Oh! Krisis Darurat Di Mesir - Mengapa dan Bagaimana?

Oh! Krai Utara

Share
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Saya tidak mampu untuk membantu mereka di sana, tapi apa yang saya mampu buat di sini ialah berkongsi untuk kita semua tahu tentang apa yang sebenarnya terjadi di sana. Moga dengan pengetahuan ini kita akan dapat bersama-sama mendoakan kesejahteraan mereka di sana.


Mengapa Berlakunya Krisis Darurat di Mesir?
Bermulanya Revolusi di Tunisia yang menggulingkan Presiden Zine el-Abidine Ben Ali kerana masalah korupsi yang melampau. Kejayaan Rakyat Tunisia ini telah menyuntik semangat kepada Rakyat Mesir untuk menggulingkan Kerajaan Hosni Mubarak yang juga sangat korup. Kita juga sedia maklum yang Kerajaan Mesir lebih pro kepada zionis dan sering menghalang bantuan ke Palestin walaupun sesama Islam.

Bertitik tolak daripada kejadian Mohammed Bouazizi, seorang rakyat Tunisia yang membakar diri akibat tidak tahan dengan korupsi dalam kerajaan Presiden Zine el-Abidine Ben Ali, walaupun beliau melaporkan masalah beliau kekejaman terhadap beliau  kepada kerajaan, namun ia langsung tidak diendahkan dan kekejaman makin berleluasa dan yang miskin terus ditindas dan yang kaya terus dipuja. Akhirnya, beliau pada 17 Disember 2010, telah membakar dirinya sendiri tanda protes kepada kezaliman dan kekejaman Kerajaan sedia ada. Kematian beliau telah menyebabkan kemarahan dan membangkitkan semangat golongan bawahan untuk membela nasib mereka sehingga kerajaan Presiden Zine el-Abidine Ben Ali lumpuh dan beliau terpaksa melarikan diri daripada Tunisia.

Di mesir pula, 2 orang membakar diri di depan bangunan parlimen Mesir di sebabkan tekanan kehidupan di mesir dengan kadar pengangguran dan pendapatan rakyat miskin yg sangat rendah. Berbeza dgn golongan2 kaya yg makin meningkat pendapatan mereka.
Akibatnya, rusuhan dan demonstrasi untuk meminta Kerajaan pimpinan Hosni Mubarak berundur dilakukan. Namun Hosni Mubarak tetap berdiam sehinggalah keadaan menjadi makin parah selepas 3 hari dan telah mengakibatkan 35 orang terbunuh

Selasa, 25 Jan 2011 - Rakyat Mesir mulai bangun untuk memprotes kerajaan. Bermulanya "Hari Kebangkitan Kemarahan" (Day of rage).

Rabu, 26 Jan 2011 - Protes berterusan masuk hari kedua.

Khamis, 27 Jan 2011
- Mesir menutup rangkaian sosial (twitter, facebook) melalui penutupan internet dan sistem telekomunikasi. Semua telefon, internet, mesin ATM langsung tidak boleh digunakan.

Jumaat, 28 Jan 2011 
- Ketua Menteri Mesir, Mubarak mengumumkan akan menubuhkan kerajaan yang baru. Berlakulah "power of void". Negara yang tiada pemimpin.

Sabtu, 29 Jan 2011
- Penggunaan radio (morse code) membantu Mesir berhubung dengan dunia luar

Ahad, 30 Jan 2011
- Stesen TV, Al Jazeera ditutup.
- Kedutaan US di Cairo meminta warga amerika untuk tinggalkan Mesir
- Hillary Clinton meminta Mesir menghala ke arah demokrasi.







 Akibatnya?
1. Huru-hara dan rusuhan hampir di seluruh Mesir menyebabkan keadaan tidak selamat dan hampir melumpuhkan segala aktiviti di Mesir.

2. Kemudahan internet, telefon dan komunikasi terputus dan diblok. Pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia tidak dapat dihubungi dan berita serta perkembangan terbaru keadaan di Mesir agak terbatas.

3. 6000 banduan melepaskan diri daripada penjara dan ada di antara mereka menyamar dengan berpakaian polis dan siap bersenjata. Satu ancaman yang cukup membahayakan orang awam.

4. Apabila berlakunya darurat, maka sudah tentu akan berlakunya krisis makanan. Ada di antara pelajar Malaysia di sana yang dikatakan bekalan makanan mereka hanya mencukupi untuk 3 hari. Seterusnya bagaimana mereka akan terus hidup jika dibiarkan sahaja di sana berkurung di rumah hanya menghitung masa dan waktu.

5. Tambang untuk pulang ke Malaysia sudah naik 7x ganda dan belum tentu pun boleh terbang pulang. Jalan-jalan ke airport penuh dengan samseng jalanan dalam usaha mereka untuk merompak dan memeras ugut orang awam.

6. Menurut masyarakat arab di sana, sumber: Suffian Sani (terkandas di Mansurah), dilaporkan oleh: Azizi Al Fahri (baru tiba di KLIA). Jika dalam masa empat hari, iaitu sampai 2/2/2011 ini, jika Hosni Mubarak tidak turun juga, mereka akan melancarkan peperangan civil. Nauzubulillah.


7. Paling sedih lagi, seorang pelajar perempuan malaysia di Iskandariah telah dirogol, maklumat diperoleh dari "Ummi Medic Mesir". Bayangkan kalau ahli keluarga anda yang terlibat. Jadi marilah kita mendoakan kesejahteraan dan keselamatan mereka.



Apa yang kita boleh buat?
1. Buat solat hajat dan mendoakan keselamatan rakyat Mesir dan rakyat Malaysia terutamanya pelajar Malaysia di sana.
2. Menulis dan menceritakan kepada sahabat kita. Nak copy paste daripada sini pun boleh.
3. Kongsi berita ini bersama rakan-rakan lain, sama ada melalui tweeter, Facebook, email. Biarkan masyarakat kita sedar dan sama-sama berusaha membantu rakyat Malaysia dan Mesir di sana. Jom kongsi



ihsan dari: tenangsudey
Read More - Oh! Krisis Darurat Di Mesir - Mengapa dan Bagaimana?

Wacana Ilmu: Syarah Kitab Bidayah al-Sul, 41 Kelebihan Rasulullah saw mengatasi para Ambiya'

Oh! Krai Utara

Share

Read More - Wacana Ilmu: Syarah Kitab Bidayah al-Sul, 41 Kelebihan Rasulullah saw mengatasi para Ambiya'

Woiii BODO...Tolong Ingat Nasib Rakyat Kat Mesir...Mesej Untuk Najib Razak

Oh! Krai Utara

Share

Saya dapat message dari @DyyaDizarch salah seorang pelajar perubatan di Mesir yang sedang berusaha memohon bantuan dan perhatian Kerajaan Malaysia tentang situasi sebenar di Mesir.
Menurut laporan Bernama 30 Jan 2011 – Belum Ada Keperluan Bawa Pulang Penuntut Dari Mesir – Muhyiddin
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika di Labis hari ini memberitahu bahawa tiada keperluan untuk membawa balik pelajar-pelajar Malaysia buat masa ini. Jika pelajar-pelajar berkenaan ingin pulang, mereka boleh melakukannya dengan membiayai sendiri perjalanan pergi dan balik dari negara itu
Wisma Putra juga telah menubuhkan dua bilik operasi iaitu di Kementerian Luar Negeri, Putrajaya dan di Kedutaan Besar Malaysia, Kaherah.
Ia boleh dihubungi di talian 03-88892746 / 03-88874570 (Putrajaya), dan 00-202-37610013 sambungan 116, atau 00-202-37610164 (Kaherah) dan bercakap dengan Penasihat Menteri Saharudin Hassan, Setiausaha Kedua Samsul Kahar Kamarudin serta Setiausaha Ketiga Iskandar Harman.
Kenyataan itu telah menimbulkan rasa tidak puashati ibubapa penuntut Malaysia yang terperangkap di sana kerana situasi mereka sangat terdesak , tidak seperti yang diberitahu oleh kerajaan.
Bekalan elektrik  dan internet juga telah dipotong.  Rompakan dan pecah rumah, kecurian dan bekalana makanan yang meruncing.  Bank juga tidak berfungsi malah perlindungan keselamatan juga terhakis.
gambar rusuhan di mesir Tolong Ingatkan @NajibRazak Nasib Rakyat Malaysia di Mesir
ok.. yang kat comment tu update dari kawan pompuan.. wallat die kene curi.. hilang 1000.. dan die yang cakap airport kat Alexandria dah kene bakar
ni update dari adik saya..
keadaan semakin teruk.. polis kat Alexandria sume dah tak ada.. dan memang tak ade rulez… post balai polis sume dah kene bakar.. n senjata sume orang awam dah curi..dan banduan sume dah kene lepas
pagi tadi adik tetibe call.. suruh call balik.. emergency… die cakap internet sume dah down.. message pun tak boleh… n time tu battery die low… suruh die charge.. worse.. die cakap tak boleh charge sbb power tak ada… skarg xsure la ade ke xde…tp kalau xde.. it’s a big problem… sbb satu2 cara nak contact diorg ialah call.. kalau phone tak ada battery dan tak boleh  charge or no kredit so dah tak  boleh call..
dan  gov egypt plan nak cut bekalan air.. tp sampai skarg boleh pakai lagi .. tak tau bile diorg nak cut..
so dia orang  hidup dalam kegelapan…
then ATM semua tak boleh pakai .. kedai sume xleh ttp… n ni satu masalah.. ssh diorg nak balik.. airport terdekat kat Alexandria dah kene bakar.. thne tak ada duit sbb ATM sume down… n brg adik cakap harga sume melambung… of course bg sy at-salat mengambik lesempatan.. call 5 saan utk 4 5 genih tu sangat melampau… xsampai seminit pn.. n harga top up pn mahal skarg.. taxi even worst.. super mahal gle…
makanan dh kurang.. n duit xleh kuar n harga melambung..

* saya cuba edit sms ini supaya mudah dibaca
Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam. Ramai pelajar yang terkandas di lapanganterbang akibat rusuhan dan jadual penerbangan ditunda.
Saya rasa mesej ini perlu disampaikan kepada semua supaya kita tahu keadaan yang sebenar yang berlaku di sana dan supaya kerajaan kita  secepat mungkin menghantar bantuan dan mengeluarkan rakyat kita dari sana.
Keadaan yang semakin getir ini boleh dilihat apabila kerajaan Amerika Syarikat, India dan United Kingdom telah menghantar pesawat bagi mengambil pulang rakyat mereka yang berada di Mesir yang mahu pulang.
Semoga pelajar dan rakyat Malaysia di sana dilindungi Allah dan dipelihara dari segala musibah.
Boleh ikuti perkembangan terkini melalui facebook Selamatkan Pelajar Malaysia di Mesir atau blog ariffshah.com Krisis Di Mesir Keadaan Sebenar Pelajar Malaysia @NajibRazak
  1. Anda digalakkan untuk sebarkan post ini ( copy paste dibenarkan )
  2. Mohon untuk tweet post ini
=====================================================
Ini fast-entry, saya akan bertolak balik ke kampung sekejap lagi – Esok kembali semula.
Suami pesan, jangan cerita lebih² dengan mak, nanti mak risau. Algeria masih dalam keadaan stabil. InsyaAllah … doakan suami saya selamat di sana.
Read More - Woiii BODO...Tolong Ingat Nasib Rakyat Kat Mesir...Mesej Untuk Najib Razak

Oh! Cara2 nak bypass Internet kerajaan Egypt

Oh! Krai Utara

Share
Penting...ni Krai Utara baru dapat cara untuk bypass internet kerajaan mesir...jadik wa nak mintak tolong korang yang ada cara utk menghubungi mereka2 (pelajar2 kita kat egypt) untk sampaikan mesej ini supaya mereka yang berada di sana dalam saat genting dan memerlukan bantuan kita dapat berhubungan dengan ibu bapa mereka kat tanah air.

If you know anyone in Egypt, please pass this on to them:


HOW To bypass government blocking of websites, use numerical IP addresses: 
Twitter ”128.242.240.52” 
Fb ”69.63.189.34” 
Google ”172.14.204.99”


A French ISP offers free dial up internet access:
+33 1 72 89 01 50 
Login username+password: toto. 


Please pass this on and share.

Entri Asal Disini Cara bypass Internet kerajaan Mesir | BLOG ARCX13.COM 
Read More - Oh! Cara2 nak bypass Internet kerajaan Egypt

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...