utama untuk mereka mengutuk dan memperkecilkan tindakan-tindakan Adun PR yang mahukan keadilan dan peraturan sidang diikuti.
Ganesan, Speaker yang dilantik secara haram telah menjalankan kerja haramnya dengan cukup baik sepertimana yang telah dirancang dan di skripkan untuk mencabul Perintah Tetap Dewan semahu beliau asalkan kemarahan dan ketidakpuasan hati adun-adun PR dapat dirakam buat peluru politik Umno dan BN.
Jika inilah tahap pemikiran dan cara berpolitik Umno dan BN, amat rugilah rakyat Perak apabila pentadbiran negeri diletakkan dibawah jagaan mereka.
Jika Dewan persidangan Dun Negeri dan Titah Ucapan Raja Muda Perak pun boleh mereka 'cincai'kan, apalah ada dengan kita segala rakyat yang senantiasa diperbodoh-bodohkan dengan permainan politik sekeji begini.
0 ulasan:
Catat Ulasan