Oh politik: Solat Tiang Agama - Zulkifli Yacob

Oh! Krai Utara

Share
KAMPUNG TUALANG – Satu-satunya ibadat yang diamanahkan kepada manusia oleh Allah S.W.T secara berdepan kepada Rasulullah S.A.W untuk dikerjakan ialah ibadat solat yang berlaku pada malam Israk Mikraj membuktikan ia amat penting di sisi Allah S.W.T. 

Pengerusi Majlis Tindakan DUN Guchil, Zulkifli Yacob berkata, penekanan begitu diberikan terhadap kepentingan ibadat solat oleh Allah S.W.T dan ia adalah tiang agama yang wajib dilakukan dalam keadaan apa juga sekalipun. 

Menurutnya, kebanyakan ibu bapa menyuruh anak berpuasa tetapi tidak pula menekankan aspek mengerjakan solat lima waktu. 

“Solat adalah tiang agama yang menjadi pendinding bagi umat Islam. Ke mana sahaja seseorang itu pergi jika dia tidak mengabaikan solat nescaya hidupnya tidak akan sesat. 

“Ramai ibu bapa yang menyuruh anak mereka berpuasa tetapi tidak pula menyuruh mereka solat sedangkan ia adalah ibadat paling penting. 

"Solat perlu dikerjakan dalam apa juga keadaan sekali pun termasuk ketika sedang musafir, sakit, berperang dan sebagainya,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika penutup kursus membina generasi solat peringkat DUN Guchil dekat sini semalam. 

Zulkifli berkata, ibu bapa perlu mengambil berat hal ini kerana dalam Islam sendiri diperintahkan mengajar anak solat ketika usia tujuh tahun tanpa mengira kefahaman kanak- kanak ketika itu kerana apa yang penting ialah untuk menjadikan ia suatu tabiat dan cara hidup sebelum kefahaman sebenar diajarkan mengikut peringkat usia mereka. 

Justeru katanya, program yang diadakan bagi membentuk generasi solat diharap dapat mendidik kanak-kanak pada peringkat akar umbi untuk mengamalkan solat sebagai suatu amalan kewajipan harian mereka. 

Sinar Harian program tersebut adalah anjuran Pejabat Halaqat DUN Guchil. Majlis perasmian disempurnakan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli. -SH

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...