Oh! Politik:.Anwar Ucap Tahniah Kepada Presiden Noynoy Aquino
Oh! Krai Utara
Oleh Rusnizam Mahat
KUALA LUMPUR 12 Mei - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan sekalung tahniah kepada Presiden Filipina yang baru, Benigno Aquino atas kemenangannya dalam pemilihan presiden di negara itu.
Benigno Simeon 'Noynoy' Cojuangco Aquino III, yang dilahirkan 8 Februari, 1960, merupakan satu-satunya anak lelaki bekas Presiden Corazon Aquino dan bekas senator Benigno Aquino, Jr yang kini semakin hampir memenangi pemilihan presiden selepas majoriti daripada sebahagian undi yang sudah dikira berpihak kepada beliau.
"Hampir 27 tahun sejak bapanya dibunuh dalam pergelutan untuk memulihkan demokrasi bagi negara Filipina dan selepas 24 tahun ibunya meneruskan perjuangan selepas Ogos 1983 apabila Aquino dibunuh di landasan lapangan terbang Manila. Hari ini, pada pilihan raya untuk rakyat Filipina, obor demokrasi Filipina berkibar untuk satu generasi baru rakyatnya, dan kini negara itu sedang menuju ke arah pematangan politik," ujar Anwar dalam satu kenyataan.
Pilihan raya umum Filipina yang bermula Isnin lalu menyaksikan hampir 50 juta daripada 90 juta rakyat negara itu mengundi untuk memilih Presiden baru selepas berakhirnya penggal pemerintahan Presiden Gloria Arroyo Macapagal.
Menurut Anwar, ternyata kemenangan ikon baru Filipina itu menandakan obor demokrasi di negara kelahiran Jose Rizal itu sedang marak menyala untuk rakyatnya menuju ke arah perubahan politik.
"Ia menjadi harapan saya dan saya pasti tentang setiap warganegara Asean berharap negara Filipina berkeadaan baik, bahawanya presiden yang baru dilantik pembawa obor akan menghentikan penderitaan rakyatnya yang berlanjutan dan menjelma ke dalam janji cerah pematangan demokratik dan kesejahteraan ekonomi," kata Anwar.
Anwar berkata, perjuangan revolusi kuasa rakyat di negara itu dalam menggulingkan kerajaan diktator pimpinan Marcos, bukan sahaja menyaksikan kebangkitan rakyatnya, tetapi juga pelbagai pihak termasuk pihak gereja yang tidak mahu tunduk kepada kezaliman diktator Marcos.
Antaranya, Ketua Roman Katolik Manila, Jamei Sin yang dikenali kerana peranan pentingnya dalam perjuangan revolusi kuasa rakyat menjatuhkan kepimpinan Ferdinand Marcos dan dalam usaha memulihkan demokrasi dengan melantik Corazon Aquino sebagai Presiden Filipina.
"Jika bapa Noynoy, Benigno Aquino Jr, memperteguh keberanian Filipina berhadapan dengan penindasan, Jamie Sin, dengan petah meletakkan bahawa ibunya, Corazon, melambangkan semangat waja rakyatnya," jelas Anwar.
Benigno Aquino atau juga dikenali Noynoy Aquino ialah graduan dari Ateneo de Manila University, dan pernah dicederakan oleh askar pemberontak dalam satu percubaan rampasan kuasa semasa ibunya, Corazon Aquino menjadi presiden negara itu.
Pada 1998, beliau telah dipilih dalam Dewan Rakyat sebagai wakil daerah kedua wilayah Tarlac pada kongres ke-11 Filipina.
Manakala pada 2007, beliau sekali lagi terpilih dalam kongres ke 14 di Filipina sebelum meneruskan dalam pemilihan presiden di negara itu.
0 ulasan:
Catat Ulasan