Oh Politik:Kekalahan Tidak Diduga, Kata Abdul Fatah

Oh! Krai Utara

Share

PAS tidak menjangkakan menerima kekalahan dengan majoriti besar pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Bagaimanapun Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun berkata, parti itu menerima hakikat gagal mempertahankan kerusi DUN Galas yang dimenangi mereka pada pilihan raya umum 2008.

"Kekalahan ini sesuatu di luar jangkaan... tapi kami terpaksa menerima hakikat dengan keputusan ini.

"Saya terkejut kerana ia di luar dugaan kita, mungkin ada kelemahan yang berlaku," katanya di sini, Khamis malam.

Pilihan raya kecil DUN Galas menyaksikan penguasaan BN yang diwakili Ab Aziz Yusoff dengan majoriti 1,190 undi yang memperoleh sebanyak 5,324 undi.

Beliau menewaskan calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed yang mendapat 4,134 undi.

Abdul Fatah bagaimanapun berpuas hati dengan gerak kerja jentera PAS sepanjang pilihan raya berkenaan namun akan mengkaji faktor kekalahan parti itu.

"Saya berpuas hati dengan pergerakan jentera pilihan raya kali ini tapi keputusan ini kita kena ambil masa nak kaji.

"Lepas ini kita akan buat post-mortem untuk kenalpasti punca kekalahan," katanya. - mstar

1 ulasan:

  1. perakkome berkata...

    salam tuan

    dan dilinkkan

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...