Pendidikan percuma tanggung jawab kerajaan pusat - bung nuar
Oh! Krai Utara
Anwar: Pendidikan percuma tanggungjawab pusat
SHAH ALAM - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi alasan Selangor tidak melaksanakan pendidikan percuma kerana ia adalah tanggungjawab kerajaan pusat biarpun Selangor mencatat lebihan RM2.5 bilion tahun lepas.Menurut Anwar, pendidikan percuma mampu dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan kerana dakwanya, hasil kelapa sawit dan petroleum negara menghampiri RM150 bilion setahun. Bagaimanapun beliau sedia maklum kerajaan persekutuan mengalami defisit.Anwar yang juga penasihat ekonomi Selangor berkata demikian dalam ucapannya "Pendidikan Percuma di Malaysia Suatu Realiti" di Konvensyen Antarabangsa Pendidikan anjuran Unisel dan kerajaan negeri di sini.Kerajaan Selangor mempunyai dua universiti iaitu Universiti Selangor (Unisel) yang mempunyai kampus di sini dan Bestari Jaya manakala Kolej Universiti Islam Selangor di Bangi.Sementara itu, ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Cina bahawa satu acara Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Kulim pada 2 Februari lepas dicemari dengan tarian menjolok mata, beliau berkata, jika berlaku perkara yang kurang sopan, parti itu akan mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab.Ditanya apakah bentuk tindakan yang bakal dikenakan, beliau berkata:" Tak tahu lagi apa tindakan, tapi kalau ronggeng sikit-sikit nak ambil tindakan apa bendanya?" -Bernama
0 ulasan:
Catat Ulasan