Lelaki di ugut sebar gambar bogel! Terjah!

Oh! Krai Utara

Share

Kampar: Seorang pemuda diburu kebimbangan dengan tindakan bodohnya yang menyerahkan gambar bogel kepada wanita yang baru dikenali tidak sampai 12 jam, menyebabkannya menjadi mangsa peras ugut selain dipaksa melakukan hubungan seks dengan suspek.Mangsa yang hanya dikenali sebagai Wong, 20, mendakwa menjadi mangsa wanita itu selepas berkenalan melalui laman sosial.Dia yang berasal dari Kranji, di sini, mengenali wanita itu melalui laman sosial VChat awal minggu lalu sebelum saling bertukar maklumat dan berbual di Internet.“Ketika itu kami membuat perjanjian untuk saling bertukar gambar bogel masing-masing hanya sekadar untuk berseronok.“Bagaimanapun, selepas saya menyerahkan gambar bogel saya kepadanya, wanita terbabit enggan menunaikan janji menghantar gambar bogelnya sebagai pertukaran,” katanya.Menurutnya, dia bimbang gambar bogel berkenaan disalahgunakan wanita terbabit jika ia disiarkan di Internet, malah dia lebih khuatir jika perkara itu diketahui ahli keluarganya.“Walaupun saya merayu kepada wanita berkenaan supaya menyerahkan kembali gambar itu, wanita terbabit memberi pelbagai alasan tidak munasabah,” katanya.Menurutnya, wanita terbabit menghubunginya dan mengarahkan datang ke bandaraya Ipoh untuk berbincang selain memaksa memuaskan nafsu.Dia mendakwa wanita terbabit turut memaksanya membayar wang RM500 jika tidak mahu gambar bogel itu disebarkan melalui Internet.“Saya tambah tertekan apabila seorang lelaki yang mendakwa bapa kepada wanita terbabit tiba-tiba menghubungi saya sebelum memarahi kerana mendakwa saya sengaja menghantar gambar lucah kepada anaknya.“Dia mengugut akan membuat laporan polis selain turut mengeluarkan pelbagai kata-kata kecaman. Saya tambah tertekan dan hampir membunuh diri kerana terlalu takut,” katanya selepas membuat aduan kepada Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kranji, Chen Fook Chye di sini, semalam.Menurutnya, dia kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kampar, di sini, selain membuat pemeriksaan jika ada individu tertentu yang membuat laporan berhubung gambar bogelnya

Read More - Lelaki di ugut sebar gambar bogel! Terjah!

Artis Veteran :Datuk Yahya Sulung, isteri kena halau dari rumah DBKL

Oh! Krai Utara

Share

Penderitaan pelakon veteran Datuk Yahya Sulung, 84, yang sedang sakit bertambah parah apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkannya dan isteri, Datin Alisah Ali agar mengosongkan rumah mereka, di flat Bandar Baru Sentul dekat sini.Ia berikutan kegagalan pasangan itu untuk menjelaskan tunggakan sewa rumah sejak lapan bulan lalu yang berjumlah RM800.Alisah,65, berkata, fikirannya semakin buntu selepas menerima notis berkenaan kerana dia mempunyai perbelanjaan yang terhad bagi menampung hidup.“Benar kami telah menerima notis untuk keluar daripada rumah tersebut kerana gagal menjelaskan sewa selama lapan bulan kerana mengalami masalah kewangan,” ujarnya.Alisah memberitahu dia kini menghidap kanser paru-paru.Aisah berkata, sewa bulanan rumah itu ialah RM100 dan sebelum ini dibayar daripada hasil wang bantuan Baitulmal yang diterima sebanyak RM400 sebulan serta wang pencen daripada bekas isteri Yahya yang terdahulu dalam jumlah yang sama.Katanya, disebabkan kedua-dua mereka mengalami keuzuran kebanyakan wang yang diperoleh itu digunakan bagi tujuan mendapatkan rawatan hospital selain perbelanjaan harian rumah.Ujarnya, Kesusahan yang dialami mereka itu semakin bertimpa apabila dia disahkan menghidap kanser paru-paru selepas membuat pemeriksaan selepas Hari Raya Aidiladha lalu.“Suami saya yang menghidap asma terlalu uzur sementara saya pula sering mengalami kesakitan. Tetapi syukurlah apabila salah seorang anak saudara saya yang tinggal di Setapak membantu untuk menjaga Yahya dan hal seharian,” katanya yang begitu sedih dengan ujian itu.Alisah memberitahu, dia malu untuk meminta sumbangan daripada orang ramai kerana selama ini telah banyak pihak yang menghulurkan bantuan.Sementara itu, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi ketika dihubungi berkata, pihaknya akan mengambil tindakan segera bagi membantu dan menyelesaikan masalah pelakon veteran itu.Ujar Zed, pihaknya akan berbincang dengan DBKL mengenai tunggakan yang tidak dibayar oleh Yahya selain menghulurkan bantuan lain sekiranya perlu.“Selalunya masalah-masalah begini kami tahu daripada pihak lain dan bukannya daripada ahli Seniman sendiri. Seperti kes Yahya, jika kami tahu lebih awal sudah tentu bantuan diberikan untuk meringankan masalah,” ujarnya.www.nescafeais.com

Read More - Artis Veteran :Datuk Yahya Sulung, isteri kena halau dari rumah DBKL

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...