Ketenangan yang terganggu! Mayat jatuh dari langit di kota london
Oh! Krai Utara
Ketenangan sebuah daerah di pinggiran kota London, terganggu ketika sesosok mayat tiba-tiba jatuh dari langit. Polis yang menyiasat kes ini kemudian menyimpulkan bahawa mayat tersebut adalah imigran gelap yang menumpang pesawat secara haram.Diberitakan al-Arabiya yang mengutip akhbarThe Sun, mayat yang terjun dari langit itu pertama kali diketahui oleh pekerja supermarket, Jamie Notley, pada Selasa 11 September 2012. Pemuda 19 tahun ini terkejut ketika mendengar suara benda jatuh yang sangat kuat.Setelah dihampiri, Jamie terkejut melihat mayat seorang kulit hitam sudah tergeletak di tanah. "Saya mencuba melihat apakah ada yang terluka. Tapi pemandangan yang ada sungguh mengerikan," kata dia.Polis yang menelusuri identiti mayat itu menjelaskan bahawa lelaki yang berumur sekitar 30 tahun itu adalah imigran gelap yang bersembunyi di roda pesawat. Lelaki tanpa identiti yang dipercayai berasal dari Afrika Utara ini diperkirakan sudah meninggal sebelum akhirnya jatuh dari ketinggian 600 meter.Lokasi jatuhnya sekitar 9 km dari Lapangan Terbang Heathrow. "Suhu pada roda pesawat mencapai -40°C di ketinggian. Jadi pada dasarnya dia kedinginan sampai mati. Tidak ada orang yang akan selamat di temperatur itu," kata Richard Taylor dari Otoriti Penerbangan Awam London.Taylor mengatakan ini bukan kali pertama imigran bersembunyi di roda pesawat. Dia mengatakan, biasanya para imigran maut ketika pesawat mendarat, tersepit struktur roda yang membuka.Lelaki itu dipercayai keturunan Anggola kerana ada saksi yang nampak pesawat Anggola terbang semasa lelaki itu jatuh disunting dari VIVAnews
0 ulasan:
Catat Ulasan