Oh! Lelaki pecah rumah untuk tidur bogel dengan wanita gila

Oh! Krai Utara

Share

myMetro
LAMPANG: Seorang lelaki menyelinap masuk ke sebuah rumah dan ditangkap berbaring bersama seorang wanita sakit mental, kata polis, semalam.Lelaki itu, Thong Tomee memberitahu polis, dia tidak mengadakan hubungan seks dengan wanita berusia 30 tahun itu dan hanya berbogel dan baring di sebelahnya kerana dia merasa panas. Adik lelaki wanita pesakit mental itu memberitahu polis, dia dan anggota keluarganya keluar membeli-belah dan meninggalkan wanita itu berseorangan di rumah.Apabila mereka pulang, mereka melihat sebuah motosikal di letak di hadapan rumah dan mengesyaki rumah mereka dipecah.Mereka terus ke bilik adik perempuan mereka dan terkejut melihat Thong tidur dalam keadaan berbogel di sebelahnya.Suspek didakwa menceroboh dan berkelakuan tidak senonoh. Wanita itu akan diperiksa sekiranya ada tanda dirogol. - JP

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...