Hatta Ramli Menulis semula

Oh! Krai Utara

Share
Hampir 6 bulan saya tidak mengemaskini blog ini. Malam tadi semasa berceramah di Puchong saya ditegur oleh seorang aktivis parti kerana membiarkan laman web terbengkalai sedemikian. Setelah mendengar hujah beliau saya berjanji kepada beliau untuk mula kembali menulis, bermula malam esoknya (malam ini le).


Saya memulakan dengan mengingatkan diri sendiri bahawa menjelang 8 Mac ini genap dua tahun saya dipilih oleh pengundi Kuala Krai sebagai wakil rakyat mereka. Kesudian mereka mengundi seseorang yang asing bagi mereka ketika itu menggambarkan betapa terbukanya pemikiran mereka. Manakala kesetiaan mereka yang menyokong Pas memastikan Parti mereka menang tanpa berbalah tentang calon juga merupakan sifat berorganisasi yang tinggi.

Dalam tempoh dua tahun itu saya telah cuba menyempurnakan tugas sbg ADR, samada di Dewan atau di kawasan yang saya wakili. Dengan bantuan rakan-rakan ADUN yg begitu rapat dengan akar umbi parti dan rakyat kita dapat menyumbang ke arah kesejahteraan rakyat dan menjadi penghubung mereka dengan pihak berkuasa. Walaupun tidak dapat merungkaikan semua masalah mereka sekurang-kurangnya kami dapat bersama mereka ketika gembira dan duka, susah dan senang. Jika ada peruntukan dari mana-mana pihak kami kongsikan sesaksama mungkin.

Azam saya untuk kehadapan ini adalah mengeratkan lagi silaturrahim dengan rakyat dan membawa suara mereka ke pendengaran pihak berwajib, samada di Dewan yang mulia, pimpinan kerajaan negeri atau ke pihak berkuasa tempatan. Saya ucapkan terima kasih atas teguran dan kritikan membina yang saya terima sepajang 2 tahun berlalu. Kekurangan ini akan diperbaiki, insyaAllah. Dan bagi rakan-rakan dari luar Kuala Krai yang membantu saya dalam berbagai bentuk, hanya Allah saja yang dapat membalas.

Dr Hatta Ramli
Read More - Hatta Ramli Menulis semula

Maut Kena Rempuh Pesawat Mainan...

Oh! Krai Utara

Share

“Saya tak sangka hobi baru ayah bermain kapal terbang kawalan jauh sejak setahun lalu menjadi punca kematiannya walaupun saya tahu ia tidak disengajakan.

“Lebih menyedihkan, saya tak sempat berjumpanya sebelum kejadian dan hanya menatap wajahnya ketika dia koma sebelum menghembuskan nafas terakhir,” kata Ridzuan Mosthafa, 24, anak sulung Mosthafa Osman, 48, yang maut selepas dilanggar sebuah kapal terbang kawalan jauh milik rakannya, kelmarin.


Menurutnya, ketika kejadian, ayahnya bersama beberapa rakan sedang bermain kapal terbang kawalan jauh di Bandar Saujana Putra, dekat Puchong, Selangor, kira-kira jam 10 pagi.



“Saya difahamkan pada hari kejadian, ayah tiba lewat di kawasan berkenaan, manakala rakannya yang lain sudah mula bermain.



“Ketika ayah sedang sibuk memasang dan memeriksa kapal terbangnya, tiba-tiba sebuah kapal terbang milik rakannya hilang kawalan sebelum melanggar belakang kepala ayah,” katanya ketika ditemui di rumah datuknya di Rapat Setia di sini, semalam.


Read More - Maut Kena Rempuh Pesawat Mainan...

Isu Nik Aziz pelepasan LTDL dibangkit pada sidang DUN

Oh! Krai Utara

Share

Isu Nik Aziz pelepasan LTDL dibangkit pada sidang DUN

KOTA BAHARU - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hangat seketika apabila beberapa wakil kerajaan membangkitkan tindakan penganjur perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi membelakangkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada upacara melepaskan peserta semalam.

Rata-rata wakil rakyat PAS itu mendesak agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil tindakan segera terhadap penganjur yang didakwa mereka telah memalukan bukan sahaja kepada Nik Aziz tetapi kepada rakyat Kelantan keseluruhannya.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fatah Mahmood berkata, beliau telah menghantar mesej kepada Najib melalui laman sosial Facebook Perdana Menteri itu hari ini.

"Saya juga sudah mengutus surat secara rasmi kepada Perdana Menteri hari ini agar sesuatu tindakan susulan diambil terhadap penganjur yang telah memalukan Menteri Besar (Nik Aziz) dan juga rakyat Kelantan," katanya pada sesi soal jawab persidangan DUN, di sini hari ini.
sinar harian
Read More - Isu Nik Aziz pelepasan LTDL dibangkit pada sidang DUN

Bukan Aku Kata! Umno/Bn Parti tong sampah dan Parti Tong najis.

Oh! Krai Utara

Share
Pengistiharan bekas TKM 1 P.Pinang Fairus keluar dari Parti Keadilan dan menyertai UMNO serta pengumuman bekas s/usaha agong dan pengumuman Ahli Parlimen Nibong Tebal keluar dari Keadilan adalah satu proses pembersihan dalaman Parti Keadilan dan gabungan Pakatan Rakyat.PAS telah melalui proses ini satu waktu dulu,bukan sekadar wakil rakyat tetapi Presiden Pas dan pimpinan tertinggi yang termasuk para Ulamak meninggalkan PAS. Namun PAS terus mantap dan maju dengan didokong oleh pimpinan dan ahli yang ikhlas.


Proses ini membuktikan parti parti kompnen Pakatan Rakyat(PR) hanya layak didokong oleh pimpinan dan ahli yang ikhlas dan jujur kepada perjuangan memertabatkan kedaulatan rakyat yang berteraskan kebenaran dan keadilan. Ini adalah nutral proses yang tak mampu dilakukan oleh proses organisasi. Dari sudut proses organisasi kita tak upaya nak tapis sedalam dalam niat dan agenda sebenar sesaorang.Tetapi proses alam semulajadi(Sunattullah)yang pasti akan menentu dan melakukan pembersihan Parti dari pengkhianat perjuangan rakyat.

Kemasukkan Firdaus dalam umno dan pengistiharan beberapa orang wakil rakyat keluar dari PKR dan menjadi bebas dan menyempurnakan agenda umno/Bn membuktikan umno/bn adalah" PARTI TONG SAMPAH DAN TONG NAJIS"yang layak menghimpunkan bungkusan sampah dan najis didalamnya.sebelum ini umno/bn bekerjasama dengan tiga adun perak yang dituduh olih umno/bn sebagai perasuah.Mereka ini keluar dari PKR dan DAP sokong umno/bn untuk merampas kerajaan PR Perak.umno/bn sanggup bersekongkol dengan orang rendah moral untuk kepentingan politik singkat mereka.

Dengan keluarnya mereka akan mengwujudkan suasana persekitaran pkr dan pr yang lebih baik. Ini akan menjadi PKR dan PR sebagai parti yang bersih dari kekotoran dan najis yang membusukan dan menjadikan PKR dan PR bebas dari sarang pengkianat perjuangan rakyat.Pengkianat perjuanggan rakyat hanya layak bersama parti tong sampah dan tong najis umno/bn.Saya harap mana mana mereka yang keluar dari PKR dan PR yang dipilih sebagai wakil rakyat atas nama PKR dan PR agar melepaskan jawatan mereka seperti mana yang telah dilakukan terlebih dahulu olih Fairus dengan melepaskan jawatannya sebagai adun.

Kepada rakyat saya yakin mereka tidak menghirau dengan perkembangan yang berlaku,kerana PR bukan milik beberapa kerat pemimpin yang lari tetapi PR adalah milik rakyat semua.Walaupun seribu pemimpin yang pergi namun perjuangan rakyat tetap diteruskan.

Dato'Mahfuz Omar
Naib Presiden PAS
Ahli Paerlimen Pokok Sena.
1 march 2010
Read More - Bukan Aku Kata! Umno/Bn Parti tong sampah dan Parti Tong najis.

KOTA BHARU BANDAR RAYA ISLAM - KB WATERFRONT

Oh! Krai Utara

Share

KB Waterfront City (Bandar Pesisir Kota Bharu) merujuk kepada kawasan pembangunan di Lembah Sireh, iaitu di sebalah kiri dan kanan Jambatan Sultan Yahya Petra yang sedang giat dibangunkan. KB Waterfront ini meliputi pembangunan pasar raya besar (Tesco Mall), terminal bas (Terminal Bas Kota Bharu), kedai pejabat, hotel bertaraf tinggi (high-end hotels), padang golf, masjid terapung, tapak kampus institusi pengajian tinggi swasta, taman awam, dan sebagainya. Ia dibangunkan di kawasan tebus guna lembah Sungai Kelantan sejak pertengahan dekad 2000 - 2009 lagi.
Lokasi: Lembah Sireh, Kota Bharu, Kelantan.




KERJA-KERJA MENAMBAK LEMBAH SIREH


KOMPLEKS KEDAI PEJABAT DI KB WATERFRONT

JAMBATAN SULTAN YAHYA PETRA

TERMINAL BAS KOTA BHARU (Terminal bas ini merupakan sebuah terminal sementara dan terminal tetap dirancang untuk dibina tidak berapa jauh dari terminal ini)

TESCO MALL
Read More - KOTA BHARU BANDAR RAYA ISLAM - KB WATERFRONT

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...