Oh! Politik:Keputusan tidak rasmi daripada 12 pusat DAP ketinggalan 1,029
Oh! Krai Utara
3.44 petang:Setakat jam 3 petang, peratusan keluar mengundi sebanyak 29,000 orang atau 53.02 peratus.
3.30 petang:Keputusan tidak rasmi daripada 12 pusat pengundian yang telah ditutup menunjukkan DAP ketinggalan 1,029 undi di belakang BN.
DAP mendapat 810 undi, BN 1,839 manakala bebas 15 undi.
Sudah 21 daripada 45 pusat pengundian telah ditutup setakat ini. -mkini
Oh! Politik:.BN Mula Gelabah, Taib Turun Dengan Seluruh Kabinet
Oh! Krai Utara
Oleh Dzulkarnain Taib
SIBU 16 Mei - Hampir empat jam setelah pusat mengundi di buka kem Barisan Nasional mula menunjukkan keresahan apabila Ketua Menteri, Menteri dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri turut turun menyerta perayu undi di kawasan majoriti pengundi Melayu bagi memancing undi.
Di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Perbandaran Sibu, Jalan Bandong, Tan Sri Abdul Taib, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, Menteri Kemajuan Tanah, dan Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II dan Menteri Kemudahan Awam, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan atau lebih dikenali rakyat sebagai 'Awang Tanah' turut serta memantau proses pengundian di situ.
Pusat pengundian itu berada di dalam daerah mengundi Ilir Nangka dalam kawasan DUN Nangka yang memounyai 2,600 pengundi, majoritinya adalah pengundi Melayu.
Ketua petugas Pakatan Rakyat di pusat mengundi itu, Zuraida Kamaruddin berkata setakat ini jangkaan peluang calon Pakatan Rakyat, Richard Wong Ho Leng adalah 50:50.
"Respons pengundi terutama pengundi muda Melayu amat memberangsangkan. Mereka menunjukkan keinginan mahu membuat perubahan dan saya rasa ini satu petanda yang baik memandangkan kawasan ini secara tradisi adalah kubu kuat BN. Perubahan kali di kalangan pengundi Melayu yang mula berani mengundi Pakatan Rakyat diharapkan akan mencetuskan gelombang perubahan yang lebih besar di seluruh Sarawak pada pilihan raya negeri nanti," Zuraida.-SK
Oh! Politik:.Pilihan Raya Kecil Sibu - 42 Peratus keluar Mengundi Sehingga Pukul 1 Petang
Oh! Krai Utara
SIBU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merekodkan lebih 23,000 pengundi atau 42 peratus daripada 52,158 pengundi telah menunaikan tanggungjawab mereka keluar mengundi setakat pukul 1 petang.
Proses mengundi pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Sibu bermula pagi ini sebaik sahaja pusat-pusat mengundi dibuka pukul 8 pagi ini.
Sejumlah 52,158 pengundi dijangka mengundi bagi memilih Anggota PArlimen baru di 45 pusat mengundi dengan 110 saluran di 39 sekolah, dua taman didikan kanak-kanak, sebuah pusat latihan, sebuah rumah panjang, sebuah perpustakaan awam dan sebuah pusat rekreasi awam.
Seramai 2,537 pengundi pos, terdiri daripada 1,910 anggota tentera dan 627 anggota polis telah mengundi pada Khamis dan Jumaat.
Cuaca yang baik di sebelah pagi merupakan petanda baik bagi proses penggundian untuk berjalan lancar sebaik para pengundi mula beratur sebelum pusat mengundi dibuka bagi memilih sama ada calon Barisan Nasional (BN) Robert Lau Hui Yew, calon DAP Wong Ho Leng atau calon Bebas Narawi Haron.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan kira-kira 80 peratus akan keluar mengundi bagi pilihan raya kecil ini.
Para pengundi dinasihatkan keluar awal hari ini kerana Jabatan Meteorologi Department meramalkan ribut petir di sebelah tengah hari.
Polis menggerakkan 2,000 petugas bagi memastikan penggundian berjlan lancar.Sepuluh pusat mengundi akan ditutup pada pukul 1 tengah hari, lima pada pukul 2 petang, enam pada pukul 3 petang, dua pada 4 petang dan 22 pada 5 petang.
Semua kotak undi akan dibawa ke pusat pengiraan di Pusat Sivik Sibu di sini.Keputusan bagi pertandingan tiga penjuru dijangka diumumkan oleh SPR, dan paling awal keputusan dijangka dapat dketahui ialah pukul 9 malam. - BERNAMA
Oh! Politik:.Setelah kalah hujjah, BN didakwa guna polis di Sibu
Oh! Krai Utara
SIBU, 11 Mei: Selepas terasa sukar untuk berlawan hujjah dengan Pakatan Rakyat dan DAP dalam isu penggunaan nama Allah, hari ke empat kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sibu menyaksikan polis masuk campur dan menghalang READ MORE
Oh! Politik:.DAP Cabar SUPP Debat Isu Negara Islam
Oh! Krai Utara
SIBU 11 Mei - Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mencabar Ketua SUPP Sibu, Datuk Seri Wong Soon Koh berdebat tentang negara Islam berikutan dakwaan parti itu bahawa pengundi memilih negara Islam bila mengundi DAP.
"Saya cabar Wong Soon Koh berdebat dengan saya Jumaat ini berkenaan dengan serangan beliau terhadap DAP yang menyatakan undi DAP bererti undi PAS dan negara Islam.
"SUPP mula menyerang DAP dengan menggunakan isu yang tidak lagi menjadi isu di Semenanjung yang berkaitan dengan negara Islam. Kempen ini telah dimulakan oleh Menteri Kewangan Kedua Sarawak, Wong Soon Koh.
Memang benar negara Islam adalah matlamat PAS tetapi ia bukannya matlamat Pakatan Rakyat.
"Saya mengaku, tema 'Undi DAP bererti undi untuk PAS dan negara Islam' berkesan dalam pilihan raya umum 1999 tetapi ia sudah dikebumikan apabila tsunami politik melanda negara dalam pilihan raya umum 2008," jelas Kit Siang.
Beliau berpendapat mungkin ahli strategi SUPP percaya ini adalah senjata pembunuh yang boleh menamatkan peluang calon Pakatan Rakyat, Wong Ho Leng memenangi pilihan raya kali ini.
"Saya yakin kempen ini dilakukan adalah bagi menakutkan pengundi dari kaum Cina dan juga yang bukan Islam, ketika Wong Ho Leng berada dalam keadaan sokongan 40 peratus sahaja.
"Nampaknya pemimpin SUPP yakin, apa yang tidak berlaku di Semenanjung masih berlaku di Sibu. SUPP berada dalam kebimbangan dengan perkembangan yang berlaku apabila sokongan kepada calon DAP semakin meningkat selepas dua hari berkempen.
"Dari 40%:60% antara DAP:BN kini sudah meningkat kepada 44%:56%. Ini sangat bimbangkan SUPP sehingga mengeluarkan serangan yang dianggap sebagai senjata pemusnah (killer weapon) ini," jelas Ahli Parlimen Ipoh Timur itu.
Kit Siang berpendapat senjata pembunuh yang dikeluarkan oleh SUPP sepatutnya 48 jam sebelum mengundi tetapi mereka telah menggunakan lebih awal lagi kerana melihat kepada peningkatan sokongan yang berlaku keatas calon DAP.
"SUPP sebenarnya percaya dengan strategi mereka dengan menyatakan kepada pengundi Cina 'mengundi roket bererti memilih negara Islam', disini saya ingin tegakkan Malaysia adalah sebuah negara yang sekular dan Islam adalah agama rasmi tetapi bukan negara Islam. Prisip kita konsisten dan tetap.
"DAP, KEADILAN dan PAS telah membentuk Pakatan Rakyat pada platform umum prinsip yang telah kita bina atas dasar masyarakat yang bebas, adil, jujur dan Malaysia makmur berdasarkan prinsip asas dinyatakan dalam Perlembagaan 1957 dan Suruhanjaya Cobbold 1963. Perlindungan yang diberi di bawah kedua-dua ini adalah asas pembentukan Malaysia dengan Sarawak, Sabah, dan Singapura.
"Ini bermakna negara Islam bukan dasar Pakatan Rakyat dan DAP selama ini tetap teguh pada prinsip politik kita yang ditanggung oleh nota dedikasi dan konsistensi pemimpin DAP selama puluhan tahun," katanya lagi. -SK
Oh! Politik:.Penolakan Cina, BN sukar di Sibu
Oh! Krai Utara
Barisan Nasional (BN) kini sangat bimbang menghadapi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sibu ekoran penolakan besar pengundi Cina terhadap mereka seperti ditunjukkan dalam PRK Hulu Selangor pada 25 April lalu. READ MORE
Oh! Politik:.Oiii Kami Join Pakatan La Pulak-Snap
Oh! Krai Utara
Parti Nasional Sarawak (Snap) secara rasmi menjadi anggota keempat Pakatan Rakyat, - menjelang pilihan raya kecil parlimen Sibu pada 16 Mei ini.
Mengumumkan kemasukan Snap hari ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tugas pertama parti itu ialah menyokong calon DAP yang akan bertanding di kerusi berkenaan.
Pengumuman calon Pakatan itu akan dibuat pada 27 April.
Snap adalah antara parti tertua di Sarawak dan pernah menjadi anggota parti pemerintah Barisan Nasional sebelum menjadi parti pembangkang.
Mereka tidak mempunyai sebarang kerusi di dewan undangan negeri Sarawak.
Ahad lalu, Anwar dan beberapa pemimpin Pakatan berjumpa di Sibu bagi memeteraikan kerjasama berkenaan.
Pada pilihan raya umum 2008, kekurangan penyelarasan menyaksikan pertandingan lebih dua penjuru di antara Snap, DAP dan PKR - satu tindakan yang memberi kelebihan kepada BN.