Kisah penyanyi kontroversi dan sensasi Amy Search atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman yang dilahirkan di Johor Bahru yang dikhabarkan menyertai parti PAS dalam satu majlis di Kelantan baru-baru ini cukup mengejutkan ramai pihak terutamanya parti UmnoBN.
Kecenderungan beliau pada PAS sebenarnya bermula sebaik sahaja beliau pulang menunaikan umrah bersama Ust Dr Badrul Amin Bahron dan pertemuan beliau pertama kali dengan Tuan Guru Nik Abd Aziz yang kini menjadi ikon beliau semasa Tok Guru menziarah restoran Cheng Ho milik Amy sebelum ini.
Amy mengakui beliau adalah peminat setia Tok Guru tidak menolak andaian beliau akan menyertai PAS sekiranya ianya ditakdirkan oleh Allah. Beliau kini dilihat sebagai ikon yang diberi penjenamaan baru semula apabila mula muncul dengan lagu-lagu konsep keTuhanan sekaligus memperlihatkan jiwa suci beliau yang ingin berubah sesuai dengan umurnya 51 tahun. petikan www.pasjohorbahru.com/