Oh Politik: Kelantan sedia RM1 juta untuk program solat
Oh! Krai Utara
Exco Pendidikan Negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, sasaran program adalah semua lapisan usia, memandangkan Kerajaan Negeri mahu melihat masyarakat negeri ini mencapai tahap solat yang sempurna.
Menurutnya, bagi mereka yang belum mampu solat lima waktu, mereka akan dipastikan untuk memenuhinya dengan pelbagai aktiviti yang dilaksanakan di seluruh kawasan.
“Bagi yang solat, kita akan pastikan mereka tahu tentang hukum solat dan bagi mereka yang sering solat secara sendirian, kita akan pastikan mereka menunaikannya mengikut imam di masjid.
“Program ini akan diteruskan bagi memastikan hasrat Kerajaan Negeri tercapai menerusi program solat atau dipanggil bulan solat,” katanya pada majlis Sambutan Israk Mikraj peringkat Gua Musang di Pusat Tarbiah Renok Baru di sini, malam kelmarin.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Che Hashim Sulaima dan kepimpinan Pas tempatan.
Pada majlis sama, sijil diserahkan kepada lebih 100 ahli dari tiga kawasan iaitu Jeram Tekoh, Limau kasturi dan Lebir.
Majlis ini dihadiri lebih 3,000 penduduk sekitar Gua Musang bagi mendengar taklimat berhubung Israk Mikraj bagi membolehkan masyarakat hari ini mengingati tentang solat dan perkara-perkara wajib yang lain.
0 ulasan:
Catat Ulasan