OH Politik: D0 masuk kampung berjaya

Oh! Krai Utara

Share


KUALA KRAI - Program Ketua Jajahan (D.O) Masuk Kampung anjuran Pejabat Tanah dan Jajahan (PTJ) ini Kampung Temalir, dekat sini, kelmarin, dianggap berjaya mencapai matlamat penganjuran apabila disertai lebih 20 agensi kerajaan dan swasta. 

Ketua Jajahan Kuala Krai, Adnan Hussin berkata, sambutan baik itu memudahkan orang ramai yang hadir mendapatkan pelbagai perkhidmatan disediakan agensi kerajaan dan swasta terbabit secara terus, selaras dengan fokus utama program. 

Pada masa sama katanya, program itu juga bagi membolehkan orang ramai mengenali dengan lebih dekat fungsi dan peranan sebenar sesebuah agensi kerajaan di samping mewujudkan kemesraan antara rakyat dan kakitangan awam. 

“Kalau dulu, rakyat kena pergi jumpa kita (agensi kerajaan) untuk berurusan tapi menerusi program D.O Masuk Kampung ini kita ubah gaya itu di mana agensi kerajaan pula turun padang dan berjumpa rakyat untuk beri perkhidmatan,” katanya, di sini, kelmarin. 

Hadir sama pada majlis perasmian program berlangsung di padang Sekolah Kebangsaan (SK) Temalir itu Pegawai Pelajaran Daerah, Zulkifli Mohd Noor. 

Adnan berkata, penganjuran program itu juga selaras dengan keperluan semasa masyarakat umum pada zaman ini yang menuntut kakitangan kerajaan agar tidak hanya tertumpu kepada kerja di pejabat semata-mata dalam memberikan perkhidmatan. 

Menurutnya, beliau percaya peranan utama agensi kerajaan untuk memberikan perkhidmatan terbaik dan membela nasib rakyat terutama golongan memerlukan juga dapat dilaksanakan dengan baik menerusi aktiviti turun padang seperti program itu. 

“Kerajaan Negeri sendiri memperkenalkan beberapa program lain seperti Program Belia Prihatin bagi membolehkan pegawai kanan kerajaan turun padang bertemu rakyat dan mendalami masalah mereka dengan lebih dekat,” kata Adnan. 

Sementara itu, program menggabungkan beberapa agensi utama Kerajaan Negeri dan Persekutuan seperti PTJ Kuala Krai sendiri selaku agensi peneraju dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) di samping swasta terutama institusi perbankan dan syarikat telekomunikasi. 

Agensi kerajaan dan pihak swasta lain turut terlibat termasuk Jabatan Pertanian, Risda, Pejabat Agama Jajahan, Jabatan Perkhidmatan Vete-rinar, Hospital Kuala Krai, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Bank CIMB, Digi Communication dan Permata Hijrah.-SH

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...