Pilihan Raya Hulu Selangor: Penamaan 17 April, Pengundian 25 April

Oh! Krai Utara

Share

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof hari ini mengumumkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor (P.094) ialah pada 17 April manakala hari pengundian ialah pada 25 April ini.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi kawasan itu, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 25 Mac lalu akibat barah otak. Read more
Read More - Pilihan Raya Hulu Selangor: Penamaan 17 April, Pengundian 25 April

Pemergian Dr. Zainal satu kehilangan besar-Presiden

Oh! Krai Utara

Share

Oleh Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 26 Mac: PAS merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan penduduk di kawasan Parlimen Hulu Selangor di atas pemergian Ahli Parlimen Hulu Selangor, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad ke rahmatullah malam tadi.
Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini berkata, pemergian Zainal itu bukan sahaja dirasai oleh ahli keluarga Allahyarham dan penduduk Hulu Selangor, tetapi juga merupakan satu kehilangan besar kepda seluruh pejuang keadilan ke arah perubahan lanskap politik yang lebih baik di Malaysia.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berharap agar seluruh ahli keluarga Allahyarham menerima ketentuan ini dengan sabar.
“Semoga seluruh anggota keluarga beliau bersabar dengan ketentuan dan ujian dari Allah SWT ini.
“Saya berdoa semoga Allah SWT melimpahi rahmatNya ke atas roh beliau dan mudah-mudahan beliau ditempatkan bersama-sama roh para solihin dengan izin Alah SWT,” katanya.
Allahyaraham meninggal dunia jam 9.30 malam tadi di rumahnya dekat Jalan Cheras, Kajang selepas mengalami barah otak sejak sekian lama.
Beliau yang merupakan bekas Timbalan Menteri Besar Selangor di zaman BN meninggal ketika berumur 71 tahun dan meninggalkan seorang balu iaitu Datin Zaharah Mohd Zin serta empat orang anak.
Zainal menang dalam pilihan raya lalu atas tiket PKR di kerusi Parlimen Hulu Selangor selepas mengalahkan calon BN dari dari MIC, P Palanivel dengan hanya 198 undi.-Harakahdaily
Read More - Pemergian Dr. Zainal satu kehilangan besar-Presiden

PKR Yakin Pertahan Parlimen Hulu Selangor

Oh! Krai Utara

Share

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) yakin mampu mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor yang mereka menangi pada pilihan raya umum 2008 lalu.
Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh berkata, parti itu akan tetap mempertahankan penguasaan mereka di kawasan berkenaan pada pilihan raya kecil yang akan diadakan tidak lama lagi.
"Kekosongan ini berlaku dalam negeri Selangor yang sememangnya dikuasai oleh Pakatan Rakyat... insyaAllah kita tak ada masalah untuk pertahankan kerusi berkenaan," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.
Kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong ekoran kematian penyandangnya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, 71, akibat barah otak di rumahnya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras semalam.
Adik Allahyarham, Md. Hambali mengesahkan Zainal Abidin menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.27 malam.
Allahyarham meninggalkan isteri, Datin Siti Zaharah Mohd. Zin dan empat orang anak.
Selain itu Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan berkata, PKR masih belum menetapkan tarikh khas untuk mengadakan mesyuarat bagi membincangkan mengenai kekosongan kerusi berkenaan.
"Kita belum tentukan apa-apa lagi, Allahyarham baru sahaja meninggal dunia semalam, insyaAllah kita akan mengadakan perbincangan bila tiba masa yang sesuai nanti.
"Tambahan pula bagi PKR dan Pakatan Rakyat, perkara berkaitan pilihan raya adalah isu berterusan dan bukannya mengikut musim, jadi perkara sebegini sememangnya menjadi perhatian kita setiap masa," katanya.
Ditanya sama ada pihaknya sudah mempunyai individu yang sesuai untuk diletakkan sebagai calon pada pilihan raya kecil itu nanti, beliau berkata: "Dalam negeri Selangor kita memang ada ramai calon yang sesuai.
"Cuma sekarang kita perlu pilih yang terbaik dikalangan calon yang ramai itu."
Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk G Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi.
Allahyarham yang menyertai PKR pada 2005, memperoleh 23,177 undi, manakala Palanivel yang juga Timbalan Presiden MIC, mendapat 22,979 undi.mstar
Read More - PKR Yakin Pertahan Parlimen Hulu Selangor

Pilihan Raya Hulu Selangor: SPR Mesyuarat 2 April

Oh! Krai Utara

Share

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat pada 2 April ini bagi menentukan tarikh pilihan raya bagi kawasan Parlimen Hulu Selangor yang kosong ekoran kematian penyandangnya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad malam tadi.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, mesyuarat tersebut akan diadakan bersama-sama ahli lembaga pengarah suruhanjaya itu.
"Kita akan adakan mesyuarat tersebut pada pukul 10 pagi di pejabat SPR Jumaat depan.
"Saya menjangkakakan kita akan menerima notis mengenai kekosongan kerusi Parlimen Hulu Selangor akan diterima Isnin ini,” katanya kepada mStar Online hari ini.
Abdul Aziz berkata mengikut peruntukan undang-undang SPR, selepas notis kekosongan diterima, suruhanjaya itu perlu bermesyuarat dalam tempoh 10 hari untuk menentukan tarikh pilihan raya.
"Mengikut peraturan, pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari setelah speaker Dewan Rakyat memaklumkan kepada SPR mengenai kekosongan kerusi berkenaan,” katanya.
Zainal Abidin, 71, meninggal dunia di kediamannya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang, akibat barah otak, kira-kira jam 9.27 malam tadi.
Allahyarham merupakan bekas Timbalan Menteri Besar Selangor.
Pada pilihan raya umum ke-12, Mac 2008, Zainal Abidin daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) memenangi kerusi Hulu Selangor selepas mengalahkan calon BN daripada MIC, Datuk G. Palanivel dengan majoriti 198 undi.
Read More - Pilihan Raya Hulu Selangor: SPR Mesyuarat 2 April

Jenazah Ahli Parlimen Hulu Selangor selamat dikebumikan.

Oh! Krai Utara

Share

HULU LANGAT 26 Mac - Jenazah Ahli Parlimen Hulu Selangor Datuk Dr Zainal Abidin  selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melaka, Batu 9, Hulu Langat pukul 11 pagi tadi.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalib Ibrahim serta pimpinan KEADILAN pusat dan negeri mengiringi jenazah dari rumah Allahyarham di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Hulu Langat untuk disembahyangkan di Masjid Jamek Batu 10 pada pukul 10.30 pagi.

Turut hadir memberi penghormatan terakhir termasuk Ketua Umum KEADILAN Datuk Sri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Teluk Kemang Datuk Kamarul Baharin Abas, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar serta pimpinan KEADILAN.

Ratusan ahli keluarga, kenalan dan penyokong berhimpun di rumah Dr Zainal sejak semalam untuk membaca Yassin dan memberi penghormatan serta takziah kepada keluarga Allahyarham.

Beliau meninggalkan seorang isteri, Datin Siti Zaharah Md Zain serta empat orang anak. Dr Zainal yang memenangi kerusi Parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya umum ke-12 meninggal dunia pukul 9.27 semalam dikediaman beliau disisi keluarga.

Beliau menyertai KEADILAN pada tahun 2005 dan pernah dilantik menjadi Timbalan Menteri Besar Selangor pada 1999 ketika bersama Umno. Dr Zainal pernah menerajui KEADILAN Selangor sebagai pengerusi sebelum diambil alih oleh Khalid.
Read More - Jenazah Ahli Parlimen Hulu Selangor selamat dikebumikan.

Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor Tak Lama Lagi

Oh! Krai Utara

Share

PETALING JAYA: Kematian Ahli Parlimen Hulu Selangor, Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad malam tadi membuka laluan kepada satu lagi pilihan raya kecil bagi edisi ke-10 selepas pilihan raya umum 2008.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar bagaimanapun berkata, pihaknya perlu menunggu notis kekosongan daripada Speaker Dewan Rakyat berhubung kekosongan kerusi berkenaan.
"Mengikut prosedurnya kita perlu mendapatkan notis kekosongan daripada Speaker Dewan Rakyat terlebih dahulu.
"Selepas notis dikemukakan, SPR akan bermesyuarat sebelum mengumumkan kekosongan kerusi berkenaan secara rasmi," katanya kepada mStar Online di sini malam tadi.
Allahyarham meninggal dunia di kediamannya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang, akibat barah otak, kira-kira 9.27 malam ini, demikian menurut adiknya Md. Hambali Ahmad.
Zainal Abidin, 71, merupakan bekas Timbalan Menteri Besar Selangor.
Sebelum ini, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan bahawa Allahyarham mengambil cuti sakit.
Mengulas lanjut, Wan Ahmad berkata pilihan raya kecil akan diadakan kerana kekosongan berkenaan berlaku dalam tempoh tiga tahun dari tarikh pertama kali Dewan Rakyat bersidang.
"Bagi kes kekosongan ini, pilihan raya kecil akan diadakan bagi memilih wakil rakyat baru kerana ia masih berada dalam tempoh tiga tahun selepas Dewan Rakyat bersidang buat pertama kali... iaitu selepas pilihan raya umum yang lalu," katanya.
"Melainkan jika tempohnya melebihi tiga tahun daripada tarikh awal Dewan Rakyat bersidang... pilihan raya kecil tak perlu diadakan sehinggalah Parlimen dibubarkan," katanya.
Read More - Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor Tak Lama Lagi

Ahli Parlimen Hulu Selangor Meninggal Dunia

Oh! Krai Utara

Share

KAJANG: Ahli Parlimen PKR Hulu Selangor, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia di kediamannya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang, akibat barah otak, kira-kira 9.27 malam tadi, demikian menurut adiknya Md. Hambali Ahmad.
Zainal Abidin, 71, merupakan bekas Timbalan Menteri Besar Selangor. - BERNAMA
Read More - Ahli Parlimen Hulu Selangor Meninggal Dunia

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...