Oh! GEGER! Saya kesal tak diundang’ kata bapa Nur Eilunie
Oh! Krai Utara
myMetro
KOTA BHARU: Ketika penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek, 23, dan Nur Eilunie Natasha Nazri atau Leuniey, 21, bakal melangsungkan pernikahan mereka pada Jumaat ini, timbul pula suara kesal daripada bapa kandung Leuniey yang tampil kepada media.Seperti didedahkan sebuah portal sebelum ini, Leuniey yang berbintikan Nazri mengakui Nazri yang dipanggil dengan gelaran ‘daddy’ itu, bukanlah bapa kandungnya.Dia sebaliknya memberitahu nama bapanya ialah Jaafar Mohamad. Jaafar meluahkan rasa terkilan apabila dia tidak dapat menyaksikan saat penting buat anak sulungnya selepas mendakwa tidak dijemput menghadiri majlis pernikahan itu.Katanya, sebagai bapa, harapannya cukup besar untuk menyaksikan anaknya itu diijab kabul, namun ia tidak mungkin tercapai.
Kes pengarah cabul pelakon: Pesalah digantung keahlian seumur hidup
Oh! Krai Utara
WARTAWAN SINAR HARIAN
Sidang media badan bertindak bersama Persatuan Profesional Pekerja Filem Malaysia (Profima) ,Persatuan Seniman M Kes pengarah cabul pelakon: Pesalah digantung keahlian seumur hidup alaysia (Seniman) Khamis lalu, di FinasLaporan akhbar tempatan mengenai kes pengarah cabul pelakon, baru-baru ini turut mendapat perhatian Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM).Perkara itu dibangkitkan dalam sidang media badan bertindak bersama Persatuan Profesional Pekerja Filem Malaysia (Profima) dan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Khamis lalu, di Perbadanan Filem Nasional Malaysia (Finas).Naib Presiden FDAM, Abdul Rahim Awan, ketika sesi sidang media berkenaan menegaskan, walau pun isu tersebut masih dalam siasatan polis, namun pihaknya memandang serius terhadap apa yang berlaku."Walau pun ia tidak melibatkan persatuan, tetapi pengakuan suspek memperkenalkan diri sebagai pengarah dipandang serius oleh kami."Selain mencemarkan dan menjejaskan imej, ini antara sebab kami mahu semua penggiat seni berdaftar dengan persatuan."Sekurang-kurangnya apabila perkara begini berlaku, pelakon boleh mengadu dengan kami," katanya.Ujar Rahim lagi, jika ada ahli persatuan yang didapati bersalah dan terlibat dengan perkara sebegini, mereka juga akan bertindak menggantung keahlian mereka seumur hidup."Sebagai langkah keselamatan, setiap ahli akan diberikan kad keahlian, yang mana apabila uji bakat pelakon dijalankan, pelakon boleh meminta untuk melihat kad dari pengarah atau krew terlebih dahulu."Jika tiada sebarang kad, mereka boleh terus laporkan kepada kami," katanya.Turut hadir dalam sidang media berkenaan, Presiden Seniman, Zed Zaidi dan Presiden Profima, Khir Mohd Nor. Patuhi garis panduan Mengulas lanjut mengenai tindakan yang akan diambil, Rahim menjelaskan, FDAM, Seniman dan Profima bekerjasama menubuhkan badan bertindak menjurus kepada usaha melindungi penggiat seni tempatan berikutan pelbagai isu yang timbul dalam industri seni.Jelasnya, badan berkenaan yang mula berkuat kuasa Januari 2013 nanti turut memainkan peranan membantu penguat kuasa Perbadanan Filem Nasional Malaysia (Finas). "Sama ada bagi kemasukan artis mahu pun pekerja seni dari luar negara, mereka perlu mematuhi garis panduan yang telah termaktub di bawah persatuan."Apa yang penting mereka perlu menjadi ahli terlebih dahulu dan semua ini boleh dimohon melalui tiga persatuan berdaftar ini mengikut bidang masingmasing," katanya selepas menjalankan permohonan tersebut, barulah Sijil Perakuan Penggambaran (SPP)dikeluarkan mengikut kelayakan.Ujar Rahim lagi, perkara ini perlu diberi perhatian oleh penggiat seni tempatan memandangkan bukan mudah bagi kita mencari ruang di negara luar. "Tanpa pendekatan sebegini, mereka bebas melakukan apa sahaja, lagi pun objektif kami semata-mata untuk melindungi penggiat seni tempatan daripada dipinggirkan."Dalam pada itu, ini inisiatif terbaik dalam mengekang kemasukan artis luar secara tidak sah," katanya.Dalam pada itu, Rahim memberitahu, produksi luar misalnya dari India antara produksi yang kerap melakukan penggambaran di negara ini."Ada di antara mereka cuma mendapatkan permit daripada Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) sahaja bukan SPP."Kita akan mengenakan tindakan keras kepada mereka ini, jika tiada SPP, kita ada hak meminta mereka menghentikan penggambaran sertamerta.“Kita tidak perlu memberi kelonggaran kepada produksi luar sementelah kita sendiri sukar memasuki negara mereka. Saya yakin tindakan sebegini membawa pelbagai kebaikan kepada industri sendiri," katanya
Oh! Artis: Qamar Khalaf "Most Beautiful Woman 2012"
Oh! Krai Utara
Siapa orang yang belum pernah mendengar tentang Qamar Khalaf, bererti mereka melewatkan sebuah permata berkilauan di padang pasir.
Artis cantik Syria, Qamar Khalaf, yang namanya lebih sugestif menggambarkan cahaya berkilauan, telah dinobatkan sebagai "Most Beautiful Woman 2012" atau Perempuan Paling Cantik 2012 di negeri Arab, dalam jejak pendapat yang diadakan oleh sebuah majalah popular di Teluk. Qamar berhasil mengumpulkan 60 persen suara, dengan 40 persen yang tersisa terbagi untuk para pesaing lainnya dalam daftar. Dan jika anda berfikir bahawa kecantikan Qamar hanya kulit luarnya saja, fikirkan lagi! Qamar telah terpilih bukanlah lebih dari sekadar wajah dan tubuhnya. Dia juga memenangi beberapa penghargaan yang meliputi, kemajemukan femininnya, senyumnya mempesona, spontanitas, dan tentu saja bakat dan kemampuan inteligensinya yang ikut menyinari kecantikan fisiknya. Artis ini telah menunjukkan dirinya fleksibel dan mampu menangani setiap peranan yang diberikan. Drama terbaru Qamar ambil "Banat Al Aylah" yang diarahkan oleh Rasha Sharbatji (sutradara Syria) telah ditayangkan sejak Ramadhan terakhir. Dia memainkan peranan seorang wanita muda petualang yang pemberani suka bepergian dan menolak untuk terikat. Karakternya tetap seperti ini sampai dia bertemu lelaki impiannya yang mengubah segalanya.
Oh! Syoknya Kawen : Usaha jimat belanja, nikah empat sekaligus!
Oh! Krai Utara
CAPE TOWN – Seorang pengusaha kaya di Afrika Selatan menikahi empat wanita sekaligus. Hal tersebut dilakukannya untuk menghemat belanja pernikahan yang harus dikeluarkannya apabila ia menikahi perempuan itu satu persatu.“Saya tidak tahu secara pasti berapa biaya yang harus saya keluarkan apabila saya harus mengadakan empat pesta pernikahan. Tapi saya kira mengadakannya secara sekaligus pasti jauh lebih murah," ujar sang pengantin lelaki, Milton Mbele, seperti dikutip BBC, pada 25/11/2012 .“Dengan cara ini saya hanya perlu menyewa satu tender nikah, memesan satu perusahaan katering dan juga menggunakan hanya satu fotografer untuk pernikahan saya," tambahnya. Lelaki yang berusia 44 tahun itu mengatakan, dia telah menabung untuk belanja pernikahan “massal” itu sejak tahun 2007 lalu. Persiapan acara pernikahannya sendiri dilakukan Mbele sejak awal tahun ini.Dilaporkan tindakan Mbele tersebut melanggar semua peraturan adat yang ada di Afrika Selatan mengenai praktik poligami. Tradisi di Afrika Selatan memperbolehkan poligami, namun tidak secara bersamaan seperti yang dilakukan oleh Mbele.Mbele sendiri mengaku bahawa dia mencintai semua isteri yang baru saja dinikahinya itu. Pengusaha itu memasang empat cincin pernikahan di jari-jarinya, bagi Mbele cincin tersebut adalah bukti komitmennya terhadap keempat isterinya. Dia juga berjanji akan memperlakukan isteri-isterinya secara adil.(faj)