Oh! Politik:. Pemberhentian Biasiswa Luar Negara, Petanda Negara Menuju Kegersangan Ekonomi
Oh! Krai Utara
Pemberhentian Biasiswa Luar Negara Tanda Pengiktirafan Kepada Universiti Tempatan
KUALA LUMPUR: Pemberhentian pemberian 1,500 biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi pelajar melanjutkan pelajaran ke luar negara mulai tahun depan akan dilakukan secara berperingkat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata langkah itu bertujuan mengurangkan perbelanjaan kerajaan bagi menanggung pelajar yang menuntut di luar negara.
"Kita kurang secara berperingkat. Ini soal kemampuan kerana perbelanjaan untuk seorang pelajar terlalu mahal. Lebih untung kalau kita belanjakan untuk orang ramai," katanya.
Mohamed Nazri mengulas laporan media hari ini yang memetik beliau sebagai berkata bahawa JPA akan menghentikan pemberian 1,500 biasiswa kepada pelajar bagi mengikuti kursus ijazah sarjana muda di luar negara tahun depan.
Namun, mereka yang mendapat tempat di universiti terkemuka seperti Oxford dan Cambridge, masih boleh memohon untuk diberikan biasiswa. Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata penamatan pemberian biasiswa itu dijangka mampu memberi kesan yang baik kepada pelajar tempatan.
Katanya universiti tempatan bersedia menampung jumlah pelajar yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara ekoran keputusan itu.
"Apabila ramai pelajar tidak dihantar ke luar negara, ini bermakna ramai pelajar akan belajar di universiti yang terbaik di sini. Kita memang dari segi nak tentukan sama ada universiti itu mencapai kecemerlangan atau tidak, salah satu komponen yang penting ialah pelajar terbaik.
"Ini bukan soal tiada masalah. Dari segi IPT (Institusi Pengajian Tinggi) tempatan, kita sedia menampung jumlah pelajar," katanya kepada Bernama di lobi Parlimen di sini.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pihaknya menyambut baik cadangan itu sambil menyifatkan ia akan mengurangkan bebanan kos kepada kerajaan.
"Kita menyambut baik usaha ini untuk memberikan biasiswa kepada lebih ramai pelajar tempatan. Kalau kita beri biasiswa kepada 1,500 pelajar yang belajar di luar negara, memang tak cukup juga kerana tiap-tiap tahun yang merayu pun ramai juga.
"Banyak juga universiti luar negara yang ada kampus berkembar dalam negara kita. Sekarang ini, kalau RM1 juta hanya kepada tiga orang pelajar dan bagi kursus perubatan ia menelan lebih RM1 juta. Kalau kita nak hantar pun ialah untuk pakar," kata Liow.
Liow yang juga Timbalan Presiden MCA berkata usaha menghentikan pemberian biasiswa tidak dilihat menyekat peluang mana-mana pihak malah dilihat mampu mengantarabangsakan universiti tempatan. - BERNAMA
0 ulasan:
Catat Ulasan