Oh Artis: Lohan menangis selepas dihukum Penjara
Oh! Krai Utara
LOS ANGELES - Pelakon terkenal, Lindsay Lohan menangis di sebuah mahkamah di sini kelmarin selepas dia dijatuhi hukuman penjara 90 hari kerana melanggar tempoh percubaan yang diberikan dalam kes memandu dalam keadaan mabuk.
Hakim Mahkamah Tinggi, Marsha Revel menjatuhkan hukuman tersebut kerana Lohan enggan mematuhi tempoh percubaannya dan menghadiri kelas pendidikan mengenai alkohol selepas terlibat dalam dua kes memandu dalam keadaan mabuk pada 2007.
Lohan, akan memulakan hukumannya pada 20 Julai depan dan juga perlu menghadiri satu program penyalahgunaan bahan terlarang sejurus selesai menjalani hukuman penjara.
Selebriti itu diberikan satu kotak tisu untuk menyapu air matanya di mahkamah.
Semasa perbicaraan, dia memberitahu hakim: "Saya telah berusaha untuk melakukan yang terbaik. Saya tidak mahu Yang Arif menganggap saya tidak menghormati anda dan syarat-syarat anda."
Namun, hakim itu berkata: "Saya tidak mempunyai pilihan lain." - Agensi
0 ulasan:
Catat Ulasan