Kerajaan dicabar pamer perjanjian royalti minyak
Oh! Krai Utara
OLEH GERAKAN MENUNTUT ROYALTI PETROLEUM RAKYAT KELANTAN (GMR)
Penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim mencabar kerajaan mempamerkan perjanjian royalti minyak antara Petronas dan kerajaan-kerajaan negeri kepada umum supaya rakyat dapat menilainya sendiri.
“Tuan-tuan pernah lihat perjanjian tersebut? Kenapa perjanjian tiga mukasurat itu tidak boleh dipamerkan kepada umum? Kenapa? Kerana mereka hendak tipu,” katanya.
Isu pemberian royalti minyak kepada Kelantan hangat kembali baru-baru ini apabila dua gabungan NGO daripada Kelantan dan Terengganu mahu menyerahkan memorandum tuntutan mereka kepada Yang di-Pertuan Agung hari ini.
Bagaimanapun, perhimpunan yang dijangka menghimpun ribuan rakyat daripada kedua-dua negeri di lapangan terbang Kuala Terengganu pagi ini terpaksa dibatalkan atas arahan polis.
Bercakap dalam seminar kepimpinan anak muda anjuran kerajaan Selangor di Petaling Jaya, Zaid berkata perjanjian royalti minyak antara kerajaan negeri dan Petronas jelas menggariskan pembahagian yang berhak diterima pihak masing-masing.
“Ia tidak ada sebut tentang jarak berapa batu nautika (yang dipertikaikan kerajaan persekutuan). Ia kata, aku dapat seringgit, engkau (kerajaan negeri) dapat lima sen,” katanya dengan analogi menarik.
'PERKASA, Siapa hendak rampas hak Melayu'
Sementara itu, ketika mengulas isu kepimpinan pada abad ini, Zaid mengambil peluang mengkritik Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang didakwanya sengaja menakut-nakutkan orang Melayu.
Beliau mempersoalkan kepada NGO pimpinan ahli parlimen Pasir Mas Ibrahim Ali itu berulang kali menyebut kebimbangan terhadap hak-hak keistimewaan orang Melayu seperti yang diperuntukan dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
“Dalam wawancara Ibrahim dengan Malaysiakini, beliau berkata kita mesti pertahankan hak-hak dalam Perkara 153. Saya pun Melayu. Siapa yang hendak ambil hak kita yang dia cakap sangat itu,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menggesa kira-kira 900 peserta perhimpunan kongres tersebut - kesemuanya berumur bawah 35 tahun - supaya tidak terikut-ikut dengan “ketakutan yang sengaja direka oleh orang politik”.
“Di Malaysia ini bumiputera (jumlahnya) besar. Di Sabah dan Sarawak, Iban sahaja sudah 60 peratus. Itu belum campur Melanau. Mustahil hak kita akan diambil oleh sesiapun,” katanya kepada peserta yang kebanyakannya berbangsa Melayu.
Kenapa Zulkifli Nordin tak buat report Polis terhadap MAZA?
Oh! Krai Utara
oleh ali :
Click for enlarge. Entry memuji Maza oleh Yb Zulkifli Nordin walaupun Maza adalah Tok Guru kepada Yb Khalid Samad [link blog Yb Zul]
Read More - Kenapa Zulkifli Nordin tak buat report Polis terhadap MAZA?
Salam satu Malaysia. Den tadi buat lawatan sambil belajar ke blog 'pejuang Islam tulin' kita, Yb Zulkifli Nordin. Mangkuk ni buat entrymemuji-muja Maza atau Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin iaitu bekas Mufti Perlis. Den terasa pelik. Padahal bekas Mufti Perlis ini lah yang lebih kehadapan dan terdahulu memperjuangkan isu kalimah Allah boleh digunapakai oleh non-muslim [lihat link ni]. Malah Yb Khalid Samad telah menjadikan link Maza tadi sebagai rujukan di entry blog beliau[rujuk link ni].
Siapa yang patut kena report Polis?
Sepatutnya si Maza ni yang patut kono report Polis oleh Zulkifli Nordin bukannya Yb Khalid Samad. Atau kenapa tak buat report Polis terhadap kedua-duanya sekali? Baru adil. Ini tidak, Zulkifli Nordin hanya buat report Polis terhadap Yb Khalid Samad. Den nak tanyo kepado Zul, "Hello mangkuk, adakah Khalid Samad ni lebih wahabi dari Maza?" atau "Mengapa ada double standard di sini wahai mangkuk?" Korang nampak tak yang si Zul ni buat report Polis terhadap Khalid Samad cuma nak dapatkan populariti, political millage, memecah kesatuan PR dan melaksanakan arahan Task Force 2010. Itu sahaja. Selepas ini Yb Zulkifli Nordin akan merapati grup Maza walaupun mereka berbeza pandangan tentang isu penggunan kalimah Allah oleh non-muslim.
Mengapa double standard?
Kalau ikut logik Yb Zulkifli Nordin akan menjauhi Maza dan grupnya serta tidak mempublishkan entry memuji-muja Maza sepertimana yang tersiar pada blog Zul hari ini. Nampak tak double standard yang terang benderang ni. Yb Khalid Samad kau buat report Polis tetapi Maza sebagai Tok Guru kepada Khalid Samad dalam isu penggunaan nama Allah oleh non-muslim, kau puji dan puja. Mengapa ini terjadi? Mengapa double standard? Jawapannya mudah. Yb Zulkifli Nordin hanya melaksanakan arahan Task force 2010. Itu sahaja.
Siapa yang patut kena report Polis?
Sepatutnya si Maza ni yang patut kono report Polis oleh Zulkifli Nordin bukannya Yb Khalid Samad. Atau kenapa tak buat report Polis terhadap kedua-duanya sekali? Baru adil. Ini tidak, Zulkifli Nordin hanya buat report Polis terhadap Yb Khalid Samad. Den nak tanyo kepado Zul, "Hello mangkuk, adakah Khalid Samad ni lebih wahabi dari Maza?" atau "Mengapa ada double standard di sini wahai mangkuk?" Korang nampak tak yang si Zul ni buat report Polis terhadap Khalid Samad cuma nak dapatkan populariti, political millage, memecah kesatuan PR dan melaksanakan arahan Task Force 2010. Itu sahaja. Selepas ini Yb Zulkifli Nordin akan merapati grup Maza walaupun mereka berbeza pandangan tentang isu penggunan kalimah Allah oleh non-muslim.
Mengapa double standard?
Kalau ikut logik Yb Zulkifli Nordin akan menjauhi Maza dan grupnya serta tidak mempublishkan entry memuji-muja Maza sepertimana yang tersiar pada blog Zul hari ini. Nampak tak double standard yang terang benderang ni. Yb Khalid Samad kau buat report Polis tetapi Maza sebagai Tok Guru kepada Khalid Samad dalam isu penggunaan nama Allah oleh non-muslim, kau puji dan puja. Mengapa ini terjadi? Mengapa double standard? Jawapannya mudah. Yb Zulkifli Nordin hanya melaksanakan arahan Task force 2010. Itu sahaja.
Titah Sultan Jangan Di Derhakai :Sultan Titah Semua Perayaan Di Batalkan
Oh! Krai Utara
| Kita ada acara sendiri sambut Keputeraan: MB KOTA BHARU - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pihaknya mempunyai cara tersendiri untuk menyambut Hari Keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra, yang baru pulang dari menerima rawatan di Singapura baru-baru ini. “Kerajaan Negeri ada acara sendiri,” katanya ketika mengulas kenyataan dari Datuk Wan Hasyim Wan Daud yang mendakwa dirinya sebagai Setiausaha Sulit Sultan Ismail Petra kelmarin. Bagaimanapun, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas enggan mengulas mengenai acara yang bakal diadakan. Wan Hasyim dalam sidang medianya berkata, baginda sultan menitahkan semua perayaan kecuali majlis solat hajat dan doa hari keputeraan baginda ke-60 tidak dilangsungkan.-SH |
The Red Warriors diserbu peminat
Oh! Krai Utara
KUALA KRAI – Lebih 5,000 peminat hadir pada program anjuran Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menerusi skuad Red Warriorsnya yang mengadakan program jelajah bola sepak bersama Komuniti Kuala Krai, bagi memantapkan lagi skuad itu dalam menghadapi liga bola sepak musim ini dekat sini, semalam.
Pengerusi Tahun Bolasepak Kelantan 2010 (TBK-2010), Datuk Nik Ramzi Abdul Rahman berkata, program itu bertujuan merapatkan hubungan antara pemain skuad itu dengan peminat-peminat dan anggota kelab penyokong jajahan itu bagi meningkatkan semangat dan motivasi kesukanan dalam semua liga yang disertainya.
Antara acara yang dilangsungkan termasuklah perlawanan/pertunjukan bola sepak persahabatan dengan kelab penyokong Jajahan Kuala Krai, beramah mesra dengan peminat dan khidmat masyarakat.
Hadir sama pada program ini Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa, Pengurus, Azman Ibrahim, Jurulatih Pasukan, B. Sathianathan serta pemain dan pengurusan Kafa-SH
Maahad Rahmaniah ke peringkat negeri
Oh! Krai Utara
| KUALA KRAI – Penat lelah yang diharungi pasukan kadet polis Maahad Rahmaniah dekat sini berbaloi apabila muncul juara pertandingan kawad kaki peringkat zon tujuh sekolah-sekolah agama Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang diadakan di Maahad Muhammadi Gua Musang. Penyelaras kadet polis Maahad Rahmaniah Kuala Krai, Inspektor Kadet Awang Senik Awang Hamat berkata, latihan yang diadakan secara intensif sejak awal penggal persekolahan lalu. Menurutnya, pasukan kadet polis yang dianggotai seramai 34 pelajar itu mengadakan latihan dua kali seminggu untuk membolehkan mereka mendapat pengiktirafan tersebut. “Kami amat bersyukur kerana tahun ini sekali lagi pasukan sekolah kami berjaya mewakili zon ke peringkat negeri sebagai johan tiga tahun berturut- turut. “Ini semua adalah hasil kerja keras semua pihak terlibat yang sentiasa memberikan sokongan kepada pasukan Maahad Rahmaniah setiap tahun,” katanya kepada :Sinar Harian:. Beliau berkata, pasukan kadet polis Maahad Rahmaniah melayakkan diri sebagai wakil zon tujuh ke peringkat negeri yang bakal diadakan di Kota Bharu pada 4 Mac nanti. Katanya, tahun lalu juga menyaksikan pasukan kadet Maahad Rahmaniah muncul juara keseluruhan bagi peringkat negeri. “Saya harap tahun ini semua anggota kadet akan mempamerkan komitmen yang sama untuk mengekalkan kejuaraan dan mengharumkan nama Kuala Krai. “Ia adalah suatu pencapaian yang membanggakan bagi sebuah sekolah pedalaman yang jarang sekali mendapat perhatian pihak luar,” katanya. Menurutnya, sekolah lain yang menyertai pertandingan bagi peringkat zon tujuh ini ialah Maahad Muhammadi Gua Musang, Sekolah Menengah Ugama (Arab) (SMUA) Darul Salam, Sungai Peria dan SMUA Falahiah, Sungai Sok. Katanya, pertandingan tersebut menyaksikan johan kawad berkumpulan dimenangi kadet polis Maahad Rahmaniah Kuala Krai, naib johan oleh kadet Bomba Maahad Rahmaniah Kuala Krai, dan tempat ketiga kadet polis Maahad Muhammadi Gua Musang. Kawad individu pula dimenangi Sarjan Kadet Faizal Hakim Zanubari dari Maahad Rahmaniah, tempat kedua oleh Koperal Kadet Amzar Fadhlullah dari Maahad Rahmaniah, tempat ketiga dimenangi oleh Kadet Polis Maahad Muhammadi Gua Musang dan tempat keempat disandang Sarjan Kadet Ashraf Radzi dari Kadet Bomba Maahad Rahmaniah. |






