Oh! Politik::Saya belum sedia jadi Ulamak UMNO laa Pak Cik Najib -asri
Oh! Krai Utara
Lewat blognya hari ini bekas mufti perlis dr mohd asri telah memberi jawapan kepada kita semua yang masih tertanya tanpa jawapan tepat dari mulut beliau sendiri dengan menyatakan bahawa beliau masih solo, maksud gua tak mau masuk mana2 parti lagi setakat hari ini, esok-esok blum tau lagi.
bagi beliau, dia lebih merasa selesa dengan bergerak di atas landasan sedia ada yang mana tidak memihak kat mana2 parti. Dia menegaskan bahawa dia menyokong yang hak dan menolak perkara yang tak tau ujung pangkal, barang tak sahih bagi memenuhi kehendak prinsip islam yang adil.
katanya beliau menghormati mana-mana pihak untuk melakukan dakwah dalam mana-mana parti dan tidak mahu membuat kenyataan banyak dalam hal ini, demi menjaga perasaan sahabat-sahabat dan pihak-pihak yang lain.
fahamlah kita semua, bahawa orang yang namanya asri ni cerdik, dia sesaja kot buat GEMPAK ngan bro najib agar najib nampak ceria sikit, barangkali. biasalah, kalau orang dah offer sesuatu takkan kita cakap TAK NAK terus, kalau tak setuju pun tolak ngan berhemah.
Tapi satu la, yang gua tak berapa paham ngan gang BN ni, orang tak cakap lagi YA SAYA NAK! dia dah 1Dunia heboh, siap dikompang lagi bro. Pas tu Tuk Canang dia dah jalan keliling kampung dok canang 100 ulama' yang berani telah sokong kami, apa pas ingat kami ni dah hilang getah ker?
Tetiba semalam 40 budak adik kassim baba sajaaa. hari ini, asri plak kata saya belum lagi suka ngan parti2 ni. jawapan yang gua faham dari asri ialah, biar aku nasihat dari luar sudahlah. aku kat dalam pun kalau korang gila sangat buat hal yang menentang agama, kalo aku nasihat pun lu orang belum tentu pakai.
apapun, asri, gua salute sama lu la bro. dah itu prinsip lu! satu lagi kalau lu tak masuk pas pun tak apa! depa dah ada ramai ulamak. cuma satu yang baiknya kalau lu ta join pas ni, bila umno buat sesuatu yang tak betul lu boleh tegur direct laaa. dia orang tak boleh kata apa, pasai lu cakap! orang umno ta boleh cakap ITU ULAMAK PAS KATA!
0 ulasan:
Catat Ulasan