OH:SAPA KATA HUSAM TAK PANDAI....

Oh! Krai Utara

Share Sekarang merupakan masa terbaik untuk anda melabur dalam emas. Emas fizikal, bukannya emas spekulatif atau angka-angka bagi nilai emas semata-mata seperti yang dilakukan dalam beberapa pelaburan yang berasaskan kepada 'e'.

Sebabnya ialah, harga emas mungkin akan naik sehingga USD2,000 atau bersamaan dengan RM6,200 seaun dalam tempoh 2 tahun dari sekarang dengan asas yang lebih kukuh. Harga emas sehingga kini sedang mengalami penaikan meskipun untuk jangka pendek, sekaligus membayangkan peningkatan harganya akan mengalami penggandaan dalam tempoh 2 tahun.

Justeru, pelaburan jauh lebih selamat terhadap emas. Salah satu sebab kenaikan harga emas ialah kelemahan nilai Dollar Amerika. Amerika Syarikat dilaporkan telah mencetak lebih banyak kepingan Dollar sekaligus melemahkan nilai matawang mereka sendiri.

Permintaan tinggi terhadap emas berbanding bekalan, melonjakkan lagi harga emas dunia.

Harga emas kini berlegar pada USD1,400 dan mempunyai kemungkinan untuk naik kepada USD1,750 pada tahun hadapan dan kepada US$2000 dalam masa dua tahun akan datang.

Dek kerana itu, bagi mereka yang gemar melabur, pelaburan ke atas emas adalah yang paling AFDAL. Justeru, jangan pedulikan kisah politik yang membelenggu tentang Dinar Emas dan Dirham Perak Kelantan. Malah seandainya anda ke kedai-kedai emas pun, ada pelbagai jenis syiling-syiling emas yang boleh anda beli untuk tujuan pelaburan jangka panjang.

Biarpun emas mempunyai susut nilai, namun susut nilainya adalah disebabkan fizikalnya, bukan disebabkan nilai digitalnya seperti FOREX mahupun FUTURES INDEX. Dan kalaupun anda tidak berminat dengan syiling emas, anda juga boleh melabur pada barang kemas.

Cuma satu sahaja, jangan lupa untuk keluarkan zakat emas dan perak apabila cukup haul dan hisabnya. -http://theflyingkick.blogspot.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...