Takaful untuk keluarga arwah Zainudin

Oh! Krai Utara

Share
KUALA KRAI - Sedikit seba-nyak sumbangan yang diberikan melalui Takaful untuk rakyat negeri ini dapat dimanfaatkan untuk kegu-naan keluarga terlibat terutamanya yang kehilangan tempat bergantung.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, sumbangan yang diberikan satu satunya Ke-rajaan Negeri seperti Kelan-tan ini seharusnya disyukuri semua penerima.

Menurutnya, ia tidak seharusnya digunakan ke arah pembaziran tetapi untuk meringankan beban seke-luarga atau digunakan untuk manfaat arwah yang telah tiada.

“Kita di negeri ini perlu bersyukur kerana kerajaan kita sahaja yang memberikan manfaat Takaful seperti ini untuk rakyatnya.

“Takaful yang diberikan ini bertujuan meringankan beban kewangan perlu digunakan sebaik mungkin untuk keluarga atau manfaat bagi arwah yang telah tiada seperti untuk mengadakan tahlil dan sebagainya,” katanya ketika menyampaikan manfaat Takaful kepada Ruzima Muhammad, isteri kepada salah peserta ladang rakyat, Allahyarham Zainudin Ab-dul Ghani yang meninggal dunia tahun lalu.

Dalam masa yang sama beliau juga menyarankan mana-mana penduduk yang masih belum mendaftarkan diri sebagai peserta Takaful agar segera berbuat demikian melalui penghulu masing-masing.

Ia perlu dilakukan segera bagi mengelakkan masalah untuk membuat tuntutan manfaat kemudian hari.

Hadir sama pada penyampaian manfaat Takaful berkenaan ialah wakil dari perbadanan ladang rakyat.-sinar harian


0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...