Oh! Politik:.Mahathir Cabar Najib Buat PRU dalam masa terdekat!

Oh! Krai Utara

Share
Terpulang jika kerajaan ingin adakan Pilihan Raya Umum dalam masa terdekat-Tun M


Tahap kepuasan hati rakyat terhadap prestasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang meningkat kepada 72 peratus mungkin boleh menjadi petunjuk bagi kerajaan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 dalam masa terdekat.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagaimanapun berkata, terpulang kepada kerajaan sama ada ingin mengadakan Pilihan Raya Umum dalam masa terdekat dengan mengambil kira kaji selidik yang dibuat Merdeka Centre.

"Alhamdullilah kalau dia (Najib) terima 72 peratus. Tapi ranking agensi itu kita nak kena tahu juga siapa mereka. 

"Yang saya tahu semasa saya menang sehingga dua pertiga kerusi, kedudukan ranking saya 60 peratus saja. Tetapi kalau 72 peratus, kita harap boleh menang lebih daripada dua pertiga lah. Boleh buat sekaranglah," katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau mengulas hasil kaji selidik agensi itu yang mendapati tahap kepuasan hati rakyat terhadap prestasi Perdana Menteri meningkat 72 peratus bulan lepas berbanding 69 peratus pada April lalu. - Sinar Harian

- Komang Gua

syukurlah kalau betul macam tu sekali sokongan rakyat kat mamanda perdana, dan sebagai rakyat yang tak pernah ingin pertikai keputusan kajian oleh merdeka centre saya mencabar memanda adakan PRU 13 secepat mungkin.

Mahathir sebagai PM paling lama pun mengaku kat memanda perdana, dia tak pernah dapat ranking macam tu sekali. Kantoi lah kau Che Det, bukan popular sangat kau ni.

Cuba lah Najibku sayang kita langsungkan saja perlawanan politik, mana tahu kegemilangan mu semakin memuncak... cubalah, buktikan anak jantan kamu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...