Oh !:: Kenapa Saya Berada di Perkarangan Masjid Negara?

Oh! Krai Utara

Share
Kenapa saya berada di perkarangan Masjid Negara ataupun “berpolitik” di perkarangan masjid? Ini adalah komen yang letak dalam artikel penjelasan saya yang lepas: http://teresakok.com/2010/12/16/video-youtube-yang-berfitnah-terhada p-saya/
Saya berada di perkarangan Masjid Negara pada 5 Disember 2010 adalah kerana jawatankuasa Bertindak Air telah menetapkan perkarangan Masjid Negara sebagai tempat berhimpun…READ MORE
Read More - Oh !:: Kenapa Saya Berada di Perkarangan Masjid Negara?

Oh: KE MANA ARAH TUJU PAS DALAM PAKATAN?

Oh! Krai Utara

Share
KE MANA ARAH TUJU PAS DALAM PAKATAN?

Saya terima 2 SMS dari 2 seorang sahabat di Pahang, seorang pensyarah di pusat pengajian tinggi, seorang lagi artis terkenal di KL. Mereka ini setahu saya di mana saja ada seminar atau perjumpaan Pas, dia tidak pernah tidak hadir.

Saya terfikir juga apa yang di SMS kepada saya. Ayatnya lembut, berbahasa, tidak seperti saya yang dikatakan tahu ‘tutuh’ saja. SMSnya:

SMS 1:

Pas awal-awal lagi sudah bagi amaran jangan sentuh isu negara Islam (macam pihak lain bagi amaran jangan sentuh ketuanan Melayu, kot?- saya)

Bagi Ana mengapa tak jadikan konvensyen PR pada 19hb Disember ini satu peluang untuk menjelaskan KONSEP negara Islam yang Pas impikan?(perjuangkan- saya)

Sabit itu (sebab itu) sampai sekarang Karpal Singh tak faham. Kita terpedaya,terheret sama-sama memfobia matlamat puncak menegak daulah Islamiah. Rakyat pada mulanya kabur, berjaya dibutakan apakah hala tuju Pas. Sejarah berulang. Harakah Islamiah sering mengalah dan kalah. Atas nama strategi, bertolak ansur, akhirnya ditolak beransur-ansur. Asyik jadi follower, pada hal punya kekuatan lebih dari yang lain. Negara Islam dianggap ancaman, bukan peluang oleh pejuang-pejuangnya sendiri.

Aduh, sedap juga patukan sahabat saya ini. Saya sangat berharap entry ini dapat dibaca oleh YB Salehhudin mahupun 2 Tuan Guru.

Tuan Guru Haji Hadi


Sekiranya menjadi takut kepada Karpal, bererti Pas takutlah juga kepada DAP dan menyertai PR bukan kerana berkewajipan memperkenalkan konsep negara Islam tetapi kerana mahu menang nampaknya.

Seperti Kedah sekarang, imej dan dengung-dengung pemertabatan Islamiah sudah semakin sayup. Betulkah?


SMS 2:
UMNO ATAU BN? AHHH, DUA-DUA SAMA.
Rumah di Kg Abdullah Hukum
Assalamualaikum, YB-YB, Dr-Dr dan kawan-kawan,

Ini satu lagi petaka terjadi. Kampung Kerinci sudah mahu ditukar nama ‘Bangsar South.’ Kawasan elit dibangunkan, dipecah jadi sub bandar, The Village, The Sphere, The Harizon, The Vertikal, The Park.

Kerajaan BN (Umno tonggaknya kot?) benar-benar dikelentong pemaju yang bencikan Melayu. Budayawan Bertindak ada tugas besar.

Saya dah beritahu kawan-kawan FB, untuk program di Gelanggang Abdullah Hukum.
Gabunglah Kerinci. Kalau Bricksfeild mengimpot ‘Little India’, ‘China Town’ tapi
nama tempat Bahasa Melayu dihapuskan. Ya Rabbi....
Saya termenung membaca SMS ini. Demikianlah pemerintah yang Umno di dalamnya. Sesekali nak memartabatkan Melayu, Bahasa Melayu, sesekali ketuanan Melayu. Yang kata Melayu haprak pun turut jadi haprak. - azizi haji abdullah
Read More - Oh: KE MANA ARAH TUJU PAS DALAM PAKATAN?

Oh !:: Press Statement On Wikileaks

Oh! Krai Utara

Share
As legal counsel for Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI), we are of the view that the reporting of the story in the media in particular reference to DSAI’s ongoing criminal trial is clearly subjudice and may constitute contempt of court. Commenting on the evidence and the making and publication of statements that relate to the alleged guilt is strictly prohibited. It impinges on the integrity of the trial and the Judge is duty bound to protect the sanctity…READ MORE
Read More - Oh !:: Press Statement On Wikileaks

Oh politik:: Najib - Sumpah...wallah, aku cakap! Kau tak pecaya ke? tak naik! barang tu tak naik!

Oh! Krai Utara

Share
NONEDatuk Seri Najib Razak berkata sebarang kenaikan kadar tarif elektrik akan mengambil kira kos dan beban yang terpaksa ditanggung oleh pengguna.

Perdana Menteri berkata, walaupun secara prinsipnya kerajaan bersetuju supaya kadar tarif elektrik itu disemak, ia tidak semestinya dibuat dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata, kerajaan perlu mengkaji daripada pelbagai sudut sebelum Kabinet membuat sebarang keputusan berhubung perkara tersebut.

"Tidak boleh...kerajaan (apabila) kita kata (secara) prinsip (kaji tarif elektrik), kita akan kuatkuasa serta-merta...tidak," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani ikrar memerangi rasuah oleh masyarakat peniaga di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putarajaya hari ini.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, hari ini berkata bahawa semakan tarif kadar elektrik ditangguhkan pada masa ini.

Bagaimanapun, kerajaan akan mengkaji semula kadar itu apabila keadaan lebih kondusif.
Peter Chin berkata, kerajaan pada prinsipnya bersetuju bahawa semakan tarif adalah perlu kerana kosnya telah meningkat dan harga bahan api telah meningkat.

- Bernama 

Krai: emmm nampaknya harga api ni naik lagi la, EH! tak percaya la kami! kalau tak naik boleh potong kuku laaa... orang macam kepala kerajaan malaysia ni bukan boleh pegang kata kata dia! dah berbulu telinga rakyat dengan janji manismu itu wahai incik najib oiii...dulu kata tak mau naik kau naik jua..malam jumaat ni kau mesti naik, kalau tak BN kau tak naik laa ekekekk...Oh Tidak!
Read More - Oh politik:: Najib - Sumpah...wallah, aku cakap! Kau tak pecaya ke? tak naik! barang tu tak naik!

Oh politik:: sayang Soi Lek si Porno main tikam belakang umno...

Oh! Krai Utara

Share


MCA Kacau Semangat Konvensyen

Sepatutnya Konvensyen Barisan Nasional (BN) Ahad lalu berakhir dengan memberikab gambaran bahawa suatu persefahaman dan kesepakatan telah tercapai untuk perpaduan bagi mempertahankan Putrajaya, tetapi gambaran itu hanya wujud pada ucapan bersemangat tinggi Datuk Seri Najib.
Selepas sahaja konvensyen itu, sebuah parti terbesar dalam BN yang juga kawan lama kepada UMNO telah menampakkan ketidakyakinan kepada jaminan diberikan Najib bahawa "walau apa pun anutan kepercayaan kita, taraf sosial ekonomi dan di mana sekalipun berada, kita tetap teguh berpadu di bawah payung 1 Malaysia."
Satu kenyataan Presiden MCA Dr Chua Soi Lek telah mengacau dan mengelirukan semua, gambaran jelas, indah dan gagah yang telah dibangunkan Najib semasa berucap merasmikan konvensyen itu.
Apabila konvensyen itu tamat, Soi Lek mengisytiharkan tidak lagi mahu amalan memberikan gambaran bahawa UMNO berada pada suatu taraf kepimpinan lebih tinggi dari parti-parti lain diteruskan.
Bila MCA menimbulkan soal persamaan hak di negara ini, maka keyakinan rakyat terhadap wujudnya ketidakadilan dalam perkongsian ekonomi negara semakin kuat kerana MCA adalah parti pemerintah.
Tetapi apa yang berlaku dalam DAP sendiri membuktikan dasar persamaan hak dalam kepimpinan tidak mungkin dicapai, sebaliknya lebih bersifatkan retorik indah. Lihat sahaja apa yang berlaku dalam DAP Perak yang majoriti ahlinya Cina. Orang India dipinggirkan dalam pemilihan kepimpinan peringkat negeri itu.
Sayang..Soi Lek tidak memahami ungkapan Najib bahawa "Kita telah memilih jalan yang wajar dengan mengaplikasikan kaedah integrasi di mana perbezaan unik digabungkan dalam sebuah keluarga besar, saling mengukuh dan menyokong bukannya untuk memusnahkan identiti mana-mana bangsa."
Soi Lek lebih memahami dasar dan formula DAP untuk masa depan negara. Maka itu beliau dalam keadaan sedar atau tidak akan terus menimbulkan prasangka buruk orang cina terhadap UMNO. Matlamat konvensyen BN telah dikacau dan diselewengkan dari dalam.
Sukar untuk Najib mencabut 'duri dalam daging.'
psssst: ini citer ni aku kopi dan paste dari blog aku sayang umno hii3...nampak kan dah nak pechhhah dah BN

kahhh..kahhh...kahhh...kena tikam kat belakang ker pakcik najib oiii?
Read More - Oh politik:: sayang Soi Lek si Porno main tikam belakang umno...

Oh Politik:(VIDEO) Demonstrasi Kembalikan Air Kepada Rakyat

Oh! Krai Utara

Share
Read More - Oh Politik:(VIDEO) Demonstrasi Kembalikan Air Kepada Rakyat

OH: Kasih seorang PM...Free Gifts dari PM

Oh! Krai Utara

Share
KRAI UTARA - MASA SEKOLAH DULU DIA MASIH INGAT, USTAZ DIA MENGAJARKAN KEPADA DIA AYAT-AYAT SEBEGINI, SEDEKAH YANG PALING MULIA IALAH SEDEKAH YANG PALING IKHLAS...WALAU SEDIKIT PON....SELEPAS TAMAT SEKOLAH DIA TERUS BELAJAR LAGI DAN KEKADANG DIA BERJUMPA LEBAI2 YANG SELALU BERTANDANG KERUMAHNYA...SEBETULNYA RUMAH BAPAKNYA, DIA ADA JUGA TERTANYA PADA USTAZ TERSEBUT, SEDEKAH MACAM MANAKAH YANG TERBAIK..JAWAPAN YANG DIDAPATINYA HAMPIR SAMA JUGA,

kata lebai2 tersebut yang gaya cakapnya ala2 ustaz nor deris tiadalah yang lebih baik dari sedekah yang ikhlas walau sekecik sesen pon.

dan dia mula berimpian untuk berbuat kebajikan walau sekecik manapun...sungguh mulia,

DAN SELEPAS MENJADI BAPAK MENTERI DIA TELAH BERIA IA UNTUK MENSEDEKAHKAN SEDIKIT KELEMASAN KEPADA RAKYATNYA DENGAN SEDIKIT SEDEKAH IKHLAS YANG SANGAT KECIK NILAINYA...YA DIA TELAH MENAIKKAN HARGA MINYAK BAKAR PETROL, DIESEL GAS DAN GULA...NAIKKAN SEDIKIT KATANYA...BARANG SESEN DUA...BIAR RAKYAT KITA BERGEMBIRA, INI SATU SEDAKAH YANG IKHLAS UNTUK RAKYAT DI AKHIR TAHUN.

dan, aku selalu terkenang kata2 nya si dia " jangan bagi rakyat makan gula banyak2 nanti kena kencing manis" terharunya seorang orang bila mendengar perihal kasihnya seorang bapak segala menteri kepada rakyatnya...

terima kasih bang NAJIB...kak semah terus tersenyum jua..senyum ikhlas
Read More - OH: Kasih seorang PM...Free Gifts dari PM

Oh! Artis:(PANAS) Sedutan Klip video Senario- Mazlan Pet Pet sindir Najib....

Oh! Krai Utara

Share


la la laa oh artis yang bernama mazlan pet pet ni begitu berani r weiii...korang tengok sendiri, pas tu jangan lupa ulasannya ya..ye la nak tau jugak aku apo pendaptan korang 1malaysia...keh3
Read More - Oh! Artis:(PANAS) Sedutan Klip video Senario- Mazlan Pet Pet sindir Najib....

Oh Politik:Surat Terbuka Untuk Anwar Ibrahim

Oh! Krai Utara

Share
SURAT TERBUKA UNTUK YANG BERHORMAT DSAI

Saya baru sahaja membaca kenyataan YB DSAI bahawa kenyataan menyuruh beliau berundur adalah satu perancangan. Ini rentetan Dato Zaid Ibrahim yang membuat gesaan yang sama. DSAI menyatakan bahawa saya juga telah digunakan oleh Utusan. Walaupun, pada awalnya saya berniat tidak mahu lagi menyentuh isu ini, tetapi perkataan ‘digunakan’ itu agak berat. Izinkan saya menyebut beberapa perkara;

1. Untuk pengetahuan DSAI, secara peribadi saya tidak memusuhi DS. Bahkan saya simpati dengan keadaan beliau sekarang. DS sendiri tahu adanya persahabatan yang baik antara pihak saya dan DS. Kenyataan saya tidak menyebut isu peribadi DS. Kenyataan saya hanya tentang soal keberkesanan pembangkang dan memastikan keseimbangan politik antara kerajaan dan pembangkang.
2. DSAI, biasanya apabila saya ingin melontarkan pandangan politik yang besar, saya akan merujuk terlebih dahulu kepada beberapa orang ‘pemikir politik’ yang –bagi saya- tajam dan kritis. Mereka akan memberi pandangan balas. Mereka ini sebahagian ‘tidak mesra kerajaan’ dan sebahagiannya neutral. Tapi dalam isu ‘pengunduran DSAI’, saya tidak merujuk kepada sesiapa. Saya hanya berpada dengan pemerhatian dan kajian umum saya. Ya, setiap kita di samping apa yang kita faham, kita juga mungkin mempunyai ‘instinct’tersendiri dalam mengagak sesuatu perkara. Saya sendiri agak ragu-ragu sebelum kenyataan itu saya minta moderator saya siarkan dalam Minda Tajdid. Pada awal moderator Minda Tajdid sendiri pun risau. Saya minta siarkan kerana tiada isu peribadi, ia hanya pandangan tentang politik Malaysia. Maksud saya, tiada siapa gunakan saya ketika kenyataan ini keluar.
3. Seperti yang pihak Utusan laporkan, mereka memetik dari website saya. Mereka tidak mengambil kenyataan itu dari mulut saya. Mereka memetiknya dari kenyataan yang disiarkan dalam website saya. Petikan mereka juga tepat, cuma tajuk agak ‘garang’. Bukan kenyataan exclusive untuk mereka. Sebaliknya, Malaysian Insider dan Malaysiakini mendapatkannya secara langsung dari saya. Maka, tiada perancangan antara saya dan Utusan.
4. Saya pun tidak tahu bahawa Dato Zaid Ibrahim dan Saudara Mustafa Kamil Ayyub akan membuat tindakan dan kenyataan yang seperti itu. Hal itu berlaku selepas beberapa hari dari kenyataan saya. Tentunya, saya tidak berada di belakang mereka.
5. Jasa, sumbangan dan kesan DSAI dalam bidang politik akan tetap dikenang dan menjadi sejarah tanahair. Di sudut pemikiran Islam, DSAI jauh lebih luas dari banyak pihak. Dari sudut pidato, DSAI masih mantap. Dari sudut umur, DSAI belum terlalu tua dalam politik. Namun, bagi saya jangka hayat politik seseorang bukan sahaja faktor umur dan pidato, banyak lagi persoalan lain yang wajar diambil kira. Salah satu unsur yang penting; kemampuan mengendali rakyat bawahan dan kemampuan mempengaruhi rakyat tentang idea yang dibawa. Jika hal itu mula merosot, maka tahap politik seseorang juga hakikatnya mula merosot. Jika itu dapat ditingkat, atau dipertahankan, bererti kemampuan kepimpinan seseorang masih utuh.
6. Kita tetap memerlukan pembangkang yang kuat dan berkesan dalam negara ini. Jika mereka hendak menjadi kerajaan alternative pun, mereka mestilah jadi lebih baik, terurus, meyakinkan dan berkualiti. Itulah harapan rakyat marhaen seperti saya.
7. Apapun, saya tetap bersimpati dengan pergolakan akhir PKR, parti DSAI. Namun, hal ini memang boleh dijangkakan oleh ramai pemerhati dari awal lagi. Bukanlah hak saya mencampuri parti DSAI. Tetapi hak saya memberikan harapan atau pandangan kepada Ketua Kerajaan dan Ketua Pembangkang kerana mereka mendapat peruntukan negara dan mereka penentu masa depan rakyat.
8. Apa yang berlaku, anggaplah itu pendapat saya secara peribadi. Bukan pandangan hukum, bukan juga satu paksaan. Pandangan yang boleh diterima dan ditolak. Bak kata YB Nurul Izzah, biarlah rakyat dan parti yang menentukan. Pandangan insan terdedah kepada salah dan silap. Apatahlagi pandangan insan kerdil seperti saya. Namun, masa yang berjalan dan peristiwa yang bakal terjadi akan memperlihatkan sejauh manakah kebenaran sesuatu andaian atau ramalan. Jika satu hari DSAI dapat bukti saya silap dalam andaian tersebut, maka rakyat tahu saya membuat andaian yang tidak tepat dan dengan redhanya saya akan berkata ‘andaian saya salah!’. Jika sebaliknya, maka jawapannya pun sebaliknya.
9. Sebagai muslim, apa yang penting bagi saya, hubungan ukhuwwah islamiyyah antara saya dan DSAI harap tidak terputus. Politik kepartian boleh datang dan pergi, namun hati nurani Islam kita mesti kekal abadi. Saya telah sms secara peribadi kepada DSAI, agar tidak rosak hubungan Islamiyyah ini. Pandangan saya hanya untuk renungan politik, bukan isu peribadi. Justeru, sebagai saudara muslim, saya sekali lagi –seperti kenyataan awal- pohon kemaafan atas pandangan tersebut. Namun saya masih mempercayai pandangan itu ada kebenarannya, melainkan Allah S.W.T mendatangkan hal yang sebaliknya. DIA Maha Mengetahui segalanya.
Dengan ini, saya harap kenyataan media DSAI itu dapat dilihat sekali lagi. Apa pun, sekali lagi saya ingin maklum kepada DSAI, Alhamdulillah, tiada siapa yang menggunakan saya dan kita tetap saudara muslim. Wassalam.
Mohd Asri Zainul Abidin
9 Nov 2010, 3.30 p.m
Read More - Oh Politik:Surat Terbuka Untuk Anwar Ibrahim

Oh Politik:[TERKINI] Zaid Ibrahim letak semua jawatan dalam PKR, tarik diri ...keluar PKR?

Oh! Krai Utara

Share
KUALA LUMPUR, 8 Nov — Datuk Zaid Ibrahim meletakkan semua jawatan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden di sebalik siri dakwaan pemilihan parti dicemari kecacatan dan tidak telus.

Keputusan Zaid itu, yang diumumkan selepas kira-kira 18 bulan menyertai PKR, dilihat akan memberi kesan ke atas parti, diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku penasihat, yang sedang berusaha untuk kembali pulih daripada kekalahan dua pilihan raya kecil berturut-turut dan selepas sekumpulan wakil rakyatnya keluar parti awal tahun ini.


Zaid berkata, beliau mengambil keputusan itu kerana tiada usaha di kalangan pucuk kepimpinan parti untuk menangani pelbagai isu manipulasi dan amalan-amalan pemilihan tidak adil meskipun isu terbabit telah dibangkitkan berulang kali.

“Saya ingin mengumumkan keputusan saya menarik diri daripada sebagai salah seorang calon yang bertanding jawatan timbalan presiden PKR dan kesemua jawatan yang dipegang dalam parti,” kata Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan ini dalam tulisan terbaru blognya, disiarkan awal pagi ini.

Zaid, bekas anggota Kabinet kerajaan pusat, menyertai PKR pertengahan tahun lalu. Beliau kini merupakan anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan menganggotai Biro Politik.

Bagaimanapun beliau tidak menyebut sama ada akan kekal bersama PKR sebagai ahli biasa.

Pucuk kepimpinan parti itu sebelum ini termasuk yang terbaru semalam menafikan wujudnya sebarang elemen manipulasi dan penyelewengan dalam proses pemilihan secara langsung yang julung kali diadakan.

Dalam penafian kira-kira 4 petang semalam, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail menafikan wujudnya elemen manipulasi dengan kertas undi didakwa boleh dibeli sebagaimana didakwa blogger hujung minggu lalu.

Dalam saingan jawatan timbalan presiden, Zaid berhadapan dengan cabaran dua naib presiden Azmin Ali, yang didakwa mendapat sokongan dan restu Anwar, dan Mustaffa Kamil Ayub.

Selepas 87 cabang telah menyelesaikan proses pengundian Azmin berada jauh di depan khususnya selepas pemilihan cabang-cabang Sabah kelmarin dan semalam.

Penyokong-penyokong Zaid mendakwa wujud manipulasi undi dalam proses pemilihan cabang-cabang di Sabah, tetapi ia turut dinafikan oleh jawatankuasa pemilihan pusat.

Dalam tulisan terbaru ini, tegas Zaid, beliau ditawarkan menyertai PKR di bawah kepercayaan bahawa boleh menghidupkan politik kesedaran dan progresif selain memelihara dan mengembangkan nilai-nilai politik berprinsip dan budaya dianggap penting bagi mengembangkan demokrasi dan urus tadbir pemerintahan baik di negara ini.

“(Tetapi) saya silap,” kata Zaid yang sebelum ini pernah mengkritik tatacara pemilihan dan meminta sekretariat membetulkan kelemahan dan kekurangan yang wujud.

Malah beberapa pihak meminta agar pemilihan ditangguhkan sementara segala kelemahan dapat diatasi.

Zaid menambah, di sebalik pemilihan parti insiden-insiden yang disaksikan menunjukkan kepimpinan parti membiarkan kecacatan dan penyelewengan dalam proses pemilihan demi mencapai matlamat disasarkan.

“Saya pasti mana-mana parti politik yang membawa nilai palsu dan hipokrit sedemikian tidak akan berupaya menawarkan pembaharuan bermakna kepada rakyat negara ini,” kata beliau.

Meskipun memutuskan untuk meletakkan semua jawatan dalam PKR, Zaid berkata, beliau akan kekal berpegang pada perjuangan Pakatan Rakyat dan terus membawa isu-isu menyentuh rakyat jelata.

Pakatan Rakyat turut dianggotai DAP dan PAS.

“Akhirnya, saya berharap peminat-peminat taksub Anwar Ibrahim tidak lagi menganggap saya sebagai pengacau dalam usaha menuju Putrajaya. Saya ucapkan mereka semoga berjaya,” kata beliau yang bertindak sebagai penyelaras Pakatan Rakyat dalam proses mendaftarkannya sebagai perikatan yang sah.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada kesemua ahli yang menyokongnya dan meletakkan kepercayaan terhadap perjuangan reformasi selama ini, kata Zaid, adalah sesuatu yang mengecewakan kerana tidak mampu untuk meneruskan usaha itu ekoran proses pemilihan yang cacat ini.
-themalaysianinsider
Read More - Oh Politik:[TERKINI] Zaid Ibrahim letak semua jawatan dalam PKR, tarik diri ...keluar PKR?

Oh Politik:PAS guna cara agama serang saya - Zambry

Oh! Krai Utara

Share

Dakwa Zambry, cara itu turut digunakan untuk melaga-lagakan hubungan yang baik antara beliau dan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berhubung amalan khurafat yang didakwa dilakukannya.
Read More - Oh Politik:PAS guna cara agama serang saya - Zambry

Oh Politik:Blogger Cucu Mat Kilau Keluar PKR! lompat Ke BN pulak ke?

Oh! Krai Utara

Share

Ramai yang terkejut dengan keputusan CMK untuk berundur dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam masa terdekat ini. Satu keputusan yang cukup berat dalam sejarah hidup CMK sebenarnya. Sselepas lebih 11 tahun berjuang mempertahankan Anwar dan Keadilan, akhirnya CMK tidak sanggup lagi untuk menipu diri sendiri. Selama ini apa saja yang berlaku kepada Anwar dan Keadilan pasti CMK akan pertahankan bermati-matian, sama seperti penyokong "tegar" PKR yang lain. Namun, sejak akhir-akhir ini CMK merasakan bagai satu kesalahan besar jika CMK gagal menegur dan mengembalikan semula maruah parti yang kini mula tercalar gara-gara pemilihan 2010 yang sedang berjalan sekarang ini. Budaya jahiliah kini menyelinap masuk secara meluas ke dalam parti dan ia menyebabkan hala tuju perjuangan PKR sedikit tersasar sebenarnya. Biar pun perkara ini tidak mahu diakui namun itulah hakikatnya.
Kuasa sudah mula duduk didepan dan perjuangan rakyat mula goyah sekarang ini. Semunya gara-gara beberapa kerat pemimpin yang sanggup lakukan apa sahaja demi kuasa. Masing-masing mahu menjadi pemimpin parti untuk membuka laluan mudah dipilih sebagai calon dalam pilihanraya umum akan datang. Masing-masing kini bercita-cita serta berhasrat untuk menjadi ADUN dan Ahli Parlimen selepas melihat peluang PKR menawan Putrajaya pada PRU-13 ini semakin cerah. Malah, tidak kurang juga yang menanam hasrat untuk menjadi Menteri, Timbalan Menteri, Pengarah Syarikat, Exco, Ahli Majlis dan sebagainya. Bagi mereka, harapan untuk itu semakin terpancar luas bila mana melihat gelombang kebangkitan suara rakyat kini berada ditahap yang memungkinkan agenda perubahan itu berlaku. Dek kerana cita-cita itulah, mereka yang terbabit sanggup melanggar "pantang" selama ini. Amalan yang mereka benci ketika dalam UMNO BN dulu kini menjadi mainan dek kerana jawatan dan kuasa. Politik wang, pancas memancas, fitnah, kutuk, caci mencaci, bomoh, gaduh hinggalah kepada membeli undi sudah tergamak mereka lakukan sekarang. Mungkin, merasakan tidak ada cara lain lagi untuk menang menyebabkan mereka sanggup kembalikan semula amalan jahiliah itu semata-mata mahukan kuasa. Inilah yang berlaku dalam parti mutakhir ini sebenarnya. Bacalah Lagi di sini
Read More - Oh Politik:Blogger Cucu Mat Kilau Keluar PKR! lompat Ke BN pulak ke?

Oh Politik:ADUN DAP Sekincan ditumbuk ahli umno Batu Karang?

Oh! Krai Utara

Share

SHAH ALAM 6 NOV 10: ADUN Sekinchan daripada DAP Ng Suee Lim dimasukkan hospital kerana gegaran otak selepas mendakwa ditumbuk oleh 30 orang kelmarin.

Masih bersemangat tinggi, Ng ketika dihubungi Malaysiakini berharap dapat hadir pada hari kedua sidang DUN Selangor Selasa ini.

Menurut Ng, selepas membuat laporan polis mendakwa dipukul di sebuah kunci air di Tanjung Karang Khamis lalu, beliau berasa pening dan bergegas ke Pusat Perubatan Subang Jaya.

"Saya ditumbuk tiga kali di kepala," dakwanya sambil memberitahu doktor membenarkannya keluar wad esok.

Dalam laporannya polisnya sebelum ini, NG mendakwa dipukul oleh sekumpulan yang disyakinya ahli Umno Tanjong Karang ketika bertemu dengan petani kawasan itu bagi mendengar rintihan tentang isu harga padi.

Timbalan pengerusi Umno Selangor yang juga ketua Umno bahagian itu Datuk Seri Noh Omar bagaimanapun menyifatkan tuduhan Ng terhadap ahli Umno itu sebagai "mengarut".
-Malaysiakini
Read More - Oh Politik:ADUN DAP Sekincan ditumbuk ahli umno Batu Karang?

Oh Politik:PAS serba tak kena

Oh! Krai Utara

Share
Pemimpin-pemimpin PAS menyangkal tanggapan sesetengah pihak bahawa kekalahan PAS mempertahankan kerusi DUN Galas kelmarin disebabkan wujudnya unsur sabotaj dalaman parti dan strategi berkempen PAS yang terlalu defensif terutama ketika menghadapi jentera diketuai Tengku Razaleigh Hamzah.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS pusat Datuk Abdul Halim Abdul Rahman memberitahu The Malaysian Insider, khabar itu adalah permainan umum di sesawang Internet sahaja.

“Saya rasa soal strategi tidak ada ada kaitan. Isu itu main dalam pasaran (Internet),” jelas beliau.


KAH KAH KAH.. JELASLAH KITA DIPIMPIN MANUSIA YANG BAGAIMANA?

BILA STRATEGI SUDAH DIKIRA TIDAK PENTING DAN TIDAK BERKAITAN DENGAN KEMENANGAN DAN KEKALAHAN IA SUNGGUH MALANG UNTUK KITA BERJUANG.

DISISI LAIN PAS MENERIMA HAKIKAT BAHAWA KEBERADAAAN TENGKU RAZALIEH DIGALAS ADALAH SATU PERANGKAP BUAT PAS YANG SULIT DIATASI.. BUKANKAH PELANTIKAN KULI JUGA ADALAH STRATEGI MUSUH UNTUK MENGHADAPI PAS?

BINGAI KE TAK BINGAI BILA KATA STRATEGI TIADA KAITAN PIRAAHHHH....

JANGAN BUAT BODOH;LAH OUIII PEMIMPIN...

Read more: http://suwaritimur.blogspot.com/2010/11/bedallah-paspengarah-strategi-yang.html#ixzz14Tzin4iV
Read More - Oh Politik:PAS serba tak kena

Oh Politik:Ku Li - Terima kasih PAS

Oh! Krai Utara

Share
Pengarah jentera BN bagi pilihan raya kecil DUN Galas Tengku Razaleigh merakamkan penghargaannya kepada PAS kerana "tidak menimbulkan banyak masalah" kepadanya sepanjang 10 hari berkempen.

"Saya juga telah menasihatkan pemimpin BN supaya tidak menyentuh peribadi pemimpin lawan mereka demi menjaga pemuafakatan dalam membela hak rakyat," katanya dalam sidang media di kediamannya di Bukit Cekati selepas pengumuman kemenangan BN malam ini.


tengku razaleighTengku Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang berkata, beliau tidak merasakan PAS telah melancarkan serangan peribadi terhadapnya sepanjang tempoh kempen tersebut.

"Kalau dia nak tuduh saya, biar dia tuduh. Saya tidak perlu jawab kerana tidak benar," katanya lagi.


Dalam pada itu, beliau turut ditanya sekiranya kemenangan ini menandakan sokongan masyarakat mula berubah kepada BN selepas penolakan dalam pilihan raya umum 2008.

"Tak tahulah ini boleh jadi ukuran sama ada rakyat boleh terima kita balik," katanya.

Namun, katanya, ia tetap menunjukkan sokongan hebat masyarakat tempatan yang mahukan "perubahan."

"Ramai golongan muda beri sokongan kepada kita, menampakkan mereka mahu kepada perubahan, mereka mahukan pembangunan yang memberi makna kepada mereka seperti peluang pekerjaan dan perniagaan," katanya.

Menurutnya lagi, cara lama dengan menggunakan media tradisional yang dikawal ketat oleh kerajaan, tidak lagi berkesan dalam kempen pilihan raya.

Sebaliknya pendekatan melalui media baru yang lebih bebas sepatutnya digunakan bagi memikat hati rakyat, tambahnya.

"Saya ingin pergi lebih jauh dari sini dan tidak lagi gunakan cara tradisi.

"Masa sudah sampai untuk kita bebaskan media supaya tidak dikawal begitu ketat.

"Memang wajar pertimbangkan supaya media dibebaskan supaya tidak begitu dikawal.

"Kita tengok ancaman keselamatan pun dah berkurangan," katanya dan menambah, masyarakat sekarang lebih banyak memilih media alternatif," katanya lagi.


Sementara itu, Bernama melaporkan pengerusi badan perhubungan BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed menganggap kemenangan besar BN di kawasan DUN Galas sebagai sesuatu di luar jangkaan yang memberikan petanda kebangkitan BN di Kelantan.

"Kemenangan ini sesuatu yang di luar jangkaan kerana pada awalnya kita jangkakan peluang 50-50 atau menang tipis, tetapi peningkatan jumlah undi ini sesuatu yang di luar jangkaan. Ini petanda yang baik, bermakna rakyat telah terima transformasi yang dibuat kerajaan BN dan menolak strategi pembangkang yang menabur fitnah, bongkak dan kasar," katanya ketika ditemui pemberita di Dewan Sivik Gua Musang malam ini.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata pendekatan kempen sederhana yang diterajui Tengku Razaleigh mendatangkan hasil yang membanggakan dan boleh dipraktikkan di peringkat nasional.

Katanya beliau yakin calon BN, Abdul Aziz Yusoff mampu menggalas tanggungjawab yang diamanahkan bagi menyelesaikan masalah dihadapi rakyat di DUN itu.

Ditanya mengenai sama ada kemenangan itu akan menjadi titik kejatuhan Pas di Kelantan, Mustapa berkata "Saya tidak mahu tamak dan takbur, kita diajar bersederhana, tetapi ia akan memberi keyakinan dan semangat kepada BN Kelantan".

Naib Presiden MCA Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata pengundi Cina telah membuktikan sokongan mereka di Galas bahawa mereka mahukan kemajuan yang hanya mampu dilakukan oleh BN dan menerima konsep perpaduan 1Malaysia.

"Masyarakat Cina sudah jemu dengan janji kosong kerajaan Pas Kelantan yang gagal memberi kemajuan kepada mereka. Saya juga ucap terima kasih kepada jentera MCA yang pro-aktif sepanjang kempen PRK Galas," katanya yang juga menteri pelancongan.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata kemenangan besar BN menunjukkan rakyat sudah hilang kepercayaan kepada pembangkang yang kini banyak dibelenggu masalah dalaman parti sehingga menyebabkan mereka bergaduh sesama sendiri.

"Ini menjadikan mereka lebih sibuk untuk mendapatkan kedudukan di dalam parti daripada memberikan perhatian kepada masalah rakyat," katanya yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata kemenangan BN akan menyuntik semangat baru kepada jentera wanita Umno di seluruh negara.

"Komitmen dan kerja keras wanita Umno turut menyumbang BN menang besar di Galas dan Batu Sapi," katanya.

Pengerusi Parti Progresif Rakyat (PPP) Kelantan, Datuk Nik Sapeia Nik Yusof berkata kemenangan BN itu menandakan rakyat Kelantan menerima kepimpinan dan dasar yang dilaksanakan Perdana Menteri.

"Kejayaan ini juga dicapai melalui rangkaian kerja yang menepati kehendak rakyat di Galas diterajui Tengku Razaleigh," katanya.

Pengerusi Veteran Umno Kelantan, Datuk Rozali Isohak berkata kemenangan besar BN kali ini membuktikan gandingan mantap antara Tengku Razaleigh dan Mustapa yang terbukti sebagai tokoh berjasa dalam membangun dan memajukan rakyat Kelantan.

"Saya harapkan wakil BN di Galas dapat bekerja kuat untuk memastikan kemenangan dikekalkan dalam pilihan raya umum akan datang," katanya. - petikan dari malaysia kini
Read More - Oh Politik:Ku Li - Terima kasih PAS

Oh Politik:BN menang Besar Di Galas dan Batu Sapi

Oh! Krai Utara

Share
7.30pm: Sehingga waktu ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan BN mendahului dengan majoriti 1,069 undi. PAS ketinggalan dengan 4,108 undi, berbanding BN yang mendapat 5,177 undi.
Galas BN menang Majoriti 1069! (Tak rasmi)
Batu Sapi BN Menang Majoriti 3342!
Read More - Oh Politik:BN menang Besar Di Galas dan Batu Sapi

Oh Politik:Batu Sapi milik BN

Oh! Krai Utara

Share
Calon BN, Datin Linda Tsen dilaporkan tiba di rumah tetamu Ketua Menteri, Sabah, Datuk Seri Musa Aman di Sandakan. Beliau diberi tepukan gemuruh daripada penyokong.

Setiap kali saluran yang dikira memihak BN, tepukan gemuruh bergema daripada skrin besar yang dipasang.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Musa sedang makan malam dan dijadualkan ke pusat penjumlahan undi di Dewan Masyarakat Sandakan, selepas itu.

6.55pm: Calon PKR Ansari Abdullah tiba di pusat penjumlahan undi dengan diiringi sekumpulan kecil penyokong.

Presiden SAPP yang juga calon parti itu, Datuk Yong Teck Lee tiba beberapa minit kemudian dan diikuti oleh pegawai SPR yang membawa kotak undi dari 12 pusat pengundian untuk dijumlahkan.

6.47pm

Linda Tsen (BN-PBS) -5,051
Yong Teck Lee (SAPP) - 1,018
Ansari Abdullah (PKR) - 1,709
Undi rosak votes - 420
Majoriti -3,342
Read More - Oh Politik:Batu Sapi milik BN

Oh Politik:Sokongan BN dahului PAS di GALAS!

Oh! Krai Utara

Share
Oleh Syed Mu’az Syed Putra
GUA MUSANG, 2 Nov — Ketika tinggal dua hari lagi menjelang hari pengundian, seramai 93 peratus pengundi telah menetapkan pilihan masing-masing dengan Barisan Nasional (BN) dilihat mendahului pesaingnya dalam pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Sekitar tujuh peratus pengundi masih belum membuat pilihan mereka sehingga semalam.

PAS yang pertama kali menguasai kerusi Galas, yang terletak dalam bahagian Parlimen Gua Musang dua tahun lalu, menerima sokongan 42 peratus berbanding BN yang menjadi pilihan 51 peratus.

Sebelum ini, PAS berkata ia memulakan kempennya dengan asas sokongan pada tahap 48 peratus dan menganggapnya ‘underdog’ dalam mempertahankan kerusi tersebut.

Tiga hari lalu ia berkata sokongan itu meningkat sedikit kepada 49 peratus.

Dan, kumpulan pengundi ‘atas pagar’ ini dilihat akan menentukan bakal keputusan DUN Galas - pilihan raya kecil kedua di Kelantan sejak 8 Mac 2008.

Kempen pilihan raya kecil yang sudah masuk hari ketujuh hari ini menyaksikan perubahan yang ketara dari segi sokongan pengundi terhadap parti yang bertanding.


Walaupun kedua-dua parti mempunyai pendekatan yang berbeza untuk mendekati pengundi, namun dilihat pengundi lebih cenderung kepada BN yang meletakkan Setiausaha Umno Gua Musang Abdul Aziz Yusoff berbanding PAS yang memilih pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang Dr Zulkefli Mohamad.

Bagi Dr Zulkefli cabaran di DUN Galas merupakan percubaan keempat dalam pilihan raya.

Seramai 11,553 pengundi layak untuk mengundi dalam pilihan raya kecil kali ini iaitu Melayu 7,125 orang atau 61.7 peratus, kaum Cina 2,317 atau 20.06 peratus, India 185, Bumiputera Siam 10 orang dan Orang Asli 1,889 orang.

Tinjauan The Malaysian Insider, yang dilakukan dengan mengambil kira komposisi pengundi mengikut kaum, menunjukkan BN dan PAS masih hampir seimbang dalam mendapatkan sokongan pengundi Melayu.

Seramai 46 peratus dikatakan akan memilih BN manakala 42.6 peratus lagi akan memberikan sokongan kepada PAS dengan 11.4 peratus masih belum membuat sebarang keputusan.

Pada hujung minggu lalu PAS mengatakan bahwa pengundi Melayu akan menjadi penentu kemenangan di Galas kali ini.

Di kalangan pengundi Cina pula, yang kebanyakannya tinggal di kawasan bandar, BN menjadi pilihan mereka apabila 57 peratus mengatakan akan memilih Abdul Aziz manakala 43 peratus pula memihak kepada PAS.

Sokongan Orang Asli dilihat masih kekal dengan BN dengan 63 peratus mengatakan bahawa akan memberikan sokongan kepada BN manakala selebihnya 37 peratus memihak kepada PAS.

Pandangan sebelum ini menyebut hampir tiga perempat akan menyokong BN memandangkan ia merupakan kubu kuat BN dan atas kepimpinan personaliti Tengku Razaleigh Hamzah di Gua Musang.

Sementara itu, bagi sokongan pengundi India pula nampaknya ia masih sama rata apabila 50 peratus memihak kepada BN dan 50 peratus lagi akan mengundi PAS.

Kajian juga mendapati perubahan pilihan banyak berlaku di kalangan pengundi Melayu ekoran dakwaan kegagalan kerajaan negeri menyelesaikan banyak masalah seperti isu tanah, perumahan dan air.

Malah terdapat juga rungutan di kalangan pengundi Cina, yang tinggal di kawasan luar bandar, yang mana mereka mengatakan banyak permintaan mereka tidak dipenuhi.

Bagi Orang Asli pula, walaupun BN masih mendapat sokongan lebih, namun sekiranya tiada usaha-usaha dilakukan kemungkinan besar ia boleh menjejaskan arah aliran sokongan kepada BN dalam pilihan raya kecil DUN Galas.

Kerusi DUN Galas mempunyai 13 daerah mengundi termasuk Lojing (606 pengundi), Sungai Ber (411 pengundi), Belatim (160 pengundi), Balar (232 pengundi), Bihai (278 pengundi), Hau (254 pengundi), Kampung Pulai (471 pengundi), Kampung Baru (2,150 pengundi), Bandar Lama Gua Musang (1,562 pengundi), Bandar Baru Gua Musang (1,058 pengundi), Kampung Batu Papan (1,739 pengundi), Lepan Tupai (593 pengundi) dan Sungai Terah (1,912 pengundi).

Kawasan Orang Asli melibatkan enam daerah mengundi iaitu Lojing, Sungai Ber, Belatim, Balar, Bihai dan Hau.

Bagi kawasan bandar pula melibatkan tiga daerah mengundi termasuk Kampung Baru Gua Musang, Bandar Lama Gua Musang dan Bandar Baru Gua Musang.

Sementara itu, kawasan luar bandar pula melibatkan empat daerah mengundi iaitu Kampung Pulai, Kampung Batu Papan, Lepan Tupai dan Sungai Terah.

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada PAS, Che Hashim Sulaima, 46, yang meninggal dunia akibat barah usus pada 27 September lepas.

Che Hashim menewaskan calon BN Mohamed Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi pada pilihan raya umum 2008.


The Malaysian Insider
Read More - Oh Politik:Sokongan BN dahului PAS di GALAS!

Oh Politik:Politik Kita Memerlukan Anjakan Baru

Oh! Krai Utara

Share

Saya rasa politik kita memerlukan nafas baru. Seperti mana UMNO memperkatakan keperluan anjakan baru dalam politik mereka, demikian saya fikir pihak pembangkang pun perlu mula memperkatakan hal yang sama. Saya seperti kebanyakan rakyat marhaen yang hanya ingin melihat kesejahteraan negara berteraskan kerajaan yang amanah dan pembangkang yang berkualiti. Sudah banyak diperkatakan, dikritik dan diulas mengenai kerajaan hari ini. Kita jangan lupa pembangkang juga perlu untuk diberikan penilaian tentang peranan mereka yang diberi amanah dalam Parlimen kita. Ini kerana dalam konteks politik kita kualiti kerajaan dan pembangkang menjaga kemaslahatan negara. Ada beberapa perkara yang mungkin perlu dinilai:
1. Kita perlu politik idea iaitu politik yang berteraskan kebijaksaan dan pemikiran yang bernas dalam memajukan masyarakat dan negara. Kita tidak mahu politik sekadar kutuk-mengutuk, maki-memaki dan hina menghina tanpa sebarang cadangan yang membina dan memajukan pemikiran rakyat. Kita mahu ahli-ahli politik kita berkualiti sehingga kita rasa mereka layak mewakili kita atas kebolehan kepimpinanan mereka yang berteras ilmu dan budi.
2. Justeru, politik kita memerlukan watak-watak baru yang bernas, matang dan tangkas. Mereka yang disifatkan oleh sarjana politik Islam sebagai mempunyai ‘al-quwwah’ (kemampuan) dan al-Amanah(amanah). Mereka yang berteraskan politik idea dan nilai, bukan politik duit, atau politik taukeh. MAKA, semua ahli politik yang merasakan zaman mereka sudah habis, berilah laluan kepada mereka yang baru demi untuk kebaikan rakyat. Samada di pihak pembangkang ataupun kerajaan, hal yang sama mesti dilakukan. Ramai pelakon veteran sudah tidak sesuai menjadi ‘hero’ dalam pentas baru politik hari ini. Biarlah mereka tersimpan dalam diari sejarah politik kita dengan kadar sumbangan yang telah dibuat. Jika Tun Abdulllah pun bersara, makin mereka yang ‘sewaktu’ dengannya dalam pembangkang pun perlu bersara. Kata-kata Prof A. Aziz Bari mungkin patut dinilai semula.
3. Di samping menghormati sumbangan, saya rasa Ketua Pembangkan DSAI, sudah sampai masanya untuk bersara ‘politik’. Sudah banyak rentak tari politiknya yang makin tidak ‘seimbang’. Zamannya mungkin makin menyusur pergi. Saya tidak fikir generasi baru terus bertahan untuk melihat ‘story-design’ politik yang sama. Berilah peluang untuk beliau berundur dengan aman. Demi untuk mengujudkan pembangkang yang lebih berkualiti dan berkesan. Saya rasa beliau perlu menerima hakikat ini. Demikian setiap kita ada hari datang dan hari pergi. Biarlah kita datang disambut mesra, dan kita pergi diucapkan terima kasih dan hormat, bukan dipaksa keluar.
Maaf atas pandangan ini. Saya insyaAllah, tiada apa-apa kepentingan kedudukan ataupun jawatan atas pandangan yang seperti ini. Saya tahu sesetengah pembangkang cepat ‘melenting’ jika ada pandangan yang mereka tidak setuju. Namun, mereka kena ingat banyak pandangan yang saya tajam terhadap kerajaan, alhamdulillah mereka tidak melenting, sebaliknya berinteraksi dengan baik.
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Read More - Oh Politik:Politik Kita Memerlukan Anjakan Baru

Oh Politik: Najib - Saya Kena Berehat, kena penyakit cacar.

Oh! Krai Utara

Share
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dinasihatkan agar berehat di kediaman dan mengelakkan daripada menghadiri semua majlis rasmi berikutan rawatan perubatan selepas terdapat simptom penyakit cacar.
Penasihat media beliau, Datuk Seri Jalaludin Bahaudin, dalam kenyataannya menyatakan bahawa Perdana Menteri mula merasa kurang sihat dan kemudian didapati ada ruam panas, sakit otot dan sendi pada hari terakhir Sidang Kemuncak Asean ke-17 dan berkaitan di Hanoi, Vietnam selama tiga hari.
"Setibanya di Subang (Selangor) hari ini, beliau menunjukkan ada tanda-tanda awal menghidapi penyakit cacar dan dengan segera mendapat rawatan. Oleh kerana ubat diberikan awal, Perdana Menteri menunjukkan respon yang baik," katanya sambil menambah doktor peribadi Najib menasihatkan Perdana Menteri berehat di kediaman dan mengelak daripada menghadiri semua majlis awam dan rasmi.
"Perdana Menteri memohon maaf atas segala kesulitan," kata Jalaludin.-BERNAMA
Read More - Oh Politik: Najib - Saya Kena Berehat, kena penyakit cacar.

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...