Maut Kena Rempuh Pesawat Mainan...
Oh! Krai Utara
“Saya tak sangka hobi baru ayah bermain kapal terbang kawalan jauh sejak setahun lalu menjadi punca kematiannya walaupun saya tahu ia tidak disengajakan.
“Lebih menyedihkan, saya tak sempat berjumpanya sebelum kejadian dan hanya menatap wajahnya ketika dia koma sebelum menghembuskan nafas terakhir,” kata Ridzuan Mosthafa, 24, anak sulung Mosthafa Osman, 48, yang maut selepas dilanggar sebuah kapal terbang kawalan jauh milik rakannya, kelmarin.
Menurutnya, ketika kejadian, ayahnya bersama beberapa rakan sedang bermain kapal terbang kawalan jauh di Bandar Saujana Putra, dekat Puchong, Selangor, kira-kira jam 10 pagi.
“Saya difahamkan pada hari kejadian, ayah tiba lewat di kawasan berkenaan, manakala rakannya yang lain sudah mula bermain.
“Ketika ayah sedang sibuk memasang dan memeriksa kapal terbangnya, tiba-tiba sebuah kapal terbang milik rakannya hilang kawalan sebelum melanggar belakang kepala ayah,” katanya ketika ditemui di rumah datuknya di Rapat Setia di sini, semalam.
0 ulasan:
Catat Ulasan