Ooii Bukang LImaploh JUta la! korang skolah ke tak? Mari aku ajar kira, enjin buruk camtu buat batu ladung ok laa tak dek rega!

Oh! Krai Utara

Share


PUTRAJAYA, 7 Jan (Bernama) -- Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Khamis menjelaskan nilai sebenar sebuah enjin pesawat F5-E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) termasuk `afterburner' ialah RM303,570.

Beliau berkata nilai itu adalah berdasarkan kontrak pembelian pada tahun 1972 dengan mengambil kira nilai tukaran matawang negara pada masa itu.

Bagi pesawat yang mempunyai dua enjin pula, nilai sebenar adalah antara RM3.895 juta hingga RM28.047 juta bergantung kepada kecanggihan peralatan pada ketika itu, katanya kepada pemberita di sini Khamis.

"Saya ingin menegaskan bahawa kontrak pembelian kes Foreign Military Sales dalam siri MF-D-SAV telah dibuat pada tahun 1972. Harga sebuah enjin ketika itu termasuk `afterburner' bernilai USD$121,428 dan kadar pertukaran mata wang Malaysia pada ketika itu ialah RM303,570," katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian sebagai membetulkan laporan akhbar Khamis yang antara lain menyebut enjin tersebut bernilai antara RM8.5 juta sehingga RM28 juta.

Isu harga enjin itu timbul selepas ada laporan media sebelum ini yang menyebut nilai dua enjin pesawat F-5E milik TUDM yang dicuri itu adalah RM50 juta.

Beliau berkata nilai RM50 juta itu mungkin anggaran pihak lain berasaskan harga enjin baru pada masa ini, memandangkan kementeriannya dan pihak yang membuat siasatan tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut.

"Namun, tempoh yang lama diambil (untuk menjelaskan nilai enjin sebenar) sehingga tindakan mahkamah dilakukan adalah kerana lazimnya mengikut prosedur Angkatan Tentera Malaysia (ATM) siasatan dalaman perlu dilakukan terlebih dahulu.

"Oleh kerana kes ini melibatkan barangan teknikal, maka suatu tempoh yang panjang diambil bagi memperoleh semua maklumat dan dokumen yang berkaitan," katanya.

Pada Rabu, dua orang iaitu seorang anggota TUDM berpangkat sarjan dan seorang pengarah syarikat pembekalan dihadapkan di mahkamah atas dakwaan terlibat dalam mencuri dan menjual enjin pesawat itu.



Ooo.. murah saja rupanya.. ingatkan RM50 Juta sebuah..

Patutlah kena curi pun depa buat tak kisah saja.. Kalau US tak minta report disapu kebawah carpet lah kes ini..

Tetapi Zahid mengatakan itu pada tahun 1972 harga sebuah enjin termasuk afterburner bernilai USD$121,428 dan kadar pertukaran mata wang Malaysia pada ketika itu ialah RM303,570.

Dan RM50 juta itu mungkin anggaran pihak lain berasaskan harga enjin baru pada masa ini..

Jadi secara logiknya adakah kita akan menjual sesuatu barangan itu mengikut harga semasa kita membeli? bukan mengikut harga pasaran? Hanya orang bodoh yang berbuat begitu.. Kalau berniaga tak mahu untung, buat apa nak berniaga?

Dan adakah nilai RM303,570 pada tahun 1972 sama dengan nilai RM303,570 pada tahun 2007?

Samada harganya RM303,570 atau RM50 Juta.. itu adalah harta kerajaan, Harta yang dibeli dengan menggunakan duit rakyat, bukan duit UMNO!

Lagipun ianya telah dilarikan dari satu kawasan yang mempunyai tahap keselamatan yang tinggi. Bukan macam security dekat kedai besi buruk tu..

Kononnya tempoh yang lama diambil (untuk menjelaskan nilai enjin sebenar) sehingga tindakan mahkamah dilakukan adalah kerana lazimnya mengikut prosedur Angkatan Tentera Malaysia (ATM) siasatan dalaman perlu dilakukan terlebih dahulu.

Hendak menjelaskan nilai enjin sebenar pun kena buat siasatan dalaman? Semasa siasatan keatas kehilangan enjin itu dulu tidak diketahui harganya kah? sumber

Read More - Ooii Bukang LImaploh JUta la! korang skolah ke tak? Mari aku ajar kira, enjin buruk camtu buat batu ladung ok laa tak dek rega!

Ternyata Jesus adalah seorang Muslim

Oh! Krai Utara

Share

Penjelasan oleh Dr Sanihu Munir. Seorang kristolog Indonesia. Jesus ini beragama apa? Di dalamnya dijelaskan bahawa Jesus atau Nabi Isa a.s. adalah seorang Muslim, bukan seorang Kristian. Dipaparkan bukti kukuh dari bible sendiri.
Kenapa Isa disebut Jesus di Barat? Mengapa pula manakala di Indonesia disebut Jesus? lagi di al ahkam
Read More - Ternyata Jesus adalah seorang Muslim

Suspek Bunuh Empat Beranak Ditahan Reman Hingga 13 Januari.

Oh! Krai Utara

Share
Polis hari ini mendapatkan perintah tahanan reman selama seminggu ke atas seorang suspek berusia 34 tahun bagi membantu siasatan kes bunuh empat beranak di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Tampin, Selasa lepas.
Perintah tahanan reman tersebut dibuat di Mahkamah Majistret Gemas di hadapan Majistret Siti Norsafida Hashim.
Majistret Siti Norsafida membenarkan tahanan ke atas Rashidi sehingga 13 Januari.
Rashidi, 34, direman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah bagi membolehkan siasatan dijalankan menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Permohonan untuk mendapatkan perintah tahanan reman itu dibuat oleh Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah Tampin ASP Khairil Anuar Saidin.
Sejurus selepas itu, sepasukan polis kemudian membawa suspek terbabit ke tempat kejadian untuk mencari bahan bukti (sebilah pisau) yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.
Suspek itu ditahan di stesen LRT Masjid Jamek, Kuala Lumpur kira-kira 4 petang semalam.
Dia yang juga anggota keluarga mangsa ditahan ketika cuba menyerang seorang anggota polis bantuan yang menghampirinya di stesen itu.
Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, mangsa, Atan Daud, 90, yang merupakan bekas imam masjid kampung berkenaan, isterinya Sutiah Katas, 80, menantu pasangan itu, Ismail Awang, 76, dan cucu mereka Siti Khadijah Ismail, 22, dibunuh dengan kejam.
Mayat mereka ditemui berlumuran darah di dua buah rumah yang terletak bersebelahan. - BERNAMA
Read More - Suspek Bunuh Empat Beranak Ditahan Reman Hingga 13 Januari.

Bini wakil rakyat BN Perak memandai je pinda syarat! suka2 dia

Oh! Krai Utara

Share
Anggota Baiduri tiada 'locus standi' pinda syarat exco


21 Muharram 1431H

IPOH: Kerajaan negeri hari ini mendakwa isteri-isteri wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang menganggotai Badan Amal Isteri-isteri Anggota Dewan Undangan Negeri Perak (Baiduri) tidak mempunyai 'locus standi' untuk bertindak meminda syarat keanggotaan pada 18 Februari lepas.

Pengerusi Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga, Air dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, anggota Baiduri telah meminda syarat keangggotaan yang sebelum itu dibuka kepada isteri ADUN dan anggota Parlimen Perak kecuali daripada parti pembangkang.

"Kemudian mereka meminda keahlian kepada isteri ADUN dan anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) pada 18 Februari lepas sedangkan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan pada 13 Februari. Jadi rakyat tertanyatanya mengenai status serta jumlah wang.

"Ini perlu dijelaskan supaya rakyat tahu dari mana sumber kewangan itu, sama ada dari Lembaga Air Perak (LAP) atau agensi kerajaan lain," katanya ketika menjawab soalan Khalil Idham Lim Abdullah (PAS-Titi Serong) semasa sesi soal jawab di persidangan DUN di sini.

Katanya, ADUN BN bukan lagi kerajaan negeri pada masa pindaan itu dibuat dan isteri mereka juga tidak mempunyai hak untuk mengadakan mesyuarat persatuan serta membuat pindaan kepada manamana peraturan persatuan.

"Jika pindaan yang dibuat ini tidak sah, wang yang dimiliki oleh persatuan ini sepatutnya diuruskan oleh kerajaan negeri," katanya.

Beliau turut menunjukkan replika cek sumbangan kerajaan negeri sebelum ini bernilai RM20,000 kepada Baiduri semasa sesi soal jawab itu berlangsung.

Bagaimanapun ketua pembangkang Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali (BN-Pengkalan Hulu) yang bangun untuk soalan tambahan sempat menjelaskan bahawa Baiduri masih mempunyai wang sebanyak RM1.3 juta termasuk deposit tetap berjumlah RM1 juta di dalam akaunnya di Tabung Haji.

Katanya, peruntukan yang diterima Baiduri daripada kerajaan negeri digunakan untuk tujuan kebajikan dan sumbangan derma kepada pihak yang memerlukan dan tidak digunakan sewenang-wenangnya seperti tujuan lawatan.

"Yang disebut itu cuma RM20,000 mungkin ada lebih lagi yang disumbangkan. Baiduri hanya mengutip derma pertama dan terakhirnya pada tahun 2000. Baiduri ada RM300,000 lebih dan masih ada deposit tetap sebanyak RM1 juta di Tabung Haji hingga hari ini," katanya.

Beliau berkata, keanggotaan Baiduri hanya diberikan kepada isteri ADUN dan Ahli Parlimen BN kerana sewaktu penubuhan badan itu, kerajaan Pakatan Rakyat belum dibentuk.

"Walaupun kerajaan negeri sekarang adalah kerajaan Pakatan Rakyat, kerajaan pusat masih kerajaan BN. Kalau kerajaan negeri sekarang mahukan wang itu (RM1.3 juta) ambillah," katanya. BERNAMA

Read More - Bini wakil rakyat BN Perak memandai je pinda syarat! suka2 dia

Azza Elite dipukul teman lelaki

Oh! Krai Utara

Share

AMPANG: Bimbang selepas menerima ugutan melalui SMS, pelakon yang juga bekas penyanyi sebuah kumpulan popular, Azza Elite membuat aduan polis, kelmarin sebelum terpaksa ‘diiringi’ ke balai polis bersama teman lelakinya selepas artis jelita itu mendakwa dipukul kekasihnya itu, awal pagi semalam.

Azza, 32, membuat aduan di Balai Polis Hulu Klang di sini, kira-kira jam 7 malam, meminta polis menyiasat SMS berbaur ugutan itu kerana bimbang rahsia peribadinya dibocorkan pengirim mesej terbabit.
Bagaimanapun, dia dilaporkan enggan memberi butiran lanjut mengenai rahsia yang ingin dihebohkan itu.
Dalam laporan itu, artis berkenaan mendakwa dia menerima SMS ugutan daripada nombor telefon bimbit tidak dikenali dan meminta polis menyiasat.
Bagaimanapun, kira-kira jam 4.30 pagi semalam, polis menerima panggilan daripada Azza mendakwa dia dipukul teman lelakinya yang dikenali sebagai Farhan di rumah artis itu di kawasan Bukit Antarabangsa di sini.
Sepasukan polis bergegas ke rumah artis terbabit dan dia bersama teman lelakinya dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut sebelum kedua-dua mereka dibawa berjumpa pegawai penyiasat.
Ketika di balai polis, artis berkenaan dilihat menangis teresak-esak dan ada ketikanya bertengkar dengan Farhan serta saling tuduh menuduh antara satu sama lain.
Kira-kira jam 5 pagi, dia bersama pasangannya dibawa berjumpa pegawai penyiasat sebelum keterangan direkodkan dan proses itu selesai setengah jam kemudian.
Wartawan Harian Metro yang turut berada di balai polis berkenaan sempat melihat kelibat Azza bersama pasangannya meninggalkan premis itu selepas siasatan dilakukan.
Azza yang memakai baju-T merah jambu diiringi anggota polis yang kemudian menghantarnya pulang ke rumah.
Kira-kira 15 minit kemudian, teman lelaki artis terbabit yang berusia 28 tahun meninggalkan balai polis dengan menggalas sebuah beg pakaian sambil diiringi polis dan dipercayai dihantar ke sebuah hotel di kawasan Ampang.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan mengesahkan menerima laporan yang dibuat artis terbabit berhubung SMS berunsur ugutan yang diterimanya.
Menurutnya, artis itu turut menghubungi polis mengadu dipukul teman lelakinya ketika mereka bergaduh di rumah artis berkenaan.
“Dia dinasihatkan membuat laporan polis berhubung kejadian dia dipukul teman lelaki, namun enggan berbuat demikian,” katanya.
Mengulas mengenai SMS ugutan itu, Abd Jalil berkata, polis sedang menyiasat dengan melakukan pemeriksaan nombor telefon bimbit itu untuk menjejaki pemiliknya. Kes membabitkan artis wanita itu pernah menggemparkan negara apabila dia membuat laporan polis selepas mendakwa dipukul teman lelakinya ketika pulang daripada menghadiri sambutan tahun baru, dua tahun lalu. - http://best1of4.wordpress.com/
Read More - Azza Elite dipukul teman lelaki

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...