OH!: Askar Amerika bunuh warga Afgahnistan untuk puaskan nafsu!
Oh! Krai Utara
(IST)
KRAI Utara.com, Washington - Sekelompok Askar AS hadapi tuntutan, setelah di dapati membunuh warga Afghanistan hanya untuk bersukan.
Seperti diberitakan Washington Post yang mengutip dokumen tentera serta wawancara dengan beberapa sumber, suratkabar itu menyatakan kes itu terjadi pada anggota platun dari 5th Stryker Combat Brigade, 2nd Infantry Division.
'Permainan' sadis ini dimulai sejak musim gugur lalu, ketika seorang lelaki Afghanistan mendekati askar AS di desa La Mohammed Kalay. Seroang askar kemudian menciptakan situasi seolah olah mereka sedang diserang dan melempar grenad.
kemudian, askar lain mulai menembak dan akhirnya lelaki Afghanistan itu tewas. Menurut Washington Post, serangan yang terjadi pada 15 Januari itu merupakan permulaan dari penembakan gila terhadap penduduk Afghanistan.
Anggota platun tersebut dituduh dengan barang bukti berupa gambar-gambar mayat dengan bahagian tubuh terpotong-potong. Selain satu timbunan tengkorak dan tulang manusia.
Kes pertama kali terungkai apabila seorang ayah berulangkali memperingatkan tentera AS. Ia baru saja mendengar cerita dari anaknya, mengenai pembunuhan pertama. Namun si ayah itu hanya mendapat penafian dari tentera.
Dokumen tentera di tangan Washington Post menyatakan, lima orang telah ditahan untuk tiga pembunuhan di Kandahar antara Januari hingga Mei lalu. Tujuh lainnya dituduh kerana membantu.
Pejabat Tentera belum mengetahui motif pembunuhan tersebut. Namun dalam siasatan, serta menurut seorang sumber rahsia tentera, 'permainan' sadis itu dilakukan para askar yang suka kekerasan dan alkohol.
0 ulasan:
Catat Ulasan