Oh !:: Obama berhenti merokok kerana takut bini!
Oh! Krai Utara
ROKOK setiap sedutan membawa padah! mungkin ayat power ni kot yang menakutkan manusia no satu amerika si Barack Obama, atau ayat yang kurang menakutkan ni, amaran kerajaan malaysia merokok menjadikan anu anda seinci pendek! ki3 takdenya aku sesaje reka ayat tu...mana tau kot2 gomen nak pakai ayat aku tu plak nak di tempelkan di bungkusan kotak rokok, glemer la aku!
yang sebenarnya camni laaa...
Jurucakap Rumah Putih, Robert Gibbs sudah tidak menghisap walau sebatang rokok sejak Mac lalu, .
Tetapi, Gibbs tidak pula mengisytiharkan Presiden itu telah berjaya menghentikan tabiat merokoknya secara rasmi, iaitu masalah ketagihan sama yang membelenggu jutaan penduduk AS.
"Saya tidak nampak beliau (Obama) menghisap rokok atau menemui sebarang bukti beliau menghisap rokok dalam tempoh lebih kurang sembilan bulan," katanya semasa ditanya mengenai tabiat Presiden itu, kelmarin.
Jadi adakah Obama benar-benar sudah berhenti merokok? Gibbs belum bersedia untuk mengesahkannya.
"Obama sudah berhenti merokok untuk sembilan bulan, ya. Beliau sedang berusaha kerana ianya sesuatu yang sukar," katanya.
Perkembangan terbaru mengenai usaha Obama memerangi ketagihan nikotin itu berikutan penerbitan laporan awam pakar bedah AS yang memberi amaran mengenai risiko merokok, termasuk bagaimana ia boleh meracuni tubuh badan serta-merta.
kutipan dari sinar harian semalam 11/12/2010
0 ulasan:
Catat Ulasan