Artis Veteran :Datuk Yahya Sulung, isteri kena halau dari rumah DBKL

Oh! Krai Utara

Share

Penderitaan pelakon veteran Datuk Yahya Sulung, 84, yang sedang sakit bertambah parah apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkannya dan isteri, Datin Alisah Ali agar mengosongkan rumah mereka, di flat Bandar Baru Sentul dekat sini.Ia berikutan kegagalan pasangan itu untuk menjelaskan tunggakan sewa rumah sejak lapan bulan lalu yang berjumlah RM800.Alisah,65, berkata, fikirannya semakin buntu selepas menerima notis berkenaan kerana dia mempunyai perbelanjaan yang terhad bagi menampung hidup.“Benar kami telah menerima notis untuk keluar daripada rumah tersebut kerana gagal menjelaskan sewa selama lapan bulan kerana mengalami masalah kewangan,” ujarnya.Alisah memberitahu dia kini menghidap kanser paru-paru.Aisah berkata, sewa bulanan rumah itu ialah RM100 dan sebelum ini dibayar daripada hasil wang bantuan Baitulmal yang diterima sebanyak RM400 sebulan serta wang pencen daripada bekas isteri Yahya yang terdahulu dalam jumlah yang sama.Katanya, disebabkan kedua-dua mereka mengalami keuzuran kebanyakan wang yang diperoleh itu digunakan bagi tujuan mendapatkan rawatan hospital selain perbelanjaan harian rumah.Ujarnya, Kesusahan yang dialami mereka itu semakin bertimpa apabila dia disahkan menghidap kanser paru-paru selepas membuat pemeriksaan selepas Hari Raya Aidiladha lalu.“Suami saya yang menghidap asma terlalu uzur sementara saya pula sering mengalami kesakitan. Tetapi syukurlah apabila salah seorang anak saudara saya yang tinggal di Setapak membantu untuk menjaga Yahya dan hal seharian,” katanya yang begitu sedih dengan ujian itu.Alisah memberitahu, dia malu untuk meminta sumbangan daripada orang ramai kerana selama ini telah banyak pihak yang menghulurkan bantuan.Sementara itu, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi ketika dihubungi berkata, pihaknya akan mengambil tindakan segera bagi membantu dan menyelesaikan masalah pelakon veteran itu.Ujar Zed, pihaknya akan berbincang dengan DBKL mengenai tunggakan yang tidak dibayar oleh Yahya selain menghulurkan bantuan lain sekiranya perlu.“Selalunya masalah-masalah begini kami tahu daripada pihak lain dan bukannya daripada ahli Seniman sendiri. Seperti kes Yahya, jika kami tahu lebih awal sudah tentu bantuan diberikan untuk meringankan masalah,” ujarnya.www.nescafeais.com

Read More - Artis Veteran :Datuk Yahya Sulung, isteri kena halau dari rumah DBKL

Oh! Artis: Norish Karman akui beranak lagi

Oh! Krai Utara

Share

Kuala Lumpur – Selepas menafikan cerita yang tersebar mengatakan dia melahirkan seorang anak lelaki, pelakon wanita, Norish Karman akhirnya mengesahkan cerita itu adalah benar.Selama ini, Norish atau lebih dikenali sebagai NK menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tentang kesahihan gambar dia bersama seorang bayi adalah anaknya sebagai fitnah untuk mengaibkan dirinya.Namun, menurut laporan Utusan Malaysia hari ini, NK mendedahkan kebenaran selepas berdiam diri.Anak lelaki NK yang bongsu itu diberi nama Haq Lutfie Alexander dilahir pada 24 September 2011 di sebuah hospital swasta di Subang.“Awalnya saya runsing, bagaimana hendak saya memberitahu tentang kelahiran Haq kepada peminat dan media, tetapi selepas tersebar di internet, saya lega,”kata NK.Bagaimanapun, NK masih lagi enggan mendedahkan status sebenar Haq dari pengetahuan umum.Kata NK, bagaimana kehadiran Haq, biarlah menjadi rahsia antara dia dan Tuhan.Sebelum melahirkan Haq, NK pernah dinasihatkan untuk menggugurkan kandungannya.Tetapi, bila memikirkan dia sudah pun bergelar ibu dan tahu bagaimana perasaannya untuk melahirkan anak, NK nekad untuk menjaga dan membesarkan anaknya.“Ini anak saya, hidup mati saya. Bagaimana ia hadir itu adalah urusan antara saya, keluarga dan Allah kerana saya tidak mahu mengenang lagi perkara yang lepas.“Saya seorang anak, wanita & ibu, saya tidak akan membuat perkara tidak elok. Saya seorang ibu, naluri keibuan saya sangat kuat. Saya berani pertahankan kandungan ini meskipun saya tahu hidup saya akan susah kerana akan menjaganya seorang diri,” katanya.Sumber: Mynewshub 

Read More - Oh! Artis: Norish Karman akui beranak lagi

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...