OH Tuhan:Pekerja kilang terkejut hutang RM14 juta

Oh! Krai Utara

Share BUKIT MERTAJAM – Seorang wanita yang bekerja sebagai pekerja sambilan di sebuah kilang percetakan dekat Taman Sukun Indah, di sini, terkejut mendapati dirinya mempunyai beban hutang dengan bank berjumlah RM14 juta. 

Ong Gaik Siew,58, berkata, perkara itu terbongkar apabila dia menerima sepucuk surat dari Suruhajaya Syarikat Malaysia (SSM) bertarikh 21 Mei 2010 yang meminta dia membayar kompaun sejumlah RM4,400 atas kesalahan mengikut Akta Syarikat 1965. 

Menurutnya, dia terkejut dengan isi kandungan itu kerana tidak pernah menubuhkan sebarang syarikat, malah untuk menyara kehidupan pun tidak mampu, lalu dia mengadukan hal itu kepada Pengerusi Biro Perkhidmatan dan Pengaduan Awam DAP, Michael Tan Cheong Heng. 

“Bagaimana saya boleh menubuhkan sebuah syarikat sedangkan hendak pergi ke tempat kerja pun saya terpaksa berjalan kaki. 

“Individu tidak bertanggungjawab itu menyalahgunakan kad pengenalan saya untuk mendaftarkan sebuah syarikat, Luxury Targer Sdn Bhd atas nama saya dan melantik saya sebagai pengarah tanpa pengetahuan dan kebenaran saya. Bukan itu saja, dia juga mencagarkan harta syarikat kepada bank untuk membuat pinjaman berjumlah RM14 juta. 

“Saya mengesyakinya kerana kad pengenalan saya pernah hilang ketika diragut pada 2003 lalu,” katanya. 

Michael Tan Cheong Heng berkata, beliau menulis surat penjelasan kepada SSM mengenai apa yang berlaku ke atas Ong Gaik Siew pada 14 Jun 2010, selain meminta wanita itu membuat laporan polis. 

Beliau berkata, maklum balas diterima daripada SSM pada 23 dan 26 Julai 2010 dan meminta wanita itu mendapatkan salinan Borang 48A iaitu perakuan berkanun sebelum pelantikan pengarah syarikat serta membuat perbandingan tandatangan selain membuat surat akuan berkanun bagi menafikan persetujuan terhadap pelantikan yang dibuat.-SH

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...