Oh! Politik:.Tamparan Maut Untuk PAS – DR Mohd Asri Zainul Abidin Bakal Sertai UMNO
Oh! Krai Utara
Yea…tajuk di atas menceritakan semuanya.
Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri dijangka akan menyertai UMNO minggu depan.
Dan lebih menarik, hampir 100 pensyarah, cendiakawan dan guru-guru agama dari seluruh negara akan turut bersama beliau.
Sebahagian besar cendiakawan itu memiliki tahap pendidikan Doktor Falsafah atau PHD dalam pelbagai cabang ilmu Islam.
Dalam erti kata lain, mereka sudah mencapai taraf ulamak.
Apa yang lebih menarik, sebahagian besar daripada hampir 100 orang itu adalah individu-individu yang selama ini dilihat sebagai sangat cenderung kepada perjuangan PAS di negara ini.
Pasti timbul persoalan di hati semua mengapa Dr. Asri dan begitu ramai tokoh Islam akan menyertai UMNO secara tiba-tiba?
Untuk penyokong Pakatan Rakyat, tolong jangan bagi alasan setiap mereka dibayar RM2 juta ok!…READ MORE
20 Jun 2010 pada 3:07 PTG
Salam....mengapa kemasukan mereka ini merupaka pukulan maut kepada PAS.
Adakah PAS selama 50 tahun ini terbina kukuh sehingga ke hari ini kerana mereka?
Adakah PAS memerintah Kelantan selama 20 tahun kerana perjuangan MEREKA SEMUA?
Adakah jatuhnya Kerajaan PAS Trengganu dulu kerana mereka tidak berjuang di dalam PAS.
Adakah PAS di awalnya terbentuk daripada kepimpinan seperti MEREKA SEMUA?
Jadi jangan cepat melatah dan meroyan, Nabi Noh berdakwah selama 900 tahun BERAPA ORANG YANG BERJAYA DIBAWA OLEH NOH?
Nabi Muhammad saw dilantik menjadi rasul bukan kerana phd nya......BIARLAH MEREKA MEMILIH APA YANG MEREKA NILAI LEBIH BAIK DARIPADA PERJUANGAN PAS INI........ISLAM TIDAK RUGI APA-APA TETAPI KITALAH YANG RUGI DENGAN MENOLAK ISLAM.
21 Jun 2010 pada 2:10 PTG
saya rasa satu jawapan tepat kpd mereka2 yg selalu menganggap islam itu boleh di beli dan di perentah dan diperalatkan, sybas azman
22 Ogos 2010 pada 10:50 PTG
win win situation
umno boleh ambil kesempatan
dan ustaz salafi ni boleh gunakan peluang
mengelak dikenakan tindakan geng al ghari
10 November 2010 pada 9:57 PG
ini betul-betul lawak bodoh dari penulis...
12 Jun 2012 pada 12:30 PTG
Assalamualaikum!Saya kenal betul dengan dr.mohd.asri.Dia sebenarnya seorang yang pembohong
Sebelum diterima mengajar dan berceramah mengaku ahli jemaah parti Pas.Dr.Asri
juga dengan serbannya mengutuk para mazhab dan hadis yang dhoif walaupun mutawatir.Sayamemiliki
video dan kaset yang membuktikan apa yang saya kata.Berhati hati dengan dr.asri ini.Dia lah wahabi,salafi dan terakhirnya assunnah.Saya lebih tua daripadanya dilahirkan 1952.Keegoan nya dapat diperhatikan setiap kali dia berhujjah
Kepada semua jemaah Pas jangan sesekali menerima
beliau sebagai Ahli.Saya sebenar nya telah mencerita kepada ust.nasarudin(bekas t.P) siapa ust.dr.asri ini.Kalau dia ada, jemaah akan berpecah belah.Syukur Allah swt telah memberi kelebihan (Ilmu & aura)kepada Ust.Azhar dalam menyatukan kembali para jemaah dimasjid dan jemaah.Allahu Akhbar.