Oh! Politik:.Radhi OAG jadi Ikon Gerakan Mansuhkan Judi Sukan?

Oh! Krai Utara

Share

Radhi jadi ikon GMJS


ALOR SETAR - Kerajaan harus tegas menolak perjudian dalam sukan dengan mengetatkan penguatkuasaan undang-undang terutama membabitkan judi haram, kata Penolong Jurulatih pasukan Kedah, Radhi Mat Din.

Katanya, pemberian lesen judi bola sepak mengundang semula gejala rasuah dalam kalangan pemain.

Bekas kapten pasukan Hijau Kuning era 90-an itu berkata, cubaan pihak tertentu untuk memberi ke-longgaran kepada perjudian sukan kelak turut memberi ruang kepada aktiviti tidak sihat menular.

“Saya mewakili atlit bola sepak negara yang menolak perjudian mahu mengajak kesemua atlit bersatu memerangi perjudian bola sepak melalui kempen dan gerakan dengan menyalurkan maklumat kepada remaja dan belia mengenai bahaya judi sukan ini,” katanya.

Mengulas mengenai pelantikannya sebagai ikon kempen Gerakan Mansuh Judi Sukan (GMJS) yang dipelopori Pas dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sempena Muktamar Pas ke-56 kelmarin di Kelantan, Radhi berkata, beliau berterima kasih di atas pengiktirafan itu dan gembira ada pihak yang prihatin dengan isu terbabit.

Malah, Radhi bersedia turun padang berkempen bersama GMJS sekiranya itulah kaedah paling berkesan untuk memerangi judi sukan agar dapat membuka mata dan telinga masyarakat.

“Saya bagi sokongan penuh kepada GMJS dan menggalakkan lebih ramai atlit menyertainya tanpa mengaitkannya dengan ideologi politik,” katanya. - KedahLanie

*memula baca tajuk gua ingat radhi OAG, ropanya radhi yang ni...

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...