oh! amanat haji hadi : umno tuduh umno kafir ke?
Oh! Krai Utara
Dalam amanat haji hadi (tuk guru) seingat gua tak pernah ada satu pun frasa yang menuduh dan menyatakan orang umno (ahli) atau penyokong umno kafir. Dengan kata lain, sokong umno kita kafir, tak ada langsung.
Gua ingat sangat, yakin dan sangat yakin. Sebabnya, sejak umur sekolah rendah lagi, dan ketika amanat itu di keluarkan gua dah pandai membaca, lancar tidak merangkak. sudah cekap menguasai 3M (menulis, membaca, mengira). dan yang lebih penting gua memang dah mumayiz, dah tau halal haram. ertinya wa dah tahu menilai.....
dan yang penting sekali amanat itu bapak gua gantung kat ruang tamu rumah, tulisan hijau...berlatarkan kuning bersih.
dan macam gua tegaskan, tak pernah ada secoret kata yang menyatakan sokong umno = kafir, tapi yang ada hanyalah kata kata bahawa cukuplah dengan menyatakan politik suku agama suku kita boleh menjadi kafir.
0 ulasan:
Catat Ulasan