Barisan Najib (BN) memang dekat dekat perangai Firaun, Zul Nodin

Oh! Krai Utara

Share

Kezaliman BN Menyamai Kerajaan Firaun
Oleh Qayum Rahman
SEBERANG JAYA 11 Mac - Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kerajaan Umno-Barisan Nasional pada masa sekarang boleh disamakan dengan kerajaan Firaun yang sentiasa mengamalkan perkara bertentangan agama dan juga penyelewengan besar yang memberi kesan buruk pada rakyat.
"Jangan mereka (BN) terlalu berhasad dengki menjatuhkan orang lain dengan kekuasaan yang diberikan dan jangan juga lupa kezaliman mereka tidak akan mampu bertahan lama.
"Kerajaan BN tidak akan mampu bertahan lama lagi berikutan pelbagai kegagalan telah dibalaskan oleh Allah akibat kezaliman yang diamalkan tetapi tetap masih lagi meneruskan kejahatan tanpa batasan," kata Abdul Hadipada ceramah sambutan ulangtahun kedua Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang di Seberang Jaya, Pulau Pinang semalam.  
Sehubungan itu tambah beliau kerajaan Pakatan Rakyat yang kukuh dan kuat bukan terletak pada bangunan pencakar langit atau jambatan tersergam yang dibanggakan tetapi atas kepimpinan yang bersih dan telus.
Abdul Hadi Awang berkata kerajaan Pakatan Rakyat berjaya mewujudkan kerajaan berkarisma yang mempunyai ciri-ciri lengkap bukan sahaja untuk mentadbir kerajaan negeri malah kerajaan pusat kerana tidak mengamalkan kezaliman dan penyelewengan yang diharamkan Allah.
"Ikatan Pakatan Rakyat semakin teguh walaupun baru dua tahun mentadbir empat kerajaan negeri tetapi mampu membuat pelbagai perubahan tidak seperti kerajaan BN yang telah mentadbir kerajaan pusat dan negeri lebih 52 tahun tetapi masih gagal.
"Mereka(BN) hanya pentingkan pembangunan baru yang boleh memberi keuntungan kepada mereka dan tidak mementingkan pentadbiran yang telus dan bersih. Ini menyebabkan mereka sentiasa terdedah dengan pelbagai penyelewengan dan rasuah," kata Abdul Hadi. 
Beliau turut menyatakan bangga dengan kemampuan Pakatan Rakyat kini yang terus maju dan progresif walaupun terpaksa mengharungi bermacam-macam serangan dan dugaan yang sengaja dicipta oleh BN sebagai aktiviti khianat mereka.
"Kita Pakatan Rakyat tidak akan takut dan gentar dengan serangan bertubi-tubi BN dan Umno tetapi akan terus merancang pelbagai dasar baru yang akan terus memberi manfaat kepada rakyat.
"Walaupun kerajaan BN boleh memerintah beratusan tahun, kerajaan BN yang penuh kezaliman dan kejahatan tidak akan direstui dan diterima Allah. Rakyat sepatutnya diberi hak sama rata dan bukannya tertumpu pada kepentingan seseorang individu," tegas beliau lagi.source



Read More - Barisan Najib (BN) memang dekat dekat perangai Firaun, Zul Nodin

Tok Peti (MUFTI) Peghok Nyatalah Mu Ni Ejen CIA, err Silap ke?

Oh! Krai Utara

Share
Kenyataan Media (10 Mac 2010)
MUFTI PERAK AGEN UMNO: GMP JUGA SENADA

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) beranggapan kenyataan sokongan yang telah di nyatakan oleh Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkaitan usaha menubuhkan kerajaan perpaduan di Perak oleh Tan Sri Haji Harussani Zakaria adalah senada sebagai Ahli Umno yang telah tewas.

DPPN Pk berikrar untuk menyokong penuh kepimpinan Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Negeri Kelantan, Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat di dalam isu ini. Bagi ahli Umno, sudah tentu mereka kurang senang kritikan yang di lemparkan Datuk Nik Aziz kepada penyokong-penyokong mereka.


DPPN Pk juga mengambil peluang ini untuk mempelawa GMP bersama dengan Tan Sri Harussani di dalam forum yang bakal di anjurkan. DPPN Pk berharap agar GMP supaya tidak takut untuk hadir jika mereka menyakini akan kebenaran.

Kita semua akan tunggu keputusan yang akan di buat oleh Tan Sri Harussani untuk menetapkan tarikh, tempat dan masa yang di fikirkan sesuai. Rakyat Negeri Perak sudah tentu menunggu tarikh tersebut dan pentas forum tersebut harus menjadi kenyataan.



SALMAN HAJI SALEH


Naib Ketua,


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
Read More - Tok Peti (MUFTI) Peghok Nyatalah Mu Ni Ejen CIA, err Silap ke?

Pas Kata Mereka Yang Terbaik sebagai pemerintah

Oh! Krai Utara

Share
Pas perintah Kedah lebih baik berbanding UMNO 


Pentadbiran dan pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) yang diketuai oleh Pas di Kedah cukup membanggakan walaupun usia pemerintahan baru berusia dua tahun berbanding diperintah oleh UMNO sebelum ini. 


Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, pelbagai perubahan pembangunan yang telah dilaksanakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dengan melaksanakan tugas dengan bersikap adil dan bebas daripada rasuah. 

Menurutnya, UMNO yang berpendapat pentadbiran Kedah tidak memberikan perubahan kepada negeri adalah tidak benar dan UMNO sengaja tidak mengakui kemajuan negeri Kedah kerana bimbang rakyat tidak akan kembali kepada parti berkenaan pada pilihan raya akan datang. 

“Mereka sengaja tidak akui kemajuan negeri kerana mereka bimbang rakyat tidak akan memilih UMNO pada pilihan raya nanti. 

“Jika dilihat pada pentadbiran Menteri Besar sangat baik tanpa memberi tekanan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan memberi peluang untuk mereka membuat keputusan,” katanya kepada Sinar Harian. 

Mahfuz berkata, kebebasan yang diberikan oleh Menteri Besar kepada ADUN itu tidak dilakukan oleh pentadbiran UMNO sebelum ini yang banyak mencampuri urusan pentadbiran. 

Mahfuz berkata, kebajikan rakyat yang turut diberi keutamaan oleh Kerajaan Negeri juga jelas menunjukkan sikap Menteri Besar sentiasa memberi keutamaan pada kebajikan rakyat tanpa mengira kaum dan politik. 

Mahfuz berkata, kemajuan di Kedah sejak pemerintahan Pas adalah lebih baik berbanding Perlis, Melaka, Negeri Sembilan dan negeri lain yang kini diperintah Barisan Nasional (BN).
Read More - Pas Kata Mereka Yang Terbaik sebagai pemerintah

7,987 Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 Cemerlang

Oh! Krai Utara

Share

Seramai 7,987 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2009 memperoleh gred cemerlang (A+, A, dan/atau A-) bagi semua mata pelajaran yang diduduki, berbanding 6,277 pada 2008.
Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata daripada jumlah itu, seramai 214 calon berjaya memperoleh gred Cemerlang Tertinggi (A+) bagi penggredan baru yang mula diperkenalkan tahun lalu.
Beliau berkata gred Cemerlang Tertinggi diperkenalkan sebagai gred yang lebih tinggi daripada gred 1A bagi memperincikan lagi kecemerlangan seseorang calon.
“Saya gembira memaklumkan bahawa pada keseluruhannya pencapaian calon pada kali ini amat membanggakan, melebihi pencapaian tahun sebelumnya.
“Pencapaian calon meningkat dari segi peratusan bilangan memperoleh sijil, cemerlang (A+, A dan/atau A-) dan lulus semua mata pelajaran yang diduduki,” katanya ketika mengumumkan analisis keputusan SPM dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2009 di Kementerian Pelajaran di sini pada Khamis.
Katanya seramai 465,853 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan ini pada tahun lalu.
Alimuddin berkata daripada 59,433 calon persendirian, sekolah swasta dan sekolah-sekolah tajaan agensi selain Kementerian Pelajaran, seramai 41 orang memperoleh gred Cemerlang Tertinggi (A+).
Beliau turut mengumumkan Gladys Tan Yee Kim dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Green Road, Kuching, Sarawak sebagai pelajar terbaik bagi SPM 2009 dan Sekolah Menengah Sains Seremban, Negeri Sembilan sebagai sekolah terbaik.
Katanya bagi 10 sekolah pelajar terbaik, sembilan pelajar yang lain ialah Grace Kiew Sze-Ern (SMK (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor), Khadijah Ahmad Jais (SM Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan), Akmal Hidayat Sabri (SMK Derma, Kangar, Perlis), Syamilah Mahali (Kolej Tunku Kurshiah Seremban, Negeri Sembilan);
Lee Wei Ling (SMK Taman Melawati, Selangor), Nur Syuhadah Muhamad (SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kota Bharu, Kelantan), Lai Yin Kwin (SMK Tinggi Melaka, Melaka), Corinne Gunn Huey Min (SMK Taman Melawati, Selangor) dan Hu May Khei (SMK Convent, Taiping, Perak).
Katanya sembilan lagi sekolah terbaik pula ialah Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang, Selangor; Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gombak, Jalan Sungai Pusu, Gombak, Kuala Lumpur; Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor; Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur;
SBPI Rawang, Selangor; Sekolah Menengah Sains Muar, Johor; SBPI Temerloh, Pahang; SMK Infant Jesus Convent, Johor Bahru, Johor dan Kolej Tunku Kurshiah Seremban, Negeri Sembilan.
– BERNAMA
Read More - 7,987 Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 Cemerlang

Pesakit kronik terima sumbangan dari Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri

Oh! Krai Utara

Share

KUALA KRAI - Kesukaran hidup dihadapi seorang penghidap sakit buah pinggang, Mohamad Lateh, 52, dari Kampung Kuala Nal, dekat sini, mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman.

Pada kunjungannya ke kampung itu semalam, Abdul Latiff yang juga Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri dan Yang Dipertua Pas kawasan menyampaikan bantuan Tabung Pesakit Kronik bagi meringankan beban ditanggung Mohamad.

Abdul Latiff berkata, bantuan tabung di bawah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri, Wan Ubaidah Omar itu antara usaha Kerajaan Negeri membantu pesakit kronik terutama bagi yang perlu berulang-alik ke hospital.

“Permohonan untuk mendapatkan bantuan tabung ini sentiasa terbuka dan pemohon hanya perlu mengisi borang serta mendapatkan pengesahan penghulu mukim di kawasan masing-masing,” katanya selepas menyampaikan bantuan kepada Mohamad di Kampung Kuala Nal, di sini, semalam.

Hadir sama Penghulu Mukim Kuala Nal, Abdul Sattar Abdul Rahman.

Sementara itu, Mohamad berkata, dia dikesan menghidap sakit buah pinggang sejak lapan tahun lalu dan mula mendapatkan rawatan hemodialisis tiga kali seminggu di Hospital Kuala Krai (HKK) sejak 2003.

Semenjak itu juga katanya, dia tidak dapat melakukan sebarang pekerjaan terutama kerja berat bagi mengelakkan kecederaan pada bahagian tangan yang terpaksa dibedah bagi membolehkannya mendapatkan rawatan tersebut.

Menurutnya, selain mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM120 sebulan, segala perbelanjaan keluarga kini ditampung isterinya, Simah Yusoff, 48, yang mengambil upah sebagai pengasuh dengan pendapatan tidak seberapa.

“Ada juga seorang anak saya yang sudah bekerja tolong tapi sekadar cukup untuk beli beras,” katanya yang mempunyai empat anak berumur antara 19 tahun hingga 23 tahun.

Mohamad berkata, dia bersyukur dan berterima kasih terutama kepada Abdul Latiff kerana memberikan perhatian kepada permohonannya untuk mendapatkan bantuan tabung itu yang dibuat pada penghujung tahun lalu.
Read More - Pesakit kronik terima sumbangan dari Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...