OH! Kelantanku::Golf Piala Tuk Guru

Oh! Krai Utara

Share


KOTA BHARU – Kerajaan Negeri kelmarin menyuarakan hasrat menganjurkan satu perlawanan golf di Kejohanan Golf Piala Tok Guru pada Oktober ini. 

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, kejohanan itu bakal diadakan sempena menyambut 20 tahun genap pentadbiran Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di negeri ini. 

“Kejohanan ini lebih berbentuk jemputan. Kami akan memperluaskan penyertaan sehingga kepada tokoh-tokoh korporat serta ahli-ahli politik daripada seluruh negara. 

“Kami juga berhasrat mempelawa pemimpin nombor satu negara, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ramai lagi bagi memeriahkan kejohanan,” katanya. 

Datuk Takiyuddin kelmarin turut menawarkan secara rasmi kepada Kelab Golf dan Desa Kelantan (KGCC) sebagai Pengurus kejohanan terbabit. 

“Saya harap KGCC mempertimbangkan tawaran ini,” katanya pada perasmian Kejohanan Golf Terbuka Amatur Kelantan Kali Ke-36 di sini, kelmarin. 

Presiden KGCC, Wan Yahya Wan Salleh menyambut baik tawaran menguruskan kejohanan yang hadiahnya akan disampaikan sendiri oleh Tok Guru. 

“Kami akan buat yang terbaik pada kejohanan itu nanti,” katanya. -SH

1 ulasan:

  1. Tanpa Nama berkata...

    Sebagai sejenis sukan, golf baik untuk kesihatan. Ia juga menjadi medan untuk berbincang tentang urusan kerja (i.e. perniagaan, politik) dan menjadi aktiviti untuk memperelokkan perhubungan sesama saudara.

    Walaupun begitu golf yang asalnya baik akhir akhir ini menjadi sumber maksiat kerana:
    (1) Pemain golf begitu asyik bermain sehingga melambat lambatkan sembahyang, contohnya sembahyang Asar apabila mereka tee off diwaktu petang.
    (2) Meninggalkan solat jumaat dengan alasan mereka bermusafir. Biasanya pemain golf akan mencampurkan urusan pekerjaan dengan sesi bermain golf.Tempoh waktu outstation dipanjangkan agar dapat bermain golf. Apabila hari bermain golf jatuh pada hari jumaat, sembahyang jumaat ditinggalkan dengan alasan mereka bermusafir.
    (3) Mengabaikan urusan rumahtangga kerana terlalu asyik bermain golf, malahan ada yang bermain empat kali seminggu, 5-7 jam sehari (ini termasuklah waktu berborak borak di kelab golf).
    (4) Berkhalwat dengan kedi perempuan secara tidak sengaja. Banyak kelab golf di Malaysia dan hampir keseluruhan kelab golf di negara jiran terutamanya Indonesia dan Thailand hanya menggunakan kedi (caddy) perempuan. Biasanya kedi perempuan ini berpakaian tidak menutup aurat, yakni ketat dan seksi. Mereka yang menjadi kedi ini dipilih dari gadis berumur 19-25 tahun, belum berkahwin dan mempunyai wajah yang menarik. Untuk mendapat gambaran, sila google image dengan kata carian "(caddie OR caddy OR kedi) golf perempuan". Kedi tersebut ditugaskan bukan sahaja untuk membawa beg golf dan club, memberi maklumat/nasihat tentang golf (i.e. keadaan lapangan) serta mencari bola, tetapi juga untuk melayani golfer lelaki tersebut, tertakluk kepada kelab, samada untuk mengesat peluh, memayungkan, berbual bual mesra disamping memberi kata semangat dan menjadi peneman golfer lelaki sepanjang tempoh permainan (biasanya 4-7 jam), Yakni, hendak tak hendak golfer lelaki ini akan berdua duan dengan kedi perempuan masing masing, biasanya dlm satu kumpulan. Di Indonesia, telah menjadi sinonim, bahawa, main golf samalah dengan main perempuan. Diberitakan, golf di Indonesia amat popular dikalangan lelaki Malaysia kerana seronok bermain dan di layani kedi perempuan yang cantik, seksi dan manja. Disamping itu ada kedi perempuan yang menawarkan perkhidmatan selepas golf. Banyak kelab golf yang dahulunya terhormat kini menjadi tempat yang menggalakkan maksiat.

    Oleh amatlah molek kalau unsur-unsur maksiat seperti di atas dibenteraskan dulu dan cara hidup Islam boleh diterapkan kedalam sistem permainan dinegeri Kelantan ini agar menjadi model kepada negeri negeri lain disamping membentuk akhlak, juga memberi peringatan kepada kalangan golfer lelaki Kelantan ini. Yang tak molek itu kenalah tegor. Kalau pejam sebelah mata, nanti berleluasalah unsur maksiat dan kerosakan.

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...