Oh artis, Cikgu Fathi Marah,mengamuk orang tegur anak dia lucah!
Oh! Krai Utara
OH! Tak patut…tak patut, memang tak patut. Ada ke patut! Seorang ibu yang amat amat perlu bagi seorang anak mendapat teguran yang baik mengamuk dan HOT! Sakan bila orang ramai menegur kelakuan lucah dan tidak bermoral anak dia di satu majlis, ala..nak marah apanya mak cik oiii, dah ko punya anak buat tak senonoh…kat khalayak awam, takkan la manusia2 yang baik budi cam kami tak leh tegur perangai jelik dan membangkit syahwat lelaki anak kau yg putih gebu tu! Ekeke
Korang jangan tak tau pulak! Bukan setakat kita…yang kecik2 ni je yang tegur perangai xsenonoh dan mempunyai rangsangan seksual tu, bapak menteri penerangan yang tengah HOT! Dengan GOSSIP! Merogol tu pun ada menegur jugak!....kau jangan laa, menteri tu jenis kurang sabar tu! Nafsu lebihhh kahhhh3 kalau betul lah dia yang rogol robengah?
Kalau nak tau aku sembang ko baca sendirik!
ISU artis `berkemban' di dalam Anugerah Skrin TV3 baru-baru ini menjadi hangat dibincangkan di media. Teguran juga telah dibuat oleh Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi YB Dato Seri Utama Rais Yatim. Akhbar Sinar melaporkan kisah artis tersebut dan mendapatkan komen dari ibu artis berkenaan yang juga seorang seni terkenal.
Bekas pengajar AF, Cikgu Fatimah (Fathi) adalah ibu kepada artis yang `berkemban' pada malam anugerah tersebut. Apabila ditanya oleh wartawan berkaitan kritikan dan teguran orang ramai termasuk dari Menteri darihal kelakuan lucah dan tidak bermoral anaknya itu, Cikgu Fathi seakan seperti mengamuk dan marah. Beliau mahu isu tersebut dihentikan kerana beliau menganggap itu sebagai isu remeh temeh.
Bagaimana seorang ibu boleh mengamuk dan marah apabila ada orang lain prihatin akan kelakuan anaknya yang terang-terang `bertelanjang' dikhalayak ramai? Sepatutnya beliau bersyukur kerana masih ada orang yang sudi menegur anaknya sekiranya beliau sebagai seorang ibu gagal membentuk keperibadian dan moral anak gadisnya itu. Malangnya, beliau masih ego dan lebih suka cerita anaknya mendapat anugerah daripada mendengar teguran terhadap perangai buruk anaknya itu.
Jika inilah perangai seorang ibu, wajarkah beliau menjadi pendidik dan dipilih sebagai tenaga pengajar di dalam AF di masa-masa akan datang? Inikah contoh dan teladan yang ingin dibawa oleh beliau kepada anak muda yang mencintai seni?
Stesyen TV dan juga pihak penganjur juga patut dipersalahkan di dalam hal ini. Pihak berkenaan seolah-olah mempersendakan Menteri yang hadir di malam tersebut dengan mempamirkan artis `bertelanjang' ini. Sewajarnya YB DSU Rais Yatim memanggil pegawai yang bertanggungjawab untuk memberikan alasan mengapa perkara seperti ini boleh berlaku.
Masalahnya, benarkah teguran YB DSU Rais Yatim itu adalah serius atau sekadar `tegur-tegur ayam'? Jika serius, tindakan tegas mestilah diambil./wfauzdin.blogspot.com
Ini entri lama aku semasa memula isu itu kuar ha3! Oh Artis: (Gossip) Si Ibu cantekkk tutup, si anak alahai berkemban je...ish!
3 Januari 2011 pada 12:19 PTG
ini namanya bodoh sombong.. seolah olah hukum Allah tu isu yang remeh... kalau tak nak ikut hukum pun jangan la nak persoal balik.. terang terang dalam quran tentang aurat wanita.. beraninya dia..