Bini wakil rakyat BN Perak memandai je pinda syarat! suka2 dia

Oh! Krai Utara

Share Anggota Baiduri tiada 'locus standi' pinda syarat exco


21 Muharram 1431H

IPOH: Kerajaan negeri hari ini mendakwa isteri-isteri wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang menganggotai Badan Amal Isteri-isteri Anggota Dewan Undangan Negeri Perak (Baiduri) tidak mempunyai 'locus standi' untuk bertindak meminda syarat keanggotaan pada 18 Februari lepas.

Pengerusi Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga, Air dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, anggota Baiduri telah meminda syarat keangggotaan yang sebelum itu dibuka kepada isteri ADUN dan anggota Parlimen Perak kecuali daripada parti pembangkang.

"Kemudian mereka meminda keahlian kepada isteri ADUN dan anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) pada 18 Februari lepas sedangkan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan pada 13 Februari. Jadi rakyat tertanyatanya mengenai status serta jumlah wang.

"Ini perlu dijelaskan supaya rakyat tahu dari mana sumber kewangan itu, sama ada dari Lembaga Air Perak (LAP) atau agensi kerajaan lain," katanya ketika menjawab soalan Khalil Idham Lim Abdullah (PAS-Titi Serong) semasa sesi soal jawab di persidangan DUN di sini.

Katanya, ADUN BN bukan lagi kerajaan negeri pada masa pindaan itu dibuat dan isteri mereka juga tidak mempunyai hak untuk mengadakan mesyuarat persatuan serta membuat pindaan kepada manamana peraturan persatuan.

"Jika pindaan yang dibuat ini tidak sah, wang yang dimiliki oleh persatuan ini sepatutnya diuruskan oleh kerajaan negeri," katanya.

Beliau turut menunjukkan replika cek sumbangan kerajaan negeri sebelum ini bernilai RM20,000 kepada Baiduri semasa sesi soal jawab itu berlangsung.

Bagaimanapun ketua pembangkang Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali (BN-Pengkalan Hulu) yang bangun untuk soalan tambahan sempat menjelaskan bahawa Baiduri masih mempunyai wang sebanyak RM1.3 juta termasuk deposit tetap berjumlah RM1 juta di dalam akaunnya di Tabung Haji.

Katanya, peruntukan yang diterima Baiduri daripada kerajaan negeri digunakan untuk tujuan kebajikan dan sumbangan derma kepada pihak yang memerlukan dan tidak digunakan sewenang-wenangnya seperti tujuan lawatan.

"Yang disebut itu cuma RM20,000 mungkin ada lebih lagi yang disumbangkan. Baiduri hanya mengutip derma pertama dan terakhirnya pada tahun 2000. Baiduri ada RM300,000 lebih dan masih ada deposit tetap sebanyak RM1 juta di Tabung Haji hingga hari ini," katanya.

Beliau berkata, keanggotaan Baiduri hanya diberikan kepada isteri ADUN dan Ahli Parlimen BN kerana sewaktu penubuhan badan itu, kerajaan Pakatan Rakyat belum dibentuk.

"Walaupun kerajaan negeri sekarang adalah kerajaan Pakatan Rakyat, kerajaan pusat masih kerajaan BN. Kalau kerajaan negeri sekarang mahukan wang itu (RM1.3 juta) ambillah," katanya. BERNAMA

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...