Kelebihan Binatang Yang di Sembelih

Oh! Krai Utara

Share


Masyarakat Barat termasuk aktivis hak asasi haiwan menganggap perbuatan menyembelih haiwan yang dilakukan umat Islam mempamerkan sikap tidak berperikemanusiaan kerana banyak darah tertumpah ke bumi terutama ketika amalan korban pada Aidiladha.


Undang-undang Barat

Di Barat, undang-undang mereka memperuntukkan supaya haiwan dikenakan kejutan elektrik di kepala sebelum dibunuh, kononnya bagi memastikan haiwan itu pengsan terlebih dulu sebelum ia dibunuh.

Selain itu, kononnya tindakan mereka itu bertujuan untuk menghalang binatang berasa sakit sebelum ia mati. Tetapi sekali lagi apakah pandangan Barat ini benar?

Pendirian Islam

Pendirian Islam mengenai apa yang boleh dimakan dan apa yang diharamkan adalah jelas terutama membabitkan daging.

Dalam Surah al-Maidah ayat 5, Allah SWT menyatakan :

"Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan mati dipukul, dan mati jatuh, dan mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih, dan yang disembelih atas nama berhala."

Selain itu, Islam juga mengharamkan memakan daging haiwan tanpa disembelih seperti mencucuk leher, menghempap dengan batu atau cara selain daripada sembelihan.

Islam mengajar supaya sembelihan dilakukan dengan pisau tajam bagi memotong bahagian leher untuk memutuskan dua urat utama atau urat mareh. Kaedah ini dikaji pakar Jerman.

Haiwan Tidak Mengalami Kesakitan

Pakar itu, Profesor Wilhelm Schulze [rujuk di Wikipedia] dan rakannya, Dr Hazem di Sekolah Perubatan Veterinar, Universiti Hannover, Jerman, mencari kaedah terbaik proses mematikan haiwan bagi mendapatkan daging yang bersih dan segar.

Kajian itu bertajuk, 'Cubaan untuk mengesan kesakitan dan rasa sedar mengikut kaedah konvensional (pistol kejutan) dan agama ketika menyembelih lembu atau kambing' (Experiments for the objectification of pain and consciousness during conventional (captive bolt stunning) and religiously mandated (ritual cutting) slaughter procedures for sheep and calves) [download kertas kajian], menyimpulkan kaedah sembelihan adalah terbaik kerana lebih berperikemanusiaan.

Mereka menyimpulkan bahawa amalan mengenakan kejutan elektrik ke atas haiwan sebelum dibunuh seperti yang diamalkan oleh Barat, mendatangkan kesakitan yang amat sangat pada haiwan.

Dalam kajian itu, beberapa alat pengesan dipasang di pelbagai tempat pada otak haiwan. Alat itu dimasukkan menerusi pembedahan khas dan haiwan terbabit dibiarkan untuk pulih selama beberapa minggu.

Beberapa ekor haiwan itu disembelih mengikut kaedah Islam menggunakan tindakan pantas, memotong urat leher dengan pisau tajam. Beberapa ekor haiwan lain dibunuh mengikut kaedah barat menggunakan pistol kejutan (captive bolt pistol - CBP).

Ketika ujian dijalankan, rekod electroencephalograph (EEG) danelectrocardiogram (ECG) dicatatkan bagi mengetahui keadaan otakdan jantung semua haiwan terbabit ketika proses penyembelihan dan kaedah CBP.

Hasil ujian mendapati menurut kaedah Islam, 3 saat pertama ketika disembelih, EEG tidak mencatatkan sebarang perubahan pada graf sama seperti sebelum penyembelihan. Keadaan itu membayangkan bahawa haiwan itu tidak berasa sebarang kesakitan ketika atau sebaik saja pisau memotong urat leher terbabit.

Untuk 3 saat kedua, EEG mencatatkan keadaan tidur lena atau tidak sedar diri. Ini disebabkan banyak darah mengalir keluar dari badan.

Selepas 6 saat, EEG mencatatkan paras sifar, menunjukkan haiwan itu tidak merasai sebarang kesakitan.

Ketika mesej otak (EEG) jatuh ke paras sifar, jantung masih mengepam dan badan haiwan masih dapat bergerak akibat tindak balas daripada saraf tunjang, menyebabkan semua darah keluardari badan haiwan menghasilkan daging yang selamat untuk dimakan, menurut penyelidikan itu.

Bagaimanapun, ketika mengkaji kaedah CBP, haiwan dikesan terus pengsan sebaik saja menerima tembakan CBP dan EEG menunjukkan bacaan amat sakit pada haiwan itu.

Jantung haiwan itu berhenti berdenyut lebih awal selepas terkena kejutan berbanding haiwan yang disembelih. Keadaan itu menyebabkan banyak darah masih terkumpul dalam daging dan ia sebenarnya tidak selamat untuk dimakan.

Hindari Penyakit

Kajian juga menunjukkan kaedah mematikan haiwan yang digunakan oleh Barat dan bukan Islam, turut dikatakan menjadi punca kepada penularan wabak penyakit lembu gila daripada haiwan kepada manusia.

Kaitan ini didedahkan menerusi kajian yang dijalankan oleh Universiti Texas A&M dan Agensi Pemeriksaan Makanan Kanada. Ia menyatakan, kaedah kejutan pneumatik (iaitu menembak bola besi ke otak lembu diikuti dengan mengenakan tekanan udara tinggi) menyebabkan kerosakan tisu otak serta saraf tunjang haiwan itu.

Laporan ini amat menggemparkan kerana tisu otak dan saraf tunjang adalah bahagian yang paling terjejas teruk jika dijangkiti penyakit lembu gila dan apabila ia hancur akibat kaedah berkenaan, bakteria serta protein penyakit lembu gila akan merebak ke daging.

Malah, lebih menggemparkan, kaedah ini digunakan ke atas 30-40% lembu yang dimatikan untuk diambil dagingnya di Amerika Syarikat.

Secara umumnya, sebarang penyakit daripada haiwan dapat dihindarkan dengan cara sembelihan. Ini kerana darah yang merupakan bahantara kuman, bakteria dan toksin dikeluarkan dengan banyak dari badan haiwan dalam proses penyembelian.


Daging Lebih Lembut, Segar dan Bersih

Malah, kajian lain yang dijalankan di seluruh dunia juga mendapati daging menjadi lebih lembut dan segar berbanding daging yang tidak disembelih menurut Islam seperti ujian yang dijalankan ke atas ayam sembelih dan tidak sembelih.

Ia juga akan kekal segar dalam masa yang lama disebabkan kurangnya darah dalam daging.

Kaedah Islam juga memastikan saluran udara, kerongkong dan 2 urat leher dipotong tanpa menjejaskan saraf tunjang. Kaedah ini membolehkan darah keluar membuak-buak dari badan haiwan dan menghasilkan daging yang bersih.

Jika saraf tunjang terputus, fiber saraf ke jantung akan rosak menyebabkan jantung terhenti dan darah akan terkumpul di dalam daging. Darah perlu dikeluarkan sepenuhnya sebelum kepala diceraikan. Keadaan ini akan membersihkan daging itu kerana darah bertindak sebagai perantara kepada mikro-organisma.

Belas-kasihan Terhadap Haiwan

Kajian terbabit jelas membuktikan bahawa penyembelihan menurut kaedah Islam adalah cara yang terbaik bukan saja untuk kebaikan haiwan itu sendiri tetapi juga memberi manfaat kesihatan kepada manusia.

Selain itu, Islam mengenakan beberapa langkah lain bagi memastikan penyembelihan ini dapat disempurnakan dengan lebih baik.

Dalam aspek ini, Nabi Muhammad SAW pernah mengarahkan supaya sentiasa belas kasihan terhadap haiwan dengan memastikan pisau yang digunakan benar-benar tajam bagi mengurangkan rasa sakit.

Islam menjelaskan, proses menyembelih perlu dilakukan dengan pantas bagi memutuskan salur darah ke saraf otak kerana saraf ini yang menghantar mesej kesakitan kepada otak.

Dengan itu, haiwan tidak akan berasa sakit ketika disembelih. Pergerakan dan kekejangan yang berlaku selepas haiwan itu disembelih, bukan akibat kesakitan tetapi akibat denyutan diikuti keadaan tenang.

Selain itu, sunnah Nabi Muhammad SAW juga menegaskan, adalah tidak wajar seseorang penyembelih, menajamkan pisaunya di depan haiwan yang akan disembelih atau menyembelih seekor haiwan itu di depan haiwan lain.

Dengan bukti ini, seharusnya aktivis hak asasi Barat berkempen supaya menggunakan kaedah Islam ketika proses penyembelihan serta mensasarkan kecaman mereka terhadap kaedah selain daripada Islam yang terbukti lebih kejam dan tidak berperikemanusiaan. - info-kesihatan-anda.blogspot.com
Read More - Kelebihan Binatang Yang di Sembelih

Faedah Tidur Tengahari

Oh! Krai Utara

Share

oleh Khairunneezam Mohd. Noor

Sesetengah daripada kita menganggap bahawa lelap atau tidur sebentar pada waktu siang adalah sifat orang yang malas. Tidak kurang juga yang berandaian bahawa rutin tidur sebegini mengganggu kesihatan.

Namun tidak ramai yang mengetahui bahawa tidur sebentar pada waktu siang merupakan suatu amalan harian yang telah dipraktikkan oleh umat Islam sejak dahulu sebagaimana dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW.



Ia dianggap sebagai praktis berkesan untuk menyegarkan semula badan dan minda yang juga dipanggil sebagai power nap.

Menyedari pentingnya isu itu telah menyebabkan kerajaan Amerika Syarikat beberapa tahun lalu membangunkankan National Sleep Foundation sebagai agensi khas untuk mengkaji dan mempromosikan akan kesan positif tidur di waktu siang kepada semua pihak terutama para pekerja.

Sebagai golongan pekerja dalam pelbagai sektor, perkara ini perlu diambil perhatian walaupun budaya tidur sekejap di waktu siang ini belum begitu popular di negara kita.

Bayangkan daripada pagi hinggalah ke petang kita terlalu fokus kepada tugasan dan kerja sehingga kita lupa untuk memberikan tubuh badan dan minda waktu rehat yang optimum dengan kaedah yang tepat.

Kajian Sarjana

Banyak kajian yang telah dilaksanakan oleh para sarjana dalam mengkaji akan kesan tidur sebentar di waktu siang. Mereka juga menghasilkan bahan-bahan ilmiah yang memberikan fakta tentang kebaikan tidur di waktu siang ini.

Contoh buku popular yang boleh diperoleh di pasaran adalah seperti The Art of Napping at Work karya Anthony dan Anthony, Sleep and Alertness : Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping oleh Dinges dan Broughton dan sebagainya.

Para sarjana ini cuba menghimpunkan bukti-bukti secara saintifik tentang kebaikan tidur sebentar di waktu siang terutamanya bagi para pekerja dalam mengekalkan produktiviti kerja seharian yang mantap.

Waktu Tengahari

Telah dibuktikan secara saintifik bahawa waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika.

Sistem pekerjaan yang kebiasaannya memperuntukkan waktu rehat pada waktu tengah hari perlu dimanfaatkan sebaiknya untuk tidur sejenak selain daripada makan tengah hari, berbual-bual kosong dengan rakan-rakan, melayari Internet dan sebagainya.

Pada masa inilah sistem badan manusia bersedia untuk memanfaatkan fasa berehat setelah berjam-jam keletihan akibat dipengaruhi oleh faktor suhu persekitaran serta pendedahan dan penggunaan tenaga fizikal dan mental ketika bekerja.

Keletihan bekerja memuncak pada waktu tengah hari yang mana ia boleh mendorong seseorang pekerja mempunyai perasaan tidak tenteram, tidak fokus, mengantuk dan mudah marah.

Fasa tengah hari ini dipanggil oleh para sarjana sebagai fasa kelesuan pada pertengahan hari. Tempoh untuk tidur pula dikatakan mencukupi dalam lingkungan 30 hingga 40 minit.

Ini adalah kerana waktu tidur yang berlebihan pula akan menyebabkan gangguan kepada tubuh badan yang akan menjadi lesu dan malas untuk bekerja semula.

Menyihatkan

Daripada segi fizikal, tidur sekejap pada waktu siang secara berkala membantu dalam menyegarkan otak yang memerlukan oksigen yang cukup untuk berfungsi, memperbetulkan semula fungsi jantung dan kapilari darah dalam pengaliran darah dan oksigen, memperbaiki sel-sel badan dan mengendurkan otot-otot yang digunakan secara aktif semasa bekerja sejak pagi.

Daripada aspek kesihatan mental dan psikologi pula, minda dan perasaan akan menjadi lebih tenang daripada stres sebaik bangun daripada tidur dan bersedia untuk melaksanakan kerja dengan lebih produktif, berkesan dan efisien menganjur ke petang hari.

Perspektif Islam

Daripada perspektif Islam, tidur di waktu siang turut diiktiraf sebagai salah satu amalan yang baik.

Imam al-Ghazali pernah menyatakan bahawa 'hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur sekejap pada siang hari kerana ia membantu ibadah pada malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari'.

Tidur sekejap di waktu siang bertujuan untuk menyegarkan semula bukan sahaja jasmani, malah rohani seseorang untuk beramal ibadah dan melaksanakan rutin hariannya.

Atas kesedaran tentang implikasi positif daripada tidur sekejap di waktu siang ini, banyak organisasi di Barat yang menggalakkan para pekerja untuk mengamalkannya.

Amalkan di Pejabat

Sehingga ke satu tahap, dikatakan terdapat majikan yang menyediakan ruang yang khas untuk tidur sementara (yang lengkap dengan kerusi malas, kusyen, tuala muka dan haruman) bagi para pekerjanya selain daripada pantri atau kantin untuk makan.

Majikan atau pengurusan organisasi diharapkan faham akan keperluan rehat para pekerja. Cuba elakkan untuk mengadakan mesyuarat atau memberi sebarang tugas kepada pekerja sehingga mengganggu waktu rehat tengah hari mereka.

Begitu juga dalam kalangan pekerja yang perlu mengikis pandangan serong apabila terjumpa rakan-rakan yang tidur di pejabat dan tidak memberikan banyak masa untuk makan atau bersosial pada waktu rehat.

Begitu juga dengan para pelanggan di kaunter-kaunter perkhidmatan yang perlu faham dan tidak bersungut apabila sesetengah kaunter ditutup untuk memberi ruang rehat seadilnya kepada semua pekerja.

Mungkin amalan tidur sekejap sebegini belum kelihatan praktikal dan janggal dalam kalangan warga pekerja di negara kita. Pun begitu, pokok pangkalnya sebagai orang yang bekerja kita boleh cuba untuk mengadaptasi amalan tidur sekejap ini yang telah terbukti keberkesanannya dalam mengekalkan kecergasan dan kecerdasan diri.

Sebagai pekerja, jika fizikal, mental dan emosi kita dapat direhatkan sebentar pasti kita dapat mengekalkan prestasi kerja yang baik sehingga ke minit terakhir kita bekerja sehari-harian.



http://info-kesihatan-anda.blogspot.com/2009/11/faedah-tidur-tengahari-kepada-pekerja.html
Read More - Faedah Tidur Tengahari

Cukup Tidur Mempertahankan Daya Ingat?

Oh! Krai Utara

Share

Cukup Tidur Mempertahankan Daya Ingat?


Mungkin kita tidak pernah menyangka kalau tidur ternyata diperlukan untuk daya ingat. Tanpa tidur kita akan kesulitan mengingat informasi-informasi yang kita lihat, alami dan pelajari. Namun, disini menyangkut tidur yang sehat. Bagaimana sih tidur yang sehat itu?

Tidur, baik yang berkonotasi lempeng maupun miring, memang sama-sama menyenangkan. Tidur dalam arti yang sebenarnya bisa membuat badan dan pikiran terasa segar. Berbagai bentuk informasi, baik dari proses melihat, mengalami, maupun belajar saat dalam kondisi terjaga atau terbangun akan terekam baik di memori kita, sehingga kita bisa mengingatnya. Sementara, tidur yang berkonotasi miring juga bikin senang, dengan alasan lain.




Sehabis belajar,tidur!

Hasil penelitian mengungkapkan tidur diperlukan untuk konsolidasi memori (mengingat). Artinya, tanpa tidur, segala sesuatu yang kita lihat, alami, pelajari tidak akan bisa kita ingat untuk jangka panjang. Ia merupakan pasangan abadi dari keadaan terjaga atau bangun. Ketika dalam keadaan terjaga, kita bisa melakukan berbagai aktivitas, termasuk belajar. Agar semuanya bisa dilihat kita harus tidur.


Fungsi mengingat tersebut sebenarnya cuma salah satu manfaat tidur, masih banyak lagi kegunaan tidur, tapi cuma beberapa yang sudah berhasil diungkap. “Sampai saat ini memang belum diketahui secara komprehensif menfaat tidur. Yang diketahui baru sepotong-sepotong, misalnya bermanfaat untuk konsolidasi memori (mengingat), sintesis bahan-bahan makanan atau sel-sel jaringan, restorasi kelelahan dan cedera dan sebagainya. Itu sebagian saja yang bisa diungkap oleh peneliti tidur. Tapi rasa nikmat dari kesegaran tubuh sesudah tidur yang sehat, tidak bisa dijelaskan oleh penelitian yang fragmenter ini, sehingga apa yang terjadi dari setiap jaringan/organ tubuh selama tidur, masih belum diketahui sepenuhnya,” jelas Prof.Dr.dr.H.Aboe Amar Yoesoef, SpS (k), kepala lab/SMF ilmu penyakit saraf FK Unair/RSUD Dr.Soetomo Surabaya.



Tidur mimpi mengkonsolidasi memori

Tidur sebenarnya mekanisme tubuh untuk memberikan kesempatan tubuh dan otak melakukan recovery setelah seharian melakukan aktivitas fisik dan non fisik. Tidur juga merupakan bagian dari siklus bioritme harian (sircandian).


Kita tidur bukan atas kemauan kita sendiri, melaikan atas paksaan dari jam tubuh (body clock), yang terletak di hipotalasmus. Dalam tidur normal terjadi dua fase, yakni tidur lelap dan tidur mimpi. Yang pertama itu tidur tanpa disertai dengan gerakan bola mata yang cepat (Non rapid eye movement sleep,NREMS). “tidur ini terkadang diserati mimpi, tetapi orang yang bersangkutan tidak bisa menceritakan isi mimpinya, sehingga disebut tidur tanpa mimpi,”tambah Aboe.



Sedangkan tidur mimpi adalah tidur dengan gerakan mata cepat ( rapid eye movement sleep,NREMS). Pada fase ini biasanya disertai mimpi aneh, tidak masuk akal, terkadang disertai dengan gerakan anggoata tubuh. Orang dewasa normal tidurnya terdiri atas75-80% tidur lelap dan 20-25 % tidur mimpi. Selama masih dalam toleransi otak, pergeseran persentase fase tidur tadi tidak akan mengganggu,karena ia akan kembali ke siklus semula, misalnya kalau tidur mimpinya terganggu, maka ia akan ‘dibayar’ pada kesempatan lain ketika tidak ada gangguan, sehingga pola tidur akan kembali.



Selama tidur lelap, terjadi sintesis protein dan RNA yang akan digunakan saat tidur mimpi.”jadi, selama tidur lelap terjadi pembentukan suku cadaang sel-sel tubuh untuk mengganti sel-sel rusak. Tidur lelap berguna juga untuk mencegah kelelahan fisik maupun psikis. Juga bermanfaat untuk memulihkan nyeri, luka atau cedera,
”jelas Aboe.




Selanjutnya, selama tidur mimpi diduga terjadi perbaikan, reorganisasi, serta pembentukan sircuit sususnan syaraf baru dipermukaan otak (cortex celebri) dan sistem andrenergik yang dibutuhkan untuk aktivitas sistem retikuler (ARS, Ascending reticular activity system) untuk menyiapkan kesiapsiagaan ketika bangun tidur.



“Kalau ARAS kecapekan, misalnya saja karena kurang tidur. Lama-lama kita tidak bisa bangun sempurna.” Para ahli juga berpendapat, tidur mimpi bermanfaat untuk kompetensi kognisis dan proses belajar dan mengkonsolidasi memori. Bila tidur mimpi terganggu, kemampuan belajar terganggu atau menurun.



Bisa ulang-alik

Bagaimana prosesnya sehingga kita bisa mengingat? Ketika kondisi bangun dan belajar, ada masukan yang ditangkap oleh panca indera. Lalu, masukan diteruskan ke sel otak bagian korteks, dan diterima sel saraf di hipokampus. Lalu, ketika sedang istirahat dan mulai tidur, masukan sensoris disimpan unuk jangka pendek di hipokampus, amigdala, dan korteks dalam bentuk ingatan jangka pendek (short term memory). Ini berkas proses ‘dialog’ pertukaran informasi ketika tidur. Selama tidur lelap terjadi ‘dialog’ pertukaran informasi dari hipokampus ke korteks. Sebaliknya, ketika tidur mimpi pertukaran informasi terjadi dari korteks ke hipokampus.


“Dari tidur lelap, seseorang bisa terbangun, misalnya karena batuk, mau buang air kecil, karena tempat tidur kurang nyaman. Nah, dari tidur lelap bisa berlanjut ke tidur mimpi , lalu tidur lelap lagi. Jadi, bisa berulang. Baru setelah memasuki akhir tidur, setelah tidur mimpi kita baru bangun. Jadi siklusnya dari ke bangun bisa ulang-alik, dari tidur lelap ke tidur mimpi, kecuali karena pengaruh obat,” jelas guru besar madya di FK Unair ini. “Untuk mencapai tidur berkualitas, proses bergantian tidur lelap dan tidur mimpi mesti ada. Keduanya diperlukan untuk kesehatan tidur.” Tambahnya.



Utang tidur harus dibayar

Lamanya tidur banyak dipengaruhi pelbagai faktor, seperti kebiasaan, sosiokultural, dan sebagainya. Yang berlaku umum adalah sekitar delapan jam. Dari penelitian, rata-rata lama tidur berkisar 5-10 jam dalam 24 jam sehari. Di luar itu memang ada, tapi jumlahnya kecil. Di dalamnya termasuk orang-orang yang mengaku mampu tidur Cuma 2 jam sehari.


“Kalau dia berkata benar, mungkin karena dia termasuk kelompok ekstrem itu. Kalau dia hanya sekedar ngomong, misalnya untuk menunjukkan bahwa ia butuh waktu istirahat dan sisanya untuk bekerja,mungkin ia termasuk orang yang seringkali tidur tanpa sadar, tapi tidurnya sepotong-sepotong saat mengantuk itu. Ini mungkin tidak dihitung. Yang dihitung, hanya ketika tidur terlentang enak,”rtutur Aboe

tidur orang tua umumnya singkat. Sebaliknya dengan bayi, hampir sepanjang hari dilewatlkannya dengan tidur. “selama fase bayi pertumbuhan sel-sel saraf belum sempurna, sehingga diperlukan waktu tidur lebih lama untuk perbaikan saraf, pembentukan sinap-sinap banyak yang rusak dan sel-sel banyak yang mati. Mungkin iniu yang menyebabkan terjadinya perbedaan lama tidur.”jelas pria kelahiran Bojonegoro ini.


Pada lansia,”meskipun banyak berbaring, sebenarnya mereka tidak tidur, melainkan Cuma tiduran. Tidur mereka memang semakin sulit dan sedikit. Karena itu kita perlu memberi perhatian khusus kepada mereka. Karena degenerasi sel, kemampuan memorynya sudah berkurang. Nah, kalau keadaan ini ditambah dengan kurang tidur, kemampuan memory mereka akan cepat turun,” imbuhnya.



Secara umum, manusia memiliki batas toleransi terhadap gangguan tidur selama tiga minggu.”jadi, kalau ada gangguan terus menerus selama tiga minggu, baru akan mengganggu kesehatan yang bersangkutan,”kata Aboe



“Pada mereka yang terpaksa bekerja pada malam hari pun, tubuh mampu menyesuaikan kondisi tersebut. Mungkin pada tahan awal, orang akan susah untuk memaksa dirinya tetap melek pada malam hari. Dengan berbagai upaya misalnya dengan minum kopi, akhirnya bisa berhasil. Kita memang bisa memanipulasi. Tetapi utang tidur (di malam hari) itu harus dibayar pada kesempatan pertama. Begitu itu lepas dari kewajiban untuk melek, kantuknya akan muncul. Itulah , waktu untuk membayar utang tidur malam harinya”Lewat batas tiga minggu, kemampuan sel saraf otak untuk beradaptasi menjadi luar biasa, sehingga mampu menyesuaikan pola hidup di mana malam bisa tidak tidur, dan siang hari bisa tidur.



Perubahan pola tidur ini tidak berpengaruh terhadap kesehatan selama tubuh bisa menyesuaikan diri terhadap pola tidur (yang baru), yakni malam hari melek dan siang hari tidur. Tetapi kalau dipaksakan terus, misalnya dengan menggunakan obat-obatan, tubuh tidak akan tahan juga. Akan muncul dampak tidak baik.
Gangguan kesehatan yang biasanya muncul akibat kurang tidur diantaranya adalah kelelahan, penurunan psikomotor, hipersensitif terhadap rangsangan nyeri, urang gesit, sulit dalam hubungan sosial, peningkatan libido, gangguan konsentrasi berpikir, bingung, emosi labil, ingatn menurun, dan gangguan kejiwaan. Untuk menghindari semua itu kita harus menutupi kekurangannya.(I Gede Agung Yudana)
Read More - Cukup Tidur Mempertahankan Daya Ingat?

Petua Pantang Larang Untuk Kesihatan Tenaga Batin

Oh! Krai Utara

Share

Segala apa yang dilakukan mempunyai kesan samada sertamerta atau berjangka panjang. Pelbagai petua pantang larang telah diajarkan oleh orang-orang tua Melayu bagi menjaga kesihatan tenaga batin. Ia bukan bertujuan mengharamkan yang halal tetapi berupa nasihat hasil dari pengalaman orang-orang terdahulu.

- Jangan amalkan minum air batu kerana ia mengakibatkan zakar menjadi sejuk serta lembik dan mengakibatkan batang zakar ngilu bila jima'. Batang zakar harus sentiasa panas.

Jangan makan nasi berulamkan air. Minum air setelah selesai makan nasi, melainkan jika tercekik. Kesannya sama seperti minum air batu.

- Usah amalkan makan makanan bersifat sejuk atau telah sejuk atau disejukkan. Ia boleh mengakibatkan air mani cair dan terpancut awal.

Jauhi makan makanan yang kuahnya berlinang kerana ia melemahkan zakar. Jangan terus minum air selepas makan nasi, minum hanya setelah 2 minit suapan terakhir.

- Jangan hembus nafas ketika minum, tahani nafas, ini membantu mengelakkan dari mudah lelah ketika jima'.

- Elakkan minum air ketika badan sedang panas, selepas berlari atau bekerja berat. Berehatlah terlebih dahulu, sejukkan badan, kemudian baharulah minum air.

Jangan makan kepak ayam daging kerana ia melemahkan zakar. Jangan makan nasi sejuk, panaskan dahulu.

- Kurangkan dari memakan Pisang Embun.

- Elakkan minum air selepas jan 11.00 malam walaupun air panas kerana ia melemahkan otot pinggang dan membawa sengal badan.

- Elakkan dari buang air ditempat air bertakung, carilah tempat yang kering dahulu kemudian buang air besar.

- Ini melatih mengawal otot zakar dengan baik.

- Jangan amalkan melancap kerana ia memaksa mani keluar dan melemahkan zakar.

- Jangan bersetubuh dengan perempuan yang jauh lebih tua.

- Jangan biarkan isteri menindih zakar ketika tidur. Aliran darah yang sempurna amat perlu pada zakar kerana waktu tidur darah menuju zakar, tindihan dari paha dan lutut yang sejuk membantutkan aliran dan melemahkan zakar.

- Jangan buang air kecil di atas tanah atau ketika berendam dalam air.

- Jika berumur lebih 30 tahun, elakkan dari jima' lebih dari 3 kali seminggu, kerana perlu cukup masa membina kembali tenaga batin.

- Jangan jima' di dalam air.

Jangan terus minum air selepas jima', rehat dahulu 15 minit.

- Jangan biarkan pinggang terhentak dengan kuat kerana mengakibatkan mati pucuk.

- Jangan biarkan zakar terendam begitu lama selepas klimaks.-www.phero-max.com/
Read More - Petua Pantang Larang Untuk Kesihatan Tenaga Batin

PUSPAKOM DAN Kisah Pok Mat Toyota KE20

Oh! Krai Utara

Share
Senangnya mereka menjana harta, syorkan pada kepada kerajaan, kenderaan lebih 15 tahun kita 'pulun' .Kita disembelih lagi..macam dulu-dulu juga..Kata mereka ingin meningkatkan daya saing industri automotif tempatan serta menawarkan kenderaan lebih selamat, mesra alam dan berteknologi tinggi. Sedapnya bunyinya.

Pok Mat dari Keruak Hulu Besut Terengganu pemilik kereta Toyota KE20 dua pintu, berulang alik ke masjid sesekali ke Jerteh mencari keperluan dengan kelajuan 60kms. Katanya cukai jalan perlu sebab keretanya ke Jerteh, dia tak takut disaman tetapi dia takut duitnya habis membayar saman.

Maka pergilah Pok Mat ke Puspakom Kota Bharu kerana Puspakom Kuala Terengganu lebih jauh. Setelah berpeluh sampai ke keting maka selesailah urusan Pok Mat. Dihitungnya dekat RM100 terbang dengan minyak dan keperluan lain. Itu pun nasib Pok Mat merokok cap topi merah aja. Setelah selesai maka jadilah KE20 Pot Mat tadi lebih selamat, mesra alam dan berteknologi tinggi. Itulah kelentong mereka.

Rakyat didahulukan dengan kesusahan. Tentang kenderaan kita dipulas tangan kebelakang, ditutup mata dan ditonyoh lagi. Bab insuran kita yang kena, insuran pihak ketiga berganda-ganda selepas itu puspakom pula.

Satu juta kenderaan Rm40 sudah berapa, tapi laungan mereka semakin deras rakyat didahulukan. Kita terkena aja semacam tak sepadan dengan apa yang kita dapat tapi entahlah apa difikiran mereka.

Kita kena macam dulu-dulu juga, dihulur RM1 dikautnya RM10 tapi yang tak faham-faham dapat RM1 senyumnya ke telinga. Alahai...

TULISAN ASAL:LANIISMA
Read More - PUSPAKOM DAN Kisah Pok Mat Toyota KE20

Buat Duit Dengan Catch Eye? Cara Baru Buat Duit Sambil Berblog Di Malaysia

Oh! Krai Utara

Share


klik gambar di atas atau terus ke: www.catcheye.com.my
Read More - Buat Duit Dengan Catch Eye? Cara Baru Buat Duit Sambil Berblog Di Malaysia

Warga Kuala Krai sambut baik Klinik Motocross

Oh! Krai Utara

Share

KOTA BHARU - Klinik Motocross kali ketiga anjuran Persatuan Motocross 4x4 Kelantan dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Kelantan disambut meriah warga Kuala Krai.

Klinik selama dua ha-ri yang bermula dari 16 hingga 17 Oktober tersebut disertai 58 peserta daripada seluruh Kelantan di Trek Motocross Batu Jong, Bukit Sireh, Kuala Krai.

Kesemua peserta yang hadir berjaya menamatkan kursus tersebut dan membawa pulang sijil penyertaan.

Selain klinik, pertan-dingan motocross dan cupcross turut diadakan pada tarikh tersebut dan penonton yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan daripada kugiran Moto X.

Presiden Motorcross 4x4 Kelantan, Abdul Halim Awang berkata, sambutan diterima melebihi jangkaan.

“Pada mulanya penyertaan hanya dibuka kepada 40 peserta. Tetapi memandangkan penyertaan amat menggalakkan, kami menambah bilangan peserta kepada 58 orang yang terdiri daripada ahli Motorcross 4x4 Kelantan dan bukan ahli.

“Setiap peserta yang telah mengikuti klinik ini akan diberi pendedahan mengenai teknik-teknik menunggang motocross dengan selamat. Dengan pendedahan dan teknik yang telah diajar oleh jurulatih yang berpengalaman diharap dapat dimanfaatkan sebaik yang mungkin,” katanya.

Tiga jurulatih yang mengendalikan klinik tersebut ialah Muhammad Mansor, Tuan Mansor Raja Sulaiman dan Ibrahim Muhammad yang memiliki pengalaman luas dalam sukan motocross.

Sementara itu, Setiausaha Per-satuan Motocross 4x4 Kelantan, Che Rosli Che Ismail berkata, sukan motocross diminati tak kira usia dan persatuan itu sentiasa memberi peluang kepada ahli dan bukan ahli yang berminat untuk menaik taraf sukan tersebut ke peringkat lebih baik.

Katanya, dalam pertandingan motocross dan cubcross, sebanyak 91 motosikal lasak yang terdiri daripada 33 motocross dan 58 cubcross mengambil bahagian dalam kejohanan tertutup itu.

Bagi motocross, dua kategori dipertandingkan iaitu kategori 4 Lejang (stroke) dan 2 Lejang. Kategori 4 Lejang dimenangi Mohd Zabidi Muhammad dan kategori 2 Lejang menjadi milik Mohd khairi Muhammad.

Manakala bagi kategori cubcross pula dimenangi pasangan adik beradik Mohd Khairi Muhammad dan Mohd Azwandi Muhammad yang berjaya menguasai litar tersebut dengan baik.

Hadiah disampaikan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Krai, Asisten Superintendan Idris Man.

Melihat sambutan mengga-lakkan itu, Persatuan Motocross 4x4 Kelantan menganjurkan Kejo-hanan Motocross Antarabangsa yang dijangka diadakan awal tahun hadapan. - sinar harian
Read More - Warga Kuala Krai sambut baik Klinik Motocross

Hukum STOMA: KAUNSELING STOMA DARI ASPEK AGAMA

Oh! Krai Utara

Share
KAUNSELING STOMA DARI ASPEK AGAMA
Pada hari selasa 13 Oktober 2009 Jabatan Bedah Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ II) Kota Bharu telah menganjur kursus PENJAGAAN STOMA.
Abu Anas telah diberi tajuk KAUNSELING STOMA DARI ASPEK AGAMA kepada  paramedik (kakitangan) yang terlibat dengan stoma juga pembedahan.
Stoma ialah: Penyakit yang menghalang keluar najis dari jalan asalnya kemudian doktor membuat jalan lain untuk mengeluarkan najis dengan menebuk lubang pada mana-mana bahagian badan yang sesuai pada pendapat doktor seperti diperut, leher dan lain-lain. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang stoma sila cari dalam internet.
Terima kasih kepada Akhi Dr. Zaidi dan Dr. Ahmad Shanwani pakar bedah di HRPZII yang telah memberi peluang kepada ana mengenali secara dekat STOMA ini dan berkongsi maklumat yang dibincangkan oleh para ulama’ tentang hukumnya.
Sewaktu menyediakan bahan maklumat yang akan disampaikan ana teringat kepada satu tajuk yang telah dibahaskan dalam tesis (Risalah) MA yang ana tahqiq, iaitu kitab “Al-Matlab Al-‘Aali” karangan Ibnu Ar-Rif’ah. Syeikh telah membawa teks kitab Al-Wasit karangan Imam al-Ghazali yang disyarahnya itu.
Imam al-Ghazali (yang meninggal dunia pada tahun 505H) telah membahaskan tajuk ini (stoma) dalam [Al-Wasit]:
فرع : لو انفتحت ثقبة تحت المعدة وانسد المسلك المعتاد، وخرجت منها النجاسة المعتادة انتقض الطهر؛ لأنه في معنى المنصوص.
 ولو كان السبيل المعتاد منفتحا، أو كان السبيل منسداً، ولكن الثقبة فوق المعدة، فقولان. منشأهما التردد في أنه [هل هو] في معناه أم لا؟.
Sekiranya ditebuk lubang di bawah usus besar ( bawah  pusat), jalan asalnya tersumbat, keluar najis biasa melalui jalan yang ditebuk, maka batal wudhu’.
Sekirannya jalan biasa terbuka ataupun sudah tertutup, tetapi tebukan di atas maidah (pusat), ada dua pandangan ulama’ ”.
Pertama: Tidak batal wudhu’ kerana dikiaskan kepada muntah.
Kedua: Batal memandangkan benda yang keluar itu najis.

Berhubung dengan isu ini, ulama’ kita juga tidak ketinggalan membincangkan tentang isu stoma ini. Pada 6-8 September 2007, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke -79, telah membuat keputusan:
[Hukum Pelaksanaan Ibadah Bagi Pesakit Yang Menggunakan Beg Kolostomi]
i-Pesakit yang menggunakan beg kolostomi dikategorikan sebagai mereka yang mengalami masalah darurat dan tidak dianggap sebagai menanggung najis.
Oleh itu mereka tidak perlu mengosongkan atau membersihkan beg itu setiap kali berwudhu’ atau menunaikan solat. 
ii- Wudhu’ yang diambil oleh pesakit harus digunakan untuk melaksanakan semua ibadat termasuk menunaikan solat fardu sehingga wudhu’ tersebut terbatal.
  Hujah-Hujah:
i)      Masalah Kolostomi berbeza dengan masalah sulus al-bawl (سلس البول) kerana kebersihannya lebih terjamin. Oleh itu dari sudut hukum, ia tidak boleh diqiaskan kepada mereka yang mengalami sulus al-bawl (kencing berterusan).
ii)     Memandangkan pengeluaran najis bagi mereka yang mengelami masalah kolostomi tidak boleh dikawal, mereka dianggap berada dalam keadaan dharurat yang tidak terikat dengan taklif syara’ dalam beberapa aspek ibadah. Mereka juga tidak dianggap sebagai menanggung najis dan boleh melaksanakan semua ibadat.
iii)   Pesakit-pesaki kolostomi dibolehkan mengambil sekali wudhu’ untuk semua ibadah yang hendak dilaksanakan sekiranya wudhu’ tersebut tidak terbatal. Tetapi sekiranya tiada kesukaran bagi mereka untuk memperbaharui wudhu’ ia adalah disunatkan.
iv)   Dalam keadaan dharurat seperti masalah yang dihadapi oleh pesakit kolostomi, mereka tidak terikat dengan mana-mana mazhab. Kaedah terbaik setelah dipertimbangkan semua pandangan mazhab perlu diputuskan supaya tidak menyusahkan pesakit untuk melaksanakan ibadah.
[Sumber: Kertas kerja Yang dibentangkan oleh Ybhg. Dato’ Hj Wan Mohamad (Ketua Pengarah JAKIM) dalam Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali Ke-25. Musim Haji 1430 di Persada Johor. Pada 3-5 April 2009] 
Akhirnya sama-samalah kita berdoa moga dilindungkan Allah SWT dari segala bala dan penyakit.
 اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنْ زَوَالِ نِعْمَتِكَ، وَتَحَوُّلِ عَافِيَتِكَ
وَفُجَاءَةِ نِقْمَتِكَ، وَجَمِيعِ سَخَطِكَ.
“Ya Allah, aku berlindung  dengan-Mu daripada lenyapnya nikmat yang telah Engkau kurniakan, daripada terjejasnya  kesihatan yang Engkau kurniakan, daripada bencana yang tidak disangka-sangka dan daripada segala bentuk kemurkaan-Mu”.
Read More - Hukum STOMA: KAUNSELING STOMA DARI ASPEK AGAMA

Soal Jawab : Harumkah Kentut Isa?

Oh! Krai Utara

Share

Soal Jawab Tentang Kentut

Dari mana asal kentut?
Dari gas dalam usus. Gas dalam usus berasal dari udara yg kita telan, gas yang menerobos ke usus dari darah, gas dari reaksi kimia dan gas dari bakteria dalam perut.
Apakah komposisi kentut?
Pelbagai. Makin banyak udara anda telan, makin banyak kadar nitrogen dalam kentut (oksigen dari udara diserap oleh tubuh sebelum sampai di usus). Adanya bakteria serta reaksi kimia antara asid perut dan cairan usus menghasilkan karbon dioksida. Bakteria juga menghasilkan metana dan hidrogen.
Komposisi gas tergantung apa yang anda makan, berapa banyak udara tertelan, jenis bakteria dalam usus, berapa lama kita menahan kentut. Makin lama menahan kentut, makin besar kandungan nitrogen, kerana gas-gas lain terserap oleh darah melalui dinding usus. Orang yang makannya tergesa-gesa kadar oksigen dalam kentut lebih banyak kerana tubuhnya tidak sempat menyerap oksigen.
Kenapa kentut berbau busuk?
Bau kentut busuk kerana kandungan hidrogen sulfida yang mengandung sulfur (belerang). Makin banyak kandungan sulfur dalam makanan anda, makin banyak sulfida dihasilkan oleh bakteria dalam perut dan makin busuklah kentut anda.
Telur dan daging mempunyai peranan besar dalam menghasilkan bau busuk kentut. Kacang-kacang berperanan dalam menghasilkan isipadu kentut, bukan dalam kebusukannya.
Kenapa kentut menimbulkan bunyi?
Kerana adanya getaran lubang dubur pada masa kentut dikeluarkan. Kekuatan bunyi bergantung pada kelajuan gas.
Kenapa kentut yang busuk itu hangat dan tidak berbunyi?
Salah satu sumber kentut adalah bakteria. Fermentasi bakteria dan proses pencernaan menghasilkan haba, hasil sampingannya adalah gas busuk. Ukuran gelembung gas lebih kecil dan hangat dengan produk metabolisme bakteria yg berbau busuk. Ini kemudiannya menjadi kentut, walau hanya kecil isipadunya,tapi SBD (’Silent But Deadly’).
Berapa banyak kentut dihasilkan sehari?
Lebih kurang setengah liter sehari dalam 14 kali kentut.
Mengapa kentut keluar melalui lubang dubur?
Bukankah sepatutnya gas kentut bergerak ke atas disebabkan ketumpatannya lebih ringan? Tidak demikian. Gerakan peristaltik usus mendorong isinya ke arah bawah. Tekanan di sekitar lubang dubur lebih rendah. Gerakan peristaltik usus menjadikan ruang mempunyai tekanan, sehingga memaksa isi usus, termasuk gasnya untuk bergerak ke kawasan yang bertekanan lebih rendah, iaitu sekitar lubang dubur.
Dalam perjalanan ke arah lubang dubur, gelembung-gelembung kecil bergabung jadi gelembung besar. Kalau tidak ada gerakan peristaltik, gelembung gas akan menerobos ke atas lagi, tapi tidak terlalu jauh, kerana bentuk usus yg rumit dan berbelit-belit.
Berapa waktu yang diperlukan oleh kentut untuk melakukan perjalanan ke hidung orang lain?
Bergantung kepada keadaan udara, seperti kelembaban, suhu, kecepatan dan arah angin, berat molekul gas kentut dan jarak antara ‘transmitter’ dengan ‘receiver’. Selepas meninggalkan sumbernya, gas kentut menyebar dan konsentrasinya berkurang.
Kalau kentut tidak dikesan dalam beberapa saat, bererti ianya mengalami ‘peleraian’ di udara dan hilang ditelan udara selama-lamanya. Kecuali kalau anda kentut di ruang sempit, seperti lif, kereta, kepekatannya lebih banyak, sehingga baunya akan berlegar dalam waktu yang agak lama sampai akhirnya diserap dinding.
Apakah setiap orang kentut?
Sudah pasti, kalau masih hidup. Sesaat setelah meninggalpun orang masih boleh kentut.
Betulkah lelaki kentut lebih kerap daripada perempuan?
Tidak ada kaitannya dengan jantina. Kalau benar, bererti perempuan menahan kentutnya, dan apabila mahu kentut, banyak sekali jumlah yang dikeluarkan.
Bilakah biasanya orang kentut?
Pagi hari di tandas, yang disebut ‘morning thunder’. Kalau resonansinya bagus, boleh didengar di seluruh penjuru rumah.
Mengapa makan kekacang menyebabkan banyak kentut?
Kekacang mengandung zat gula yang tidak boleh dicerna tubuh. Gula tersebut (raffinose, stachiose, verbascose) jika sampai di usus, bakteria di usus akan ‘berpesta’ dan membuat banyak gas. Jagung, kubis, susu juga penyebab banyak kentut (bukan baunya!).
Selain makanan, apa lagi penyebab kentut?
Udara yang tertelan, makan terburu-buru, makan tanpa dikunyah, minum ’soft drink’, naik pesawat udara (kerana tekanan udara lebih rendah, sehingga gas di dalam usus mengalami pengembangan & muncul sebagai kentut).
Apakah kentut sama dengan sendawa, tapi muncul dari lubang lain?
Tidak. Sendawa muncul dari perut, komposisi kimianya lain dengan kentut. Sendawa mengandung lebih banyak udara, kentut mengandung lebih banyak gas yang dihasilkan oleh bakteria.
Ke mana perginya gas kentut kalau ditahan/tidak dikeluarkan?
Ia akan diserap oleh darah, berpindah ke bahagian atas menuju usus. Namun pada akhirnya akan keluar juga. Jadi ia bukan lenyap, tapi hanya mengalami penangguhan.
Mungkinkah kentut terbakar?
Boleh saja. Kentut mengandung metana, hidrogen yang boleh terbakar (gas asli mengandung komponen ini juga). Kalau terbakar, nyalaannya berwarna biru kerana kandungan unsur hidrogen.
Bolehkah menyalakan mancis dengan kentut?
Jangan mengada-ada. Suhunya tidak cukup panas untuk memulakan pembakaran.
Mengapa kentut anjing & kucing lebih busuk?
Kerana anjing dan kucing adalah karnivor (pemakan daging). Daging kaya dengan protein. Protein mengandung banyak sulfur, jadi bau kentut binatang ini lebih busuk. Berbeza dengan herbivor seperti kambing, kuda, gajah, yang menghasilkan kentut yang lebih banyak, lebih lama dan lebih kuat bunyinya, tetapi relatifnya tidak berbau.
Betulkah pening kepala kalau mencium bau kentut 2-3 kali berturut-turut?
Kentut mengandung sedikit oksigen, mungkin sedikit saja anda mengalami pening kepala kalau mencium bau kentut terlalu banyak.
Apakah warna kentut?
Tidak berwarna. Kalau warnanya oren seperti gas nitrogen oksida, akan tahulah siapa yang kentut..hehehe
Apakah kentut itu asid atau neutral?
Asid, kerana mengandung karbon dioksisa (CO2) & hidrogen sulfida (H2S).
Apa yang terjadi kalau seseorang kentut di planet Venus?
Planet Venus sudah banyak mengandungi sulfur (belerang) di lapisan udaranya, jadi kentut di sana tidak ada kesannya.
Info : http://info-kesihatan-anda.blogspot.com/2009/09/soal-jawab-tentang-kentut.html
Read More - Soal Jawab : Harumkah Kentut Isa?

Rahsia Zikir

Oh! Krai Utara

Share
Otak menjalankan aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.
Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.
Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.
Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya. -anak senget
Read More - Rahsia Zikir

AMALAN TERBAIK DALAM HIDUP

Oh! Krai Utara

Share
nur suhana hj salleh

1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan - Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.

2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.

4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.

6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.

7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akan di kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

8. Sesiapa yang berniat mandi (untuk solat jumaat ) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.

9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.

10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi

11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.

12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makan dengan 3 jari ( ibu jari telunjuk & tengah )-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan

13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi

14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh

15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.

16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah

17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum

18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu

19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman

20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana

21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung

22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalazii m) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari

23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah

24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan - Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah

25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA

26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al- Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) - Bukhari

27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH

28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur

29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan

30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihat Nabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain ( krn bimbang terdedah aurat ) - Bukhari

31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW

32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah ) - Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh

33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari

34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun ( astagfirullahalazii m ) tiga kali - Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari

35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) - bukhari

36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang

37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut ( kerana dibimbangi terpercik ) - Abu Dawud

38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya

39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Abu Naim

40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya - Bukhari

41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya

42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya - Muttafaq Alaih

43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung ), maka berdirilah ( sbg tanda penghormatan ) - Muttafaq Alaih

44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain

45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH - Abu dawud

46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya

47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi ( apabila mendatangi rumah sahabat ) beri salam hingga 3 kali - Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar

48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah seban yak 10 kali setiap selesai solat Maghrib

49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami

50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.

Read More - AMALAN TERBAIK DALAM HIDUP

NAK SHARE BAHAYA DGN KAWAN2...

Oh! Krai Utara

Share

Sejauh mana kebenarannya...Wallahua'lam. Sesiapa yang boleh sahkan...silakan.

BAHAYA MICROWAVE OVEN

Sebelum naik rumah baru, mama mmg teringin sgt nak beli microwave. Duk tenampak2 microwave baru atas kabinet dapur..... heheheee, angan2 mat jenin. then, last week, masa tengah2 belek majalah anis kat library sekolah, mama terpandang satu article... baca punya baca, terlopong skejap, then duk alhamdulillah sorang2, 'nasib baik aku tak beli lagi.... Nak tau pasal apa? ni dia.....

BAHAYA MICROWAVE OVEN

Ketuhar gelombang mikro atau lebih popular dengan nama inggerisnya microwave oven, ialah antara gajet moden yang popular dikalangan para suri rumah dan pengusaha restoran di dunia sebagai jalan pintas menyediakan makanan untuk keluarga dan pelanggan. Ketuhar ini amat popular kerana kecekapannya memanaskan makanan dalam sekelip mata.

Lebih-lebih lagi, amat membantu pada bulan puasa, waktu sahur. Para ibu dan isteri hanya perlu masukkan makanan ke dalam ketuhar dan tekan punatnya...nyit...nyit...nyit dan tinggg.....! Makanan panas sudah pun terhidang. Justeru, hampir setiap rumah kini memiliki microwave oven.

Cara masak melawan fitrah

Cara memasak atau memanaskan makanan di atas api atau ketuhar biasa bermula dengan makanan panas di bahagian luar dahulu, kemudian barulah haba masuk ke bahagian dalam. Berlainan dengan penggunaan ketuhar gelombang mikro. Makanan yang dimasak atau dipanaskan akan menjadi panas di bahagian dalam dahulu, kemudian barulah haba bergerak ke luar.

Ini boleh dilihat dengan membakar kentang di dalam ketuhar gelombang mikro untuk satu tempoh yang agak lama,katakana sejam. Walaupun telah dimasak sejam, kentang kelihatan seperti belum masak. Tetapi jika dibelah, tiada apa di> bahagian dalamnya melainkan arang! Inilah yang dikatakan cara memasak melawan fitrah. Pastinya sesuatu yang melawan fitrah, lazimnya membawa keburukan.

Ketuhar pengancam nyawa

Ketuhar gelombang mikro diperkenalkan pada orang ramai sekitar pertengahan 1950-an. Ketika itu tidak banyak kajian saintifik terhadap kesan memakan makanan gelombang mikro. Cuma sejak kebelakangan ini barulah pelbagai kajian dan penyelidikan dilakukan terhadap kesan memakan makanan gelombang mikro kepada kesihatan manusia.

Kesemuanya merumuskan bahawa ketuhar gelombang mikro menghasilkan makanan yang sangat bahaya. Ini agak mengejutkan kerana ketuhar ini baru bersama kita beberapa dekad sahaja. Namun dalam tempoh yang singkat itu, pelbagai penyakit yang berbahaya dan pelik-pelik muncul satu persatu. Ini secara teorinya, menjelaskan penggunaan ketuhar gelombang mikro turut menyumbang kepada meningkatnya pelbagai penyakit yang mengancam nyawa!

Tidak hairan jika golongan remaja hari ini, banyak yang diserang sakit jantung, dan orang muda seusia20-an dan 30-an mati menghidap kanser.

Makanan jadi toksik

Dalam penggunaan ketuhar gelombang mikro, radiasi elektromagnetik menggerakkan molekul-molekul makanan. Molekul-molekul ini 'dipaksa' berpusing sedangkan kalau memanaskan makanan cara biasa, molekul-molekul ini bergerak dari tepi ke tepi. Keadaan berpusing ini memusnahkan molekul dan kadang kala menyusunnya semula menjadi bahan-bahan toksik yang menyebabkan alahan kepada manusia.

Badan tak kenal makanan

Yang dibimbangkan tentang penggunaan ketuhar gelombang mikro, bukan radiasi yang terhasil, tetapi bagaimana ia merosakkan DNA makanan hingga badan manusia tidak kenal bahawa apa yang ditelan itu ialah makanan. Kerana tidak mengenali makanan, badan bertindak menyalutinya di dalam sel-sel lemak sebagai perlindungan terhadap 'makanan mati'; atau badang mengumuhkannya dengan pantas.

Sesungguhnya telah banyak bukti saintifik yang didedahkan oleh saintis akan bahaya penggunaan ketuhar gelombang mikro, para pengeluar tetap mengatakan ia selamat kerana keuntungan yang diperoleh daripada penjualan ketuhar ini berlipat ganda.

Penemuan mengejutkan

Dua orang penyelidik, Blanc dan Hertel telah mengesahkan bahawa memasak menggunakan ketuhar gelombang mikro, dengan ketaranya mengubah nutrisi makanan. Hertel telah bertahun-tahun menjadi saintis makanan dan berkhidmat di sebuah syarikat makanan Swiss terkemuka. Dia dibuang kerja kerana mempersoalkan prosedur memproses makanan secara luar tabi'i. Lantas dia bergabung tenaga dan kepakaran dengan Blanc dari Swiss Federal Institute of Biochemistry dan University Institute for Biochemistry.

Kedua-dua saintis ini mengkaji kesan makanan mikro gelombang terhadap lapan individu dengan mengambil darah mereka sejurus selepas mengambil makanan gelombang mikro. Blanc dan Hertel mendapati paras haemoglobin individu-individu ini telah menurun. Hasil kajian ini menunjukkan orang yang makan makanan gelombang mikro cenderung mendapat anaemia (kekurangan darah). Situasi bertambah jelas pada bulan kedua penyelidikan. Itu baru dua bulan diberi makan makanan gelombang mikro, bagaimana kalau kita memakannya berbulan-bulan, bertahun-tahun?

Sepuluh sebab ketuhar gelombang mesti dibuang

Perhatikan fakta hasil kajian klinikal saintifik Swiss, Jerman dan Rusia di bawah ini: *** Makan makanan yang melalui proses ketuhar gelombang mikro menyebabkan kerosakan otak dalam jangka panjang iaitu ia 'memendekkan' utusan elektrik di dalam otak (depolarizing atau demagnetizing tisu otak). *** Badan manusia tidak mampu meleraikan (metabolize) bahan makanan yang dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro. *** Pengeluaran hormon lelaki dan perempuan terhenti dan/atau berubah dengan mengambil makanan gelombang mikro. *** Kesan makanan gelombang mikro sebenarnya ibarat sisa/sampah di dalam badan manusia. *** Mineral, vitamin dan khasiat makanan gelombang mikro berkurang atau berubah.. Jadi badan kita dapat sedikit sahaja manfaat makanan. Badan kita juga menyerap kompaun-kompaun yang berubah itu, dan tidak dapat meleraikannya. *** Mineral-mineral di dalam sayuran berubah menjadi radikal bebas yang menyebabkan kanser apabila dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro.

Ini antara punca mengapa pengidap kanser meningkat. *** Makanan gelombang mikro menyebabkan ketumbuhan kanser di dalam perut dan usus-juga menjadi punca meningkatnya penghidap penyakit ini. *** Makan makanan gelombang mikro berpanjangan menyebabkan sel-sel kanser meningkat di dalam darah manusia. *** Makan makanan gelombang mikro secara berterusan juga menyebabkan merosotnya sistem imun melalui kelenjar limpa dan pengubahan serum darah. *** Makanan gelombang mikro menyebabkan hilang daya ingatan, tumpuan, kestabilan emosi dan mengurangkan kecerdikan.

Fikirkan

Pernahkah kita terfikir mengapa anak-anak kita hari ini degil, keras dan gelap hati? Atau kerap berlaku 'haruan makan anak' serta amalan seks luar tabi'i? Atau pernahkah terlintas di benak fikiran kita, mengapa makin ramai yang cenderung menukar jantina - perempuan mahu jadi lelaki dan yang lelaki mahu jadi perempuan?

Fenomenanya krisis identiti dan gender kini menular dan semakin menjadi kelaziman. Antara sebabnya ialah kecelaruan hormon di dalam badan yang selain disebabkan makan makanan yang berstatus syubhah, juga berkemungkinan besar berpunca daripada makanan yang ditelan melalui proses gelombang mikro.

Selain pengusaha restoran, siapa lagi yang menghidangkan makanan yang mengancam kesihatan ini kalau bukan kita sendiri? Kitalah isteri, kitalah ibu yang kononnya sentiasa siuk. Maka ketuhar gelombang mikrolah yang kita sandarkan untuk pantas menyediakan makanan keluarga tersayang.

Jika di rumah kita ada ketuhar ini dan telah tahu akan bahayanya, hentikanlah penggunaannya. Hanya mereka yang zalim sahaja sanggup menggadai nyawa sendiri dan ahli keluarganya. Jika anda sedang berkira-kira mahu membeli ketuhar gelombang mikro, lupakan niat itu. Laburkan duit anda itu untuk sesuatu yang lebih bermanfaat untuk kesihatan keluarga. Jangan kita menjadi pembunuh kepada keluarga melalui penggunaan ketuhar gelombang mikro dengan memberi mereka makan makanan yang mengancam nyawa!-http://maemache.blogspot.com/
Read More - NAK SHARE BAHAYA DGN KAWAN2...

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...