Hatta Ramli Menulis semula

Oh! Krai Utara

Share
Hampir 6 bulan saya tidak mengemaskini blog ini. Malam tadi semasa berceramah di Puchong saya ditegur oleh seorang aktivis parti kerana membiarkan laman web terbengkalai sedemikian. Setelah mendengar hujah beliau saya berjanji kepada beliau untuk mula kembali menulis, bermula malam esoknya (malam ini le).


Saya memulakan dengan mengingatkan diri sendiri bahawa menjelang 8 Mac ini genap dua tahun saya dipilih oleh pengundi Kuala Krai sebagai wakil rakyat mereka. Kesudian mereka mengundi seseorang yang asing bagi mereka ketika itu menggambarkan betapa terbukanya pemikiran mereka. Manakala kesetiaan mereka yang menyokong Pas memastikan Parti mereka menang tanpa berbalah tentang calon juga merupakan sifat berorganisasi yang tinggi.

Dalam tempoh dua tahun itu saya telah cuba menyempurnakan tugas sbg ADR, samada di Dewan atau di kawasan yang saya wakili. Dengan bantuan rakan-rakan ADUN yg begitu rapat dengan akar umbi parti dan rakyat kita dapat menyumbang ke arah kesejahteraan rakyat dan menjadi penghubung mereka dengan pihak berkuasa. Walaupun tidak dapat merungkaikan semua masalah mereka sekurang-kurangnya kami dapat bersama mereka ketika gembira dan duka, susah dan senang. Jika ada peruntukan dari mana-mana pihak kami kongsikan sesaksama mungkin.

Azam saya untuk kehadapan ini adalah mengeratkan lagi silaturrahim dengan rakyat dan membawa suara mereka ke pendengaran pihak berwajib, samada di Dewan yang mulia, pimpinan kerajaan negeri atau ke pihak berkuasa tempatan. Saya ucapkan terima kasih atas teguran dan kritikan membina yang saya terima sepajang 2 tahun berlalu. Kekurangan ini akan diperbaiki, insyaAllah. Dan bagi rakan-rakan dari luar Kuala Krai yang membantu saya dalam berbagai bentuk, hanya Allah saja yang dapat membalas.

Dr Hatta Ramli

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...