Ooii Bukang LImaploh JUta la! korang skolah ke tak? Mari aku ajar kira, enjin buruk camtu buat batu ladung ok laa tak dek rega!

Oh! Krai Utara

Share


PUTRAJAYA, 7 Jan (Bernama) -- Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Khamis menjelaskan nilai sebenar sebuah enjin pesawat F5-E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) termasuk `afterburner' ialah RM303,570.

Beliau berkata nilai itu adalah berdasarkan kontrak pembelian pada tahun 1972 dengan mengambil kira nilai tukaran matawang negara pada masa itu.

Bagi pesawat yang mempunyai dua enjin pula, nilai sebenar adalah antara RM3.895 juta hingga RM28.047 juta bergantung kepada kecanggihan peralatan pada ketika itu, katanya kepada pemberita di sini Khamis.

"Saya ingin menegaskan bahawa kontrak pembelian kes Foreign Military Sales dalam siri MF-D-SAV telah dibuat pada tahun 1972. Harga sebuah enjin ketika itu termasuk `afterburner' bernilai USD$121,428 dan kadar pertukaran mata wang Malaysia pada ketika itu ialah RM303,570," katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian sebagai membetulkan laporan akhbar Khamis yang antara lain menyebut enjin tersebut bernilai antara RM8.5 juta sehingga RM28 juta.

Isu harga enjin itu timbul selepas ada laporan media sebelum ini yang menyebut nilai dua enjin pesawat F-5E milik TUDM yang dicuri itu adalah RM50 juta.

Beliau berkata nilai RM50 juta itu mungkin anggaran pihak lain berasaskan harga enjin baru pada masa ini, memandangkan kementeriannya dan pihak yang membuat siasatan tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut.

"Namun, tempoh yang lama diambil (untuk menjelaskan nilai enjin sebenar) sehingga tindakan mahkamah dilakukan adalah kerana lazimnya mengikut prosedur Angkatan Tentera Malaysia (ATM) siasatan dalaman perlu dilakukan terlebih dahulu.

"Oleh kerana kes ini melibatkan barangan teknikal, maka suatu tempoh yang panjang diambil bagi memperoleh semua maklumat dan dokumen yang berkaitan," katanya.

Pada Rabu, dua orang iaitu seorang anggota TUDM berpangkat sarjan dan seorang pengarah syarikat pembekalan dihadapkan di mahkamah atas dakwaan terlibat dalam mencuri dan menjual enjin pesawat itu.



Ooo.. murah saja rupanya.. ingatkan RM50 Juta sebuah..

Patutlah kena curi pun depa buat tak kisah saja.. Kalau US tak minta report disapu kebawah carpet lah kes ini..

Tetapi Zahid mengatakan itu pada tahun 1972 harga sebuah enjin termasuk afterburner bernilai USD$121,428 dan kadar pertukaran mata wang Malaysia pada ketika itu ialah RM303,570.

Dan RM50 juta itu mungkin anggaran pihak lain berasaskan harga enjin baru pada masa ini..

Jadi secara logiknya adakah kita akan menjual sesuatu barangan itu mengikut harga semasa kita membeli? bukan mengikut harga pasaran? Hanya orang bodoh yang berbuat begitu.. Kalau berniaga tak mahu untung, buat apa nak berniaga?

Dan adakah nilai RM303,570 pada tahun 1972 sama dengan nilai RM303,570 pada tahun 2007?

Samada harganya RM303,570 atau RM50 Juta.. itu adalah harta kerajaan, Harta yang dibeli dengan menggunakan duit rakyat, bukan duit UMNO!

Lagipun ianya telah dilarikan dari satu kawasan yang mempunyai tahap keselamatan yang tinggi. Bukan macam security dekat kedai besi buruk tu..

Kononnya tempoh yang lama diambil (untuk menjelaskan nilai enjin sebenar) sehingga tindakan mahkamah dilakukan adalah kerana lazimnya mengikut prosedur Angkatan Tentera Malaysia (ATM) siasatan dalaman perlu dilakukan terlebih dahulu.

Hendak menjelaskan nilai enjin sebenar pun kena buat siasatan dalaman? Semasa siasatan keatas kehilangan enjin itu dulu tidak diketahui harganya kah? sumber

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...